Langkau ke kandungan utama

PELAPIS PERJUANGAN.





Gerakan perjuangan dakwah Abuya dengan teratur laju dan lancar. Asasnya Iman dan Ukhuwah. Platformnya dakwah dan tarbiah. Dakwah bil hal terserlah dengan akhlak dan ulfah. Kekuatannya taqwa. Tetapi tidak lupakan quwwah.Pembangunan
teknologi tinggi tetapi batinnya tetap dengan disiplin amalan tareqat. 



Semua yang dicapai diatas dapat berterusan, Abuya sangat fokas melahirkan penyambung dan pelapis
perjuangan Islam. Melalui program rasmi, dengan mencetuskan sekolah-sekolah yang dapat lahirkan sufi berteknologi. Berjiwa agama yang boleh membangunkan Islam. Ada ilmu dan boleh berkhidmat.  Begitu juga melalui program tidak rasmi. Iaitu mereka didedahkan kepada tokoh-tokoh atau individu yang boleh membantu pelajar-pelajar tersebut. Semuanya dalam pemantauan Abuya.



Untuk melahirkan jiwa yang halus dan seni dengan tuhan atau berjiwa sufi perlukan didikan daripada kecil. Rasulullah dari kecil telah dikirim kepada Halimatussa'diah dan menjadi ibu susu Nabi Muhammad SAW. Kemudian sudah besar sedikit Nabi Muhammad dibawa oleh Bapa Saudaranya iaitu Abu Thalib. Dia dedahkan kenegeri Syam. Begitulah selibus yang diterima oleh Baginda SAW semenjak kecil hinggalah dewasa.



Lebih-lebih lagi kita berada di era kebangkitan sudah tentu satu bonus
dari Tuhan. Kalau kita ambil peluang dan meniti di atas jadual kebangkitan ini adalah kelebihan. Di era ini buat sedikit hasilnya banyak. Buat kecil sahaja terapi natijahnya besar inilah yang dimaksudkan sabsisdi. Kalau kita berjuang bukan di era kebangkitan, buat satu hasilnya juga satu.



Kita mengikut selibus kehidupan yang dilalui Nabi Muhammad dapat membimbing generasi pelapis meneruskan perjuangan membela Allah dan Rasul. Melalui selibus tersebut dapat lahirkan generasi yang akan mengulangi kebangkitan yang pertama. Kerana kita merujuk modiul dan pelaksanaan tindakan modus operandi yang sama. Pelaksanaan silibus korporat, tetapi hatinya tetap sufi. Pendedahannya orientasi khalifah tetapi dirinya tetap abdi. Iaitu tetap.mengekalkan perasaan seorang hamba Allah.



Mereka didedahkan perjuangannya dengan pembinaan insan. Jiwa, akal dan fizikal ditingkatkan.Mercu insan kamil didakinya. Iman disuburkan. Fikrah Islamiah dipasak. Fizikal dilatih tangkas, cergas. Bingkas menegakkan syariat. Kemudian dibangunkan pula pembangunan material. Lahirlah peradaban dan kemajuan.
Terbinalah Habluminallah dan Hablumminannas.



Maka Abuya sangat mempastikan program yang dianjurkan diatas dapat
berlaku dalam pelaksanaan. Selibus nya bersahaja tetapi sangat meninggalkan kesan kepada mereka yang pernah mengharungnya. Simbolik nama Pilin, kian menterjemahkan maknanya, dihuraikan oleh puteranya sendiri. Mindanya menakluk akal dan hati manusia. Perang fikiran dilancarkan. Pertempuran demi pertempuran disertai lalu meraih menang.




 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...