Langkau ke kandungan utama

RUMAH KELAHIRAN RASULULLAH DI MUSNAHKAN.

KESAN SEJARAH ISLAM BANYAK MUSNAH.


Sejarah adalah guru yang terbaik. Yahudi sangat faham perkara ini. Maka mereka bertindak secara halus di bumi Haramain dan Timur dengan memusnahkan kesan-kesan sejarah. Orang Islam sendiri ada yang sanggup jadi kuncu-kuncu Yahudi. Umat Islam yang menjadi kuncu-kuncu Yahudi telah menghapuskan hampir semua kesan-kesan sejarah warisan Rasulullah SAW di muka bumi ini. Mereka yang menjadi juru cakap Yahudi dengan berkata kembali pada Quran dan Hadis saja itu, ialah puak yang lakukan dan mengusahakan supaya Al Quran ditutup bahkan dihancurkan sama sekali dari ummat Islam semenjak seawal Rasul wafat lagi. Yakni kerja punah ranahkan Al Quran dan Hadis ini sudah berlangsung lebih 1400 tahun yang lalu.


Yahudi dan kuncu-kuncunya cuba menjual nama Ahlul Bait untuk menjatuhkan isteri Rasul SAW. Lahirlah ajaran Syiah yang bertopengkan membela Ahlul Bait tapi hakikatnya memerangi Rasul SAW. Puak Syiah sanggup mengkafirkan Sayidatina Aisyah, isteri Rasul SAW. Maka kaedah yang sama juga berlaku kepada jemaah kebenaran yang telah Abuya lagangkan sekian lama. Mereka lakukan 
bagi pihak musuh menjual nama keluarga Abuya melaga-lagakan keluarga dan ahli jemaah. Sejarah berulang bilamana musuh cuba kucar kacirkan barisan Islam pada kebangkitan pertama, untuk dilakukan juga pada kebangkitan Islam kali kedua ini.


Contoh yang berlaku di Haramain, diranapkan tempat-tempat ziarah umat Islam seperti tempat kelahiran Rasullulah SAW, rumah-rumah isteri-isteri baginda dan para sahabat. Pada hari ini rumah Siti Khadjah dijadikan tandas manakala tapak rumah Saiyidina Abu Bakar didirikan Hilton Hotel. Manakala ramai keturunan Rasullulah SAW dibunuh kejam oleh Yahudi serta sekutunya. Bukan itu sahaja, yahudi yang menubuhkan Universiti Orientalis mengkaji betul-betul kekuatan umat Islam dan mereka tahu kekuatan umat Islam adalah pada bantuan daripada Allah SWT dan Rasullulah SAW serta kekuatan teknologi rohani umat Islam.


Maksud firman Tuhan:
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." - (Ali Imran:140).


Makkah - Rumah yang berukuran sekitar 10X18 meter ini merupakan bangunan terjelek yang ada di sekitar Masjidil Haram. Rumah yang diceritakan sebagai tempat Rasulullah SAW dilahirkan ini tidak diurus selayaknya sebagai tempat bersejarah. Kerajaan Arab Saudi sengaja membiarkan rumah ini dan menjadi perpustakaan yang selalu berkunci karena pemerintah Arab khawatir jika rumah ini dibangun rapi akan dijadikan tempat melakukan syirik dan bidah oleh jamaah haji. Itu adalah alasan yang diberikan. " kata salah seorang petugas kebersihan yang selalu berjaga di sekitar tapak sejarah "rumah nabi."


Ketika kita melawat ke tempat tersebut akan dapati banyak coretan tulisan dari pengunjung yang datang kesitu. Ketika mendekati rumah tersebut, coretan marker pen dan pen terlihat di tembok bagian depan rumah yang menjadi saksi lahirnya Rasulullah ini. Berbagai tulisan nama dan doa dari berbagai bangsa dan bahasa terpampang bersama tanda tangannya. Itulah keadaan rumah tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW, penutup rasul penghulu dari seluruh nabi dan rasul yang diutus Allah untuk menuntun ummat manusia ke jalan tauhid. 


Tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW ini kini telah diubah menjadi perpustakaan umum. Namun tak semua orang bebas masuk. Pada tahun lalu juga diberlakukan larangan serupa. Hal ini untuk menghindari kemungkinan adanya kerusakan pada koleksi buku yang tersimpan di dalamnya.

Dahulu, di tempat tersebut, dibangun sebuah masjid oleh Al-Khaizuran, ibu dari khalifah Harun Al Rasyid pada Dinasti Abbasiah. Lantas dihancurkan dan dijadikan perpustakaan umum oleh Syaikh Abbas Qatthan pada 1370 H\/1950. 

Di atas rumah dan bagian depan pintu tertulis huruf Arab Maktabah Makkah al-mukarramah` (Perpustakaan Mekkah al-Mukarramah). Konon bangunan tempat kelahiran nabi yang sekarang ada tetap berdiri karena atas desakan wali kota Makkah Syaikh Abbas Qatthan yang meminta agar Raja Abdul Aziz mengizinkan ia untuk membangun perpustakaan dan sekarang juga disebut Maktabah Makkah Mukarramah.


Hari ini kita selaku rakyat Malaysia merasa cukup terkesan apa yang berlaku kepada sejarah kebangkitan pertama cuba dimusnahkan dengan menghilangkan kesan jejak sejarah. Perkara yang sama yahudi dan kuncu-kuncunya lakukan di bumi Timur sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua. Kedatangan Islam di Tanah Melayu juga cuba dipesongkan. Budaya dan kerajaan hindu dibesar-besarkan sedangkan Tanah Melayu di Islamkan cuba disorokkan fakta sejarahnya. Allah Maha berkuasa apabila Malaysia dikehendaki menjadi tapak kebangkitan di Timur tiada satu kuasa yang  dapat menghalang walaupun usaha-usaha telah dibuat.


Malaysia dilihat sebagai model 'Baldatun Tayyibah' oleh negara-negara dalam OIC, iaitu sebuah organisasi negara-negara umat Islam yang terbesar di dunia ini. Perkara tersebut adalah satu rahmat Tuhan yang cukup besar buat kita yang tidak wajar dipersiakan.  Namun ramai yang tidak perasan ini sebenarnya satu isyarat dari Tuhan bahawa kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman ini bermula dari Timur, dan Timur yang dimaksudkan disini ialah Malaysia. 


Ia akan diterajui oleh orang Melayu dan bukannya di kalangan bangsa Arab dan bukan dari tanah Arab. Ini bererti sekarang adalah giliran bangsa Timur untuk menjadi empayar.  Selaku rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam, ini merupakan  satu khabar gembira buat kita. Tuhan memilih kebangkitan ini ditangan kita. Sama ada kita perasan atau tidak, bersiap atau tidak, setuju atau tidak, namun janji Tuhan pasti akan berlaku. 


Tuhan telah pergilir-gilirkan di kalangan bangsa-bangsa di dunia samaada dunia barat maupun timur untuk menguasai dunia. Ini adalah satu sunnatullah dan fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. Bangsa Melayu belum lagi menempah sejarah menguasai mana-mana empayar dunia kerana belum tiba masanya lagi. Kini sudah sampai giliran bangsa Melayu. Dan Melayu yang dipilih untuk menerajui empayar yang bersejarah ini ialah Melayu Baru yang ditunjangi oleh kekuatan Islam bukannya kekuatan apa-apa ideologi.


Siapakah Melayu Baru itu?  Mereka yang dapat menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek hidupnya, sehingga kebenaran itu dapat diserlahkan lahir dan batinnya, dapat dirasakan keindahannya, dapat dilihat dan dinikmati kemakmuran dan keselasaannya. Sebelum terserlah kebenaran, bagaimana kita hendak pastikan bangsa tersebut perjuangannya membawa kebenaran? 


Peringkat awal itu yang susah, iaitu untuk pastikan benar atau tidak benarnya perjuangan itu. Oleh itu kita mesti tahu apakah buktinya perjuangan itu membawa suatu kebenaran. Dan apa buktinya bahawa perjuangannya adalah kebenaran oleh Tuhan. Dalam erti kata lain, apa buktinya dia adalah kebenaran dari Tuhan. Perlu dikenal pasti ciri-cirinya. Ini penting. Kalau tidak nanti, yang benar dikata tidak benar dan yang tidak benar dikata benar. 


Yang benar ditentang manakala yang tidak benar diterima.  Antara ciri-ciri kebenaran tersebut secara umum, bangsa yang menjadikan kekuatan utama mereka ialah cinta dan takutkan Tuhan. Kasih sayang sesama manusia menjadi budaya hidup mereka.  Hasil daripada bernaung dibawah Tuhan yang Maha Agung, menghayati solat yang  agung, maka akan lahirlah Melayu Baru yang mempunyai peribadi yang agung, dan peribadi beginilah yang layak untuk menerajui sebuah empayar baru Islam yang mana tapaknya ialah di Malaysia tanah air tercinta. 


Dunia sangat memerlukan khabar gembira dari Tuhan untuk memberikan pengharapan semula kepada manusia. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada kita supaya menyebarkan khabar busyra ini kepada semua manusia agar umat Islam membuat persiapan dan persedian kearah  itu.  Moga Tuhan pilih kita untuk menerajui empayar dunia baru Islam di akhir zaman ini.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N