Langkau ke kandungan utama

KITAB KUNING ( AKIDAH ).



Kitab Umm al-Barahin adalah sebuah kitab dalam bidang akidah yang terkenal di kalangan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari aliran al-Asya’irah.  Kitab ini adalah sebuah karya al-Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani al-Tilimsani (832-895H).
Tokoh yang terkenal dengan gelaran Imam al-Sanusi ini, merupakan seorang tokoh terkenal Ahli Sunnah wa Jama’ah, yang mendokong fahaman akidah dari aliran al-Asya’irah. Beliau merupakan seorang sarjana yang disegani pada kurun ke 9 Hijrah. Beliau mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan disiplin ilmu akidah semasa hayat dan selepas kewafatannya. Beliau Pendekatan yang tersendiri, mudah dan ringkas dalam menyebarkan disiplin ini merupakan asas kepada penerimaan generasi berikutnya terhadap hasil karya al-Sanusi. Asas yang dibentuk oleh al-Sanusi menjadi acuan dalam perbincangan dan penulisan disiplin pengajian akidah selepasnya.
Kitab Umm al-Barahin yang juga dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Sughra dan Dhat al-Barahin adalah intipati dari kitab `Aqidah Ahl al-Tawhid, iaitu sebuah karya al-Sanusi sendiri yang juga dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Kubra. Penghasilan karya ini adalah kesinambungan dari usaha-usaha penghasilan karya ilmiah dalam bidang akidah sejak kurun kedua Hijrah lagi. Ia dihasilkan bagi memenuhi tuntutan semasa masyarakat Islam yang amat memerlukan kepada satu karya akidah yang kemas dan mantap untuk digunakan bagi menghadapi suasana semasa umat Islam yang amat mencabar, berikutan penularan pengaruh ilmu falsafah dalam perbahasan ilmu akidah, sehingga masyarakat tidak dapat membezakan di antara unsur agama iaitu akidah dengan unsur falsafah
Oleh yang demikian, sudah tentulah penulisan beliau dalam Umm al-Barahin ini berasaskan metode al-Asya`irah yang menggunakan metode mantik atau logik dan ilmu wahyu dalam proses pendalilan bagi mengisbatkan doktrin-doktrin akidah Islam.
Kandungan kitab Umm al-Barahin
Kebiasaan kandung kitab dalam bidang akidah perbahasan akidah akan meliputi  apa yang terkandung dalam Rukun Iman yang enam. Namun begitu, kitab kecil ini hanya membincangkan permasalahan akidah yang berkaitan dengan ketuhanan dan kenabian sahaja. Secara kasarnya kitab ini mengandungi empat bahagian utama iaitu:
Pertama : Penjelasan hukum akal. Dalam bahagian ini beliau menjelaskan bahawa ada tiga hukum akal iaitu al-wujub (wajib), al istihalah (mustahil) dan al-jawaz (harus).
Kedua : al-Ilahiyyat. Dalam bahagian ini al-Sanusi menetapkan dua puluh sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah yang wajib diketahui oleh mukallaf dan satu sifat yang harus bagi Allah S.W.T. yang wajib diketahui oleh mukallaf.
Ketiga : al-Nubuwwat, Dalam bahagian ini al-Sanusi menetapkan hanya tiga sifat sahaja yang wajib dan mustahil dan satu sifat harus bagi rasul yang wajib atas setiap mukallaf mengetahuinya.
Keempat: Huraian dua kalimah al-Syahadah. Dalam bahagian ini al-Sanusi menghuraikan dua kalimah syahadah berasaskan sifat sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah S.W.T. dan Rasul a.s. di sini juga beliau menjelaskan dua sifat ketuhanan iaitu al-istighna’ dan al-iftiqar.
Dari ulasan ringkas kitab Umm al-Barahin di atas, dapatlah dirumuskan bahawa walaupun kitab ini adalah sebuah karya akidah yang kecil, ringkas dan padat, namun isi kandungannya mencakupi sebahagian besar asas akidah Islam iaitu al-ilahiyyat dan al-nubuwwat. Gaya bahasa yang digunakan oleh al-Sanusi mudah difahami dan ciri ini merupakan antara keistimewaan karya ini.
Syarah-Syarah kitab Umm al-Barahin
Berikut disebutkan beberapa karya akidah berbahasa Arab yang menghuraikan atau mensyarahkan kitab Umm al-Barahin. Kewujudan pelbagai versi kitab syarahan terhadap kitab Umm al-Barahin ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Umm al-Barahin dalam kalangan para ulama’ yang menyusul selepas al-Sanusi, di antaranya : 
1.       Kitab Syarh al-‘Aqidah al-Sughra, karya Imam al-Sanusi sendiri[1]
2.      Kitab Hashiyah al-Bayjuri ‘ala Umm al-Barahin, karya al-`Allamah Ibrahim al-Bayjuri (1198H/1784M -1277H/1860.). 
3.      Kitab Syarh Umm al-Barahin, karya Muhammad al-Makki bin Muhammad bin ‘Ali Ibn ‘Abd al-Rahman al-Syarsyali, Abu Hamid al-Batawari (1355H/ 1936M). 
4.      Kitab Tali’ al-Busyra `ala al-`Aqidah al-Sanusiyyah al-Sughra, karya Ibrahim bin Ahmad al-Marighani al-Tunisi (1349H). 
5.      Kitab Syarh Umm al-Barahin, karya Ahmad bin `Isa al-Anshari (). 
6.      Kitab Tahdhib Syarh al-Sanusiyyah[2], karya Syaikh Sa’id ‘Abd al-Lathif Fawdah. 
7.      Kitab al-‘Aqa’id al-Durriyyah Syarh Matn al-Sanusiyyah, karya al-Shaykh Muhammad al-Hashimi dan dicetak di Matba`ah Mustafa al-Babi  al-Halabi, Mesir.
8.     Kitab Syarh Umm al-Barahin, karya Muhammad bin Mansur al-Hudhudi[3].
Karya-karya dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan kitab Umm al-Barahin
1.       Kitab ‘Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul al-Din. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Zayn al-‘Abidin bin Muhammad al-Fathani. Ia dicetak di Matba‘ah bin Halabi, Thailand. Kata al-Syaikh Zayn al-`Abidin:
“ Telah membaiki Allah Ta`ala bagiku dan bagi mereka itu akan bahawa aku suratkan bagi mereka itu suatu kitab pada menyatakan ilmu usuluddin pada hal aku terjemahkan daripada Muqaddimah Syaikh Sanusi serta aku tambahkan atasnya daripada beberapa kalam syarahnya dan hasyiahnya supaya nyata maksud daripada kalam syaikh itu dan jikalau tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun tetapi i`timadku kepada tawfiq al-Karim al-Wahhab[4].
Kitab ini telah disempurnakan penulisannya oleh Syaikh Zayn al-‘Abidin pada hari Sabtu bulan Jamad al-Akhir, tahun 1308 Hijrah. 
2.       Kitab Bidayah al-Hidayah Syarh Matn Umm al-Barahin. Kitab yang dikarang oleh al-Syaikh Muhammad Zayn Ibn al-Faqih Jalal al-Din ini dicetak di Matba`ah bin Halabi, Fatani, Thailand. Kitab ini merupakan himpunan huraian dan ulasan terhadap kitab Umm al-Barahin di dalam bahasa Melayu (Jawi). Ia dikhususkan untuk golongan yang baru mendekati ilmu akidah[5]
3. Kitab Siraj al-Huda Pada Menyatakan `Aqidah Ahl al-Taqwa. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Muhammad bin Zayn al-Din bin Muhammad Badawi al-Sambawi. Kitab ini adalah huraian kitab Umm al-Barahin dalam bahasa Melayu. Kata al-Syaikh Muhammad bin Zayn: 
“ Dan kemudian daripada itu maka sungguhnya telah meminta akan hamba oleh setengah daripada orang yang tiada meluaskan akan hamba oleh menyalahi akan dia bahawa hamba surat akan risalah yang yang indah dengan bahasa jawi hal keadaannya menjadi Syarah atas matan Umm al-Barahin [6].
4.  Kitab al-Muqaddimah al-Kubra allati Tafara`at Minha al-Natijah al-Suhgra. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Isma’il Ibn al-Fadil ‘Abdullah al-Khalidi al-Naqshabandi. Kitab ini merupakan himpunan huraian dan ulasan kitab Umm al-Barahin. Kata Syaikh Isma’il:
“ Dan kemudian daripada itu maka inilah suatu risalah yang dipindahkan akan dari segala kitab usul al-din ertinya segala pohon agama daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu, iaitu dipindahkan daripada Syarh Umm al-Barahin, karangan imam al-Sanusi dan mengait syarahnya itu jua al-Hudhudi Syarh Umm al-Barahin itu juga dan Tilimsani Sharh Umm al-Barahin itu jua dan Syarh Umm al-Barahin itu jua bagi al-Sanusi itu dan lainnya daripada segala kitab yang diambil faqir sedikit-sedikit sekadarkan dapat difahamkan oleh yang baharu belajar ilmu usul al-din yang berkehendak ia kepada menuntut perkataan-perkataan matan kitab yang bernama Umm al-Barahin karangan Imam al-Sanusi ”[7]
Kitab ini selesai dikarang oleh Syaikh Isma`il pada 15 Jamad al-Akhir, tahun 1304 Hijrah. Isi kandungan kitab ini dipersembahkan oleh Syaikh Isma`il dalam bentuk soal jawab.       
5.  Kitab Miftah al-Jannah. Kitab ini dikarang oleh Muhammad Tayyib Ibn Mas`ud al-Banjari. Kitab ini juga merupakan himpunan huraian kitabUmm al-Barahin yang disusun kembali oleh pengarang mengikut kesesuaian sasaran pembaca. Pengarang juga menambah beberapa keterangan untuk menjelaskan lagi maksud ungkapan ungkapan perkataan yang terkandung di dalam kitab Umm al-Barahin. Kata al- Syaikh Muhammad Tayyib;
“ Maka aku pungut bagi mereka itu segala simpulan iman daripada kitab Umm al-Barahin dengan bahasa mereka dan aku datangkan dengan dalil pada sisi madlulnya dan aku nyatakan segala makna tiap-tiap ‘aqa’id itu dengan barang yang aku tilik akan dia daripada segala syarah dan segala hashiyah atas jalan memendekkan kerana memudahkan mereka itu[8].
Ringkasan kitab Umm al-Barahin
Kitab Umm al-Barahin telah dibuatkan ringkasan oleh Imam al-Sanusi sendiri melalui karyanya yang berjudul `Aqidah Sughra al-Sughra. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab`Aqidah al-Sughra. al-Sanusi hanya menyenaraikan isi-isi penting kandungan akidah dengan huraian yang amat ringkas. Ia bolehlah diklasifikasikan sebagai nota ilmu akidah.
al-Sanusi sendiri, kemudiannya telah menghuraikan kitab ‘Aqidah Shughra al-Shughramelalui karyanya Syarh Shughra al-Shughra. Di samping itu, al-Sanusi juga ada menyusun sebuah ringkasan bagi kitab `Aqidah Sughra Sughra  dengan karyanya `Aqidah Sughra Sughra al-Sughra.



Catatan: Artikel di atas disusun kembali berdasarkan beberapa petikan dari  artikel yang berjudul PENGARUH UMM AL-BARAHIN KARANGAN AL-SANUSI DALAM PENULISAN KARYA AKIDAH DI ALAM MELAYU, oleh Engku Ku Hassan Engku Wok Zin dan Mohd Fauzi Hamat.  Sila klik pautan berikut untuk membaca dan memuat turun artikel tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N