Langkau ke kandungan utama

SYIRIK MODEN  LEBIH BAHAYA.


"Empayer Rom dan Parsi, melahirkan ahli2 falsafah atau filosof2 kuno seperti  : Aristoteles, Socrates, Plato." 
Mereka adalah tokoh-tokoh membawa ajaran syirik kuno yang bersifat teori dan utopia.

Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya Rasulullah manusia terlalu memuja nafsu dan akal, dari orang besar, orang biasa sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. 

Sebab itu sebelum lahirnya Rasulullah orang cerdik pandai ini terutama berlaku di Rom dan Parsi, lahir ahli2 falsafah atau filosof2 seperti : Aristoteles, Socrates, Plato. 

Mereka ini sangat mengguna kan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara. 

Itu bagi orang yg cerdik2. Tapi bagi orang-orang biasa, orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu.Waktu itu banyak lahir ahli2 falsafah, terutamanya orang2 Eropah, dimana falsafahnya sangat bersifat teori dan utopia,tak bersandar ke langit dan tak berpijak di bumi. 

Di zaman moden ini dari orang-orang Eropah lahir ahli2 falsafah juga tapi agak berpijak ke bumi, lahir saintis2 yaitu ahli2 sains. Teori2 dari ahli2 sains ini sebagiannya dapat diamalkan, dimanfaatkan oleh manusia. Tidak seperti sebelum Islam dulu ahli falsafah, dimana falsafahnya bersifat teori dan utopia.

Nampaknya Filosof2 dahulu kalau dikaitkan dengan Islam tak begitu bahaya. Kecuali orang yg bukan Islam. Tapi bila sampai zaman moden lahirnya filosof yg berpijak di bumi iaitu ahli sains, apa yg diterokai dapat dibuktikan dan dimanfaatkan manusia.

Satu segi manusia dapat manfaat, orang Islam pun dapat manfaat sama. Tapi dari sudut lain sangat halus bahayanya bagi umat Islam.
Kerana sains itu dapat sangat memberi manfaat pada manusia termasuk umat Islam maka falsafah ini sangat mempengaruhi umat Islam. Kalau tidak berhati2 sangat merusakkan aqidah umat Islam.

Memang dalam ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”.

Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia guna akal juga. Tapi kalau tak berhati2, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama2 pun faham memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden, ulama2, ustaz2 tak faham. Padahal syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Tapi ulama2 tak faham jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Ulama2 sekarang hanya nampak syirik kuno sahaja.

Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling memerlukan, kuat menguatkan satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.

Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama.

 

Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yg berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yg pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.

 

Oleh itu, daripada awal lagi diwujudkan manusia, Allah wujudkan aqal dan wahyu supaya kuat menguatkan antara satu sama lain, supaya satu sama lain perlu memerlukan.

 

Tapi dalam ayat Qur’an lain Tuhan ingatkan tentang tujuan Tuhan menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapa di kalangan manusia yg baik. Jadi untuk tujuan itu diwujudkan nafsu dan syaitan. Maka dua perkara itulah yg mengganggu manusia supaya aqal dan wahyu dipisahkan. Patutnya bersatu tapi kerana kerja nafsu dan syaitan jadi dipisahkan. Sedangkan Tuhan hendak satukan aqal dan wahyu. Tapi bila manusia hidup untuk diuji Tuhan, tujuan itulah Tuhan datangkan nafsu dan syaitan. Dapat tak manusia dengan aqal dan wahyu itu melawan nafsu dan syaitan supaya berhasil aqal dan wahyu dapat disatukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...