Langkau ke kandungan utama

Al QURAN PENAWAR PENYAKIT ROHANI.




Al Quran itu adalah wahyu. Padanya ada panduan. Al Quran itu membacanya walaupun tak faham pun dapat pahala. Bila manusia 
itu mengambil Al Quran  untuk memimbing diri dan orang lain sangat harmoni dan indah. Setiap masaalah ada panduan jalan keluar dalam Islam. Di zaman apa pun kita berada tetap ada panduan daripada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sentiasa ada beri peringatan untuk umatnya agar menyedari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya. Sakit lahir ada ubatnya, begitulah dengan sakit batin atau jiwa ada penawarnya. Masaalah fizikal ada penyelesaian begitu juga masaalah batin yang tidak nampak juga ada jalan keluarnya. Al Quran ada penawarnya.


Rasulullah SAW bersabda : “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah Zaman Khalifah itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah Zaman Diktator(zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Khalifah yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian,” [H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]


Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa umat Rasulullah SAW akan menempuh 5 zaman secara bergilir-gilir sebelum dunia kiamat yakni:
1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman pemerintahan yang menggigit (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman Fitnah (kerosakan) dan Kegelapan
5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.


Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin
Zaman ini adalah zaman pemerintahan di bawah Rasulullah dan zaman pemerintahan di bawah khalifah 4 (Sayyidina Abu Bakar as Siddiq, Sayyidina Umar ibnu Khattab al Faruq, Sayyidina Uthman bin Affan, dan Sayyidina Ali). Dua zaman pertama ini mempunyai banyak persamaan, dan dikenali juga sebagai Zaman Ummah Pertama.
Iman umat Islam ketika itu sangat kukuh. Menyebut nama Allah saja mampu menggetarkan hati mereka. Cinta dan takutnya kepada Allah tergambar pada setiap perkataan dan perbuatan mereka. Secara umum ciri-ciri zaman ummah pertama ini dapat diketahui sebagai berikut:


Ibadah mereka sangat banyak. Contohnya Solat, Saidina Umar ra 
Ketika hendak wuduk , beliau pernah ditegur oleh seorang sahabat,"Hai Umar, demamkah engkau kerana kelihatan seperti orang sakit." Pertanyaan tersebut telah menyentuh perasaan Saidina Umar lalu beliau menjawab,"Hai saudaraku, tidakkah engkau tahu dengan siapa aku hendak berhadapan?" Di sini dapatlah kita memahami bahawa tatkala Saidina Umar hendak bersolat datang perasaan gerun dan takut dalam diri beliau sehingga wajahnya berubah seperti wajah orang sedang uzur dan seluruh anggotanya menjadi gementar. Keadaan ini lahir dua perasaan yang timbul di hati beliau: 


a- Saidina Umar ra merasa insaf bahawa ketika mendirikan solat, beliau akan berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Besar. Beliau bimbang kalau cara beliau melakukan solat itu tidak sesuai dengan kebesaran Allah SWT. Beliau bimbang jika beliau bersifat kurang span terhadap Allah SWT. b- Beliau merasa cemas kerana solat merupakan pembaharuan sumpah setianya kepada Allah SWT . Di samping itu beliau menyedari entah berapa ratus kali beliau telah menyatakan sumpah kepada Allah SWT padahal sumpah yang telah lalu entah sudah ditunaikan atau masih belum. Kini beliau sekali lagi hendak bersumpah memperbaharui ikrar lagi. 


2- Saidina Ali bin Abi Thalib 
Ketika betisnya dipanah musuh, beliau telah berpesan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat sunat. Beliau sedikitpun tidak berganjak atau menunjukkan tanda-tanda beliau sedang kesakitan semasa panah itu dicabut dari betisnya. Ini menunjukkan beliau telah menanamkan benih khusyuk itu sejak di luar solat lagi. Ini menunjukkan bila hati telah disemai dengan benih khusyuk sejak di luar solat lagi, akan mudahlah ia subur ketika di dalam solat. 


3- Saidina Abu Bakar As Siddiq 
Saidina Abu Bakar As Siddiq yang merasa terlalu lazat bersolat tanpa mengenal jemu sehingga bengkak-bengkak kakinya dan lebar dahinya. 4- Sallahuddin Al Ayubi Sejarah telah membuktikan para sahabat mampu menumpaskan dan menguasai Rom dan Farsi hanya dengan memperkemaskan ibadah mereka. Sallahuddin Al Ayubi menekankan kepada bala tenteranya supaya bersungguh-sungguh mengamalkan amalan sunat seperti bersugi,membaca Al-Quran dan bersolat malam. Berkat dari solat yang khusyuk itu akhirnya mereka berjaya merempuh kota Konstantinopel , sebuah benteng pertahanan yang cukup kuat ketika itu. 


Ukhuwah dan kasih sayang sangat padu, setiap orang mencintai saudaranya seperti mencintai saudara sendiri. Jihad dan mati syahid menjadi idaman dan cita-cita. Mereka akan sangat merasa dukacita jika tidak diizinkan untuk pergi ke medan jihad. Saidina Umar, berjalan di malam hari untuk mengetahui derita rakyatnya. Pada suatu malam,  ketika Umar berjalan  melihat keadaan rakyatnya bersama seorang pembantu melalui lorong-lorong kota Madinah, mereka bertemu dengan seorang wanita dan anak-anaknya duduk mengelilingi periuk besar di atas api. Anak-anak itu mengeluh kelaparan. 


Lalu Khalifah Umar mendekati keluarga itu bertanya kepada ibu itu apa yang terjadi, maka ibu itu menjawab anak-anaknya kelaparan kerana sudah 2 hari mereka tidak makan, yang dimasaknya hanyalah air dan batu supaya anak-anaknya boleh menunggu hingga tertidur. Umar bertanya kepada ibu tadi kenapa tidak diberitahu kepada Khalifah Umar?.  Maka berkatalah ibu tadi: “Seharusnya dialah yang tahu keadaan kami, dia punya kuda dan juga ribuan tentera, seharusnya dia tidak boleh tidur nyenyak dirumahnya sementara rakyatnya seperti kami ini kelaparan dan kedinginan”, tanpa dia mengetahui orang yang ada dihadapannya adalah Khalifah Umar.
 

Mendengar jawapan itu Saidina Umar terus ke gudang menyimpan gandum dan mengambil satu karung gandum bersama minyak samin. Saidina Umar mengendong sendiri gandum dan minyak itu walaupun pembantunya melarang dan ingin membantunya membawa barangan tersebut. Umar berkata: "Apakah kamu ingin memikul dosaku di hari kiamat kelak?" , kemudian Umar ke tempat wanita itu membawa barangan tersebut dan menghidupkan api serta memasak gandum yang dibawa bersamanya. Kemudian Saidina Umar r.a meminta perempuan tersebut mengejut anak-anak nya untuk makan makanan yang telah dimasaknya,sebelum berlalu Saidina Umar  meminta wanita itu datang ke pejabat khalifah untuk mendapatkan bantuan segera, pagi harinya wanita itu pergi ke pejabat khalifah dan dia sangat terkejut kerana orang yang membantunya semalam adalah Saidina Umar bin Al-Khattab.


Begitu juga kisah Umar berjalan di malam hari, pada suatu ketika Umar r.a sangat tertarik dengan seorang anak gadis yang enggan mencampurkan susu dengan air kerana takutkan Allah. Bahkan Umar melamar gadis itu untuk puteranya,Ashim bin Umar. Tangisan Khutbah Saidina Umar, mimpi Saidina Umar dan kematiannya Pada suatu hari dalam tahun 23 Hijrah, Saidina Umar yang sedang memberikan khutbah Jumaat dengan tidak semena-mena menangis. Para sahabat kehairanan, namun membiarkan Umar menangis kerana tidak mahu mengganggu khutbah beliau. Selepas solat Jumaat, para sahabat bertanya kepada Umar kenapa beliau menangis secara tiba-tiba. Saidina Umar menceritakan perihal mimpinya kepada sahabat yang bertanya. 


Saidina Umar mengatakan dia akan sentiasa redha dengan apa yang akan berlaku. Kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang bertakwa. Pada suatu malam, Saidina Umar telah bermimpi kakinya dipatuk ular sebanyak 3 kali. Umar yang berasa pelik dengan mimpi itu lantas berjumpa dengan Jaafar bin Abi Talib r.a. kerana isteri Jaafar yakni Asma’ binti Umais terkenal dengan kebolehannya mentafsir mimpi.(Ada riwayat yang mengatakan ketika itu Asma’ adalah janda Jaafar,bukan isterinya). Mengikut tafsiran Asma’ binti Umais, Saidina Umar akan ditikam sebanyak tiga kali dan beliau mungkin akan terkorban kerana itu. Umar pulang ke rumah setelah mendengar perkabaran itu. 


Pada keesokkan harinya, iaitu sabtu. Umar menjadi imam bagi solat subuh (pada zaman itu pemimpin negara adalah pemimpin dalam setiap solat). Pada hari sabtu, kebiasaannya Saidina Umar akan membaca Surah Yusuf pada rakaat pertama. Sehingga sampai pada ayat 84 yang berkisarkan kisah Nabi Ya’kub yang bersedih kerana kewafatan Yusuf yang terbunuh, Umar kembali menangis untuk beberapa ketika. Kemudian, Umar rukuk dan pada ketika inilah datangnya Abu Lukluk, seorang hamba yang baru dimerdekakan meluru ke arah Saidina Umar dan menikam sebanyak tiga kali. Hamba tersebut menikam belakang Saidina Umar. Crut! Tikaman yang pertama. ALLAHUAKBAR! Itulah lafaz yang keluar dari mulut Saidina Umar. Crut! Tikaman yang kedua. ALLAHUAKBAR! Crut! Tikaman yang ketiga. ALLAHUAKBAR! Umar tetap mengagungkan Allah walaupun dalam kesakitan.
 

Abu Lukluk melarikan diri, Umar cuba meneruskan solatnya. Sami’allahulimanhamidah. Umar cuba untuk bangun Iqtidal. Dan ketika itu Umar terus rebah. Abdul Rahman bin Auf yang solat dibelakangnya berijtihad untuk meneruskan solat, Abdul Rahman lantas mara kehadapan menggantikan Umar sebagai Imam pada pagi itu. Beberapa sahabat yang lain membatalkan solat mereka untuk membantu Umar, beberapa yang lain berusaha mengejar Abu Lukluk, tetapi Abu Lukluk berjaya melarikan diri.Beberapa ketika sahabat yang lain cuba membantu Saidina Umar Al-Khattab, namun takdir Allah telah menentukan Saidina Umar meninggal dunia ketika itu juga. 


Begitulah syahidnya seorang pembela Islam yang unggul. Syurga menanti kedatangan, kerana jika beliau tidak syahid sekalipun, Saidina Umar sememangnya salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Subhanallah. Begitulah contoh solat yang sempurna lahir dan batinnya, menjadikan Saidina Umar rindukan Tuhan. Keyakinan dan kerinduan dengan Tuhan bertamabah-tambah. Dari sembahyangnya menjadikan kuat iman, baik akhlak, berdisiplin, bersih lahir daripada maksiat dan kemungkaran. Syariatnya kuat dan bersih jiwanya daripada sifat-sifat keji dan mazmumah. Begitulah tokoh yang dijanjikan jamin masuk syurga.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N