Langkau ke kandungan utama

ORANG JAHIL

SIAPAKAH ORANG BODOH ATAU JAHIL 


Rasulullah menyebut didalam hadisnya tentang orang yang dungu atau orang yang bodoh. Orang ini bukan kerana hanya lulus LCE atau SPM atau tidak dapat masuk universiti. Tetapi, kata Rasulullah, orang yang bodoh atau dungu itu ialah orang yang hidup mengikut nafsu dan berangan-angan kepada Allah, yakni padanya Allah itu maha pengampun, Allah itu maha Penyayang, maha Pengasih dan sebagainya. Jadi, baginya Allah tidak akan mematikannya kerana dia masih muda, masih badan sehat dan suka dulu, nanti bila sudah tua barulah mulakan sembahyang, barulah mula puasa dan sebagainya. Waktu ini dia masih muda dan masih lambat lagi mati. Inilah sebenarnya sikap orang bodoh. 


Demikian sabda Rasulullah untuk menceritakan kepada kita bagaimana yang dikatakan orang bodoh itu. Rupa-rupanya orang yang bodoh itu bukan ertinya tak dapat ijazah universiti, tak boleh  jadi profesor dan sebagainya. Tetapi orang yang bodoh itu sebenarnya ialah orang yang tidak dapat memelihara dirinya dari kecelakaan akhirat dan tidak pula mengerjakan amal bakti untuk bekalan selepas matinya. Abuya selaku mursyid mendidik kita membesarkan akhirat.


Mari kita datangkan beberapa contoh yang berlaku didalam hidup kita. Kalau kita membesarkan dunia, sedangkan dunia yang kita miliki masih jauh hendak dibandingkan dengan orang China yang memang menguasai ekonomi di Malaysia ini. Akhirnya dunia kita tertinggal ke belakang dan akhirat kita cuai dan abaikan contohnya sembahyang yang menjadi tiang agama pun kita tanggoh-tanggohkan. Kalau setakat kita pakai Alfahd terpakai itu pun hutang, rumah pun menyewa kita rasakan sudah lebih berjaya membangunkan model Islam daripada mursyid. Ketara sangat kita berbangga dengan diri sendiri. Itu pun baru memiliki kelulusan SPM sudah rasa lebih hebat ilmu dari guru mursyid sendiri belum lagi dapat profesor.


Artikal sebelum ini kita telah katakan bahawa anak kunci kebahagiaan di akhirat itu ialah sedar dan cerdik. Kalau seseorang itu ada mempunyai sifat sedar dalam erti kata sedar ia tentang akhirat, sedar ia tentang syurga dan neraka, sedar ia tentang mati dan seksa kubur, sedar ia tentang Allah itu maha Berkuasa, maha Mendengar, maha Mengetahui, maha Melihat dan sebagainya, kemudian cerdik pula iaitu dengan makna dia dapat memelihara diri dari kecelakaan akhirat serta dapat beramal ibadah untuk bekalannya selepas mati, maka orang ini sudah memiliki kunci kebahagiaan akhirat. 


Apakah pula punca kecelakaan akhirat. Adapun punca kecelakaan akhirat itu juga ada dua iaitu pertama penipuan dan
kedua kelalaian. Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan di sini? Yang dimaksudkan dengan penipuan ini ialah, dia tertipu oleh dunia ini, seperti dia tertipu dengan keindahan alam semulajadinya, dia tertipu dengan rumah besarnya, dia tertipu dengan kereta besarnya, dia tertipu dengan wanita cantiknya clan sebagainya. Pendek kata segala yang ada di dunia ini melambai-lambai kita dan memikat hati kita. Bila kita pandang dia, dia senyum dengan kita. Umpama, kalau seorang gadis cantik yang umurnya muda belia, tiba-tiba kita lalu di depannya, dia senyum pada kita serta melambai kita. Tentu sekali gugur iman kita.


Tentu sekali kita akan terpesona dan akan tergila-gila dengannya.
Kalau tidak terus gila, mungkin separuh gila. Bak kata orang, tengok
dalam air nampak wajahnya, tengok dalam cermin, muka kita macam muka dia. Begitu parah sekali jiwa kita dibuat oleh seorang gadis cantik. Begitulah ibaratnya dengan dunia yang kita lihat ini. Sama
sepertimana kita lihat seorang gadis cantik yang melambai-lambai
kita. Padahal, gadis cantik yang melambai-lambai kita itu, kalau pun
boleh kita miliki, dianya akan menyusahkan kita. Katalah gadis cantik
itu tadi dapat menjadi isteri kita. Akan menyusahkan kita. Kita beli
kereta kecil, dia hendak kereta besar. Kita hendak ke masjid, dia
hendak ke panggung wayang. Kita hendak pergi mengaji, dia hendak
pergi shopping shopping. Parah sekali jiwa kita dibuatnya.
 

Dunia juga boleh mengakibatkan diri kita parah. Kita akan tertipu
olehnya. Sebelum kita dapat, mungkin kita akan terpesona dengan
kecantikannya. Kita akan terpesona dengan wang ringgitnya, kita akan terpesona dengan rumah besarnya, kita akan terpesona dengan wanita cantiknya dan sebagainya. Tetapi bila telah kita miliki, susah kita dibuatnya. Bukan bahagia yang kita miliki dunia pada hari ini. Apakah hidup mereka tenang? Apakah mereka bahagia dengan dunia yang mereka miliki; dengan harta banyaknya, dengan kereta besarnya, dengan isteri cantiknya dan sebagainya. Apa yang kita dengar melalui surat surat khabar, orang orang inilah yang banyak membunuh diri, dia dibunuh orang. 


Hidupnya sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan. Sampai rumahnya pun dua tiga lapis pintu besi. Ke sana ke sini terpaksa
pakai bodyguard dan sebagainya. Mukanya sentiasa berkerut dan anak isterinya lintang pukang. Tidak pernah damai rumah tangganya,
walaupun dunia sudah di dalam tangannya. Begitulah dunia telah menipu dia. Seterusnya, ada juga ulama ulama yang mengibaratkan dunia ini sebagai satu lautan yang dalam yang mana kebanyakan manusia tenggelam di dalamnya dan jarang jarang yang dapat lepas sampai ke pulau yang dihadapannya. Celakalah bagi mereka yang tertipu dengan dunia ini.


Jadi, punca kecelakaan yang menimpa manusia ialah penipuan dunia yang sifatnya sementara saja. Kerana sifatnnya sebagai seorang gadis
cantik, maka ramailah manusia yang tertipu dengan kecantikan dunia
ini. Dan inilah yang dimaksudkan dengan penipuan sebagai salah satu
dari punca kecelakaan akhirat. Kemudian, lagi satu punca kecelakaan akhirat ialah kelalaian. Kelalaian atau lalai yang dimaksudkan di sini pun terghalib dan terlalai. 


Akibatnya, kita lupa hendak membuat kerja kerja akhirat,
kerana kita telah dimainkan oleh dunia, dibuai buai oleh dunia dan
ditipu oleh dunia. Dalam kita terlalai oleh dunia hingga lupa hendak
membuat kerja kerja akhirat atau kerja-kerja amal bakti kepada Allah,
malaikat maut pun tiba untuk mencabut nyawa kita. Masa itu, kelam-
kabutlah kita. Keluh kesahlah kita. Malangnya, sudah tidak ada guna
lagi kerana malaikat maut tidak akan menunggu walau sesaat.
 

Semasa dia sehat-sehat sebelumnya bila kita ceritakan kepadanya
tentang mati, kita ingatkan dia tentang akhirat, dia begitu marah
sekali. Tetapi bila saat dia hendak mati itu, Allah akan bukakan
hijab yang melindunginya selama ini dari nampak alam akhirat. Bila
dia ternampak alam akhirat yang begitu jauh sekai bezanya dengan alam dunia ini, dia akan terkejut dan tergamam sampai terbeliak biji
matanya. Cuma, kita yang memandang orang yang hendak mati itu,
tidaklah nampak bagaimana dia terkejut dan tergamam. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N