Langkau ke kandungan utama

MATA HATI DAN MATA LAHIR

Mengikut ilmu kerohanian  bahawa manusia Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib.

Sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah

Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, maksudnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta'arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af'alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseorang tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan.

Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo'a yang bermaksud "Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat" ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenal nya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib.

Dunia pada hari ini melahirkan ramai yang fizikal sihat tapi roh atau jiwa sakit.Bila jiwa sakit akhlak punah.Bagaimana jadi demikian kerana Tuhan sudah tidak dipeduli. Cinta dunia dan takut mati. Ajaran sekular yang berasal dari pendidikan Barat atau sekular melahirkan orang yang perihatin pada fizikal tapi roh  terbiar sakit. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta.

Pada kebangkitan pertama masyarakat perihatin kepada
roh atau  jiwa yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW iaitu
membina insaniah manusia atau menghidupkan roh atau hati mereka. Dalam Islam roh ditanam dengan perasaan yang membenar kan Tuhan. Perasaan disuburkan  makrifatullah. Kerana berpegang kepada awal-awal agama mengenal Allah.

Masyarakat yang dikenalkan tuhan disuburkan perasaannya kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...