Langkau ke kandungan utama

TIMUR MENJADI PAYUNG.

PERTEMBUNGAN ANTARA BARAT DENGAN TIMUR.

( Pelarian Syria ).
(Akhlak mulia ibarat bunga contohnya menjadi payung melindungi bagi yang memerlukan).


Apakah kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan pelbagai senjata untuk memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang melihat mazmumah yang bersarang dihati kedua-dua pihak itu, yang dizahirkan melalui senjata. Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan , kita sebenarnya sedang menyaksikan berita mengenai manusia yang hatinya yang sudah di kusainya oleh nafsu dan syaitan.


Masyarakat Islam Malaysia khususnya yang sudah mendapat hidayah, mula belajar daripada apa yang berlaku. Dunia sedang memerhatikan Malaysia bagaikan anak dara sunti datang untuk melamar. Negara-negara Barat sedang meninjau-ninjau Malaysia, begitu juga dengan negara -negara Timur Tengah lain suka meneroka ke Malaysia. Umat Islam yang negara mereka terlibat perang, rakyatnya banyak jadi pelarian kerana kampung halaman mereka telah musnah sama sekali.


Contoh peperangan yang berlaku di Timur Tengah seperti rakyat Syria, Rakyat Palestin. Begitu juga rakyat Rohingya, rakyat Burma, rakyat Selatan Thailand, dan lain-lain negara, mereka rasa selamat berlindung di Malaysia. Apabila kita melihat atau mengetahui mereka lari menyelamatkan diri dari tanah air sendiri sambil mengharapkan sinar baru di negara asing. Namun inilah nasib lebih 1,000 pelarian Palestin dari Syria kini berlindung di Malaysia dengan masa depan masih tidak menentu selepas persengketaan di negara Asia Barat itu.


Daripada jumlah itu, lebih 450 pelarian, termasuk dari Kem Pelarian Al-Yarmouk belum mendaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Keadaan ini menjadikan mereka pendatang asing tanpa izin kerana tinggal lebih masa walaupun memasuki Malaysia secara sah menggunakan dokumen perjalanan Syria yang hanya diiktiraf beberapa negara, termasuk Malaysia.


Mana-mana warga Palestin boleh memasuki Malaysia menggunakan visa ketibaan (VOA) yang sah laku bagi tempoh 30 hari dan boleh diperbaharui mengikut kes sebelum keluar dari Malaysia. Sumber memberitahu, kebanyakan pelarian mencari perlindungan di negara ini untuk sementara waktu, malah ada dalam kalangan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit ke negara ketiga.


"Pelarian Palestin (dari Syria) hanya mempunyai dokumen perjalanan terhad. Kurang daripada lima negara mengiktiraf dokumen khas dikeluarkan Kerajaan Syria, termasuk Malaysia dan Lubnan. "Mereka masuk Malaysia dengan harapan tinggi, mencari perlindungan dari perang di Syria yang merampas segala-galanya daripada mereka. Merampas kehidupan, harta benda dan ahli keluarga.


"Mereka datang ke sini kerana rakyat dan Kerajaan Malaysia menerima mereka," kata sumber itu kepada BH yang menjelaskan bahawa kebanyakan pelarian datang ke Malaysia sejak penghujung tahun 2011. Konflik Syria yang bermula dengan penentangan sivil terhadap Presiden Bashar Al-Assad sejak Mac 2011 menyebabkan lebih 4.1 juta penduduknya bertukar menjadi pelarian dengan lebih 250,000 daripadanya terkorban.


Lebih setengah juta pelarian Palestin di Syria (pelarian sejak 1948) dengan majoritinya dari Kem Pelarian Al-Yarmouk turut terheret dalam konflik itu sehingga memaksa mereka keluar dari Syria. Ratusan ribu pelarian menjadikan negara jiran Syria seperti Turki, Lubnan dan Jordan sebagai destinasi perlindungan dengan sebahagian menuju ke Eropah dan sebilangan kecil pula ke rantau ini.


MAJORITI pelarian Palestin dari Syria yang kini berlindung di Malaysia terdiri daripada profesional dan tenaga mahir yang hilang segala-galanya akibat pergolakan di Syria, sejak Mac 2011. Golongan ini yang kehilangan harta benda, punca pendapatan dan kehidupan di Syria yang menjadi tempat mereka berlindung sejak 1948, jika diberi peluang, mampu menyumbang kepada negara ini.


Begitulah sebaliknya segala sifat positif, mencintai kebaikan, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan kedamaian, kemajuan, kemakmuran, keharmonian dan keselamatan semuanya datang dari hati yang subur sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji dalam hati. Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaatnya dari manusia kembali kepada manusia sendiri. Kehidupan manusia menjadi aman damai tenteram dan harmoni.


Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan tuhan yang untung. Faedah dan manfaat kembali kepada manusia sendiri. Kehidupan manusia menjadi aman dan damai, tenteram dan harmoni. Tuhan perintahkan manusia cinta dan Takut kepada-Nya . Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Apabila manusia mencintai Tuhan , manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Manusia akan bersatu padu , bertolong bantu, bela membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama lain.


Disini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Tuhan ini kembali kepada mengenal Tuhan' memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masaalah dan krisis itu dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya,cemerlang, bahagia, selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di akhirat yang kekal abadi.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N