Langkau ke kandungan utama

MINDA KEHADAPAN.



Buah fikiran Abuya banyak ditolak dan tidak dapat diterima. Mengapa? Kerana Abuya menyampaikan sesuatu yang melangkaui masa dan fikiran manusia.


Abuya diibaratkan menanam benih dalam masyarakat yang hasilnya bukan dipetik ketika itu namun dari generasi ke geneasi benih tadi berbuah dan bercambah.


Contoh, mengenai Tun Dr. Mahathir Anuar Ibrahim, ketika Abuya menyebut tentang mereka berdua waktu itu sedang berkuasa.Seorang ada peranan seperti Abu Sufian dan seorang lagi tidak jadi Perdana Menteri walaupun ketika itu sudah jadi TPM. 

Malaysia tidak dapat lari menjadi daulah Islamiah. Peranan yang dilakukan oleh Malaysia sekarang negara-negara umat Islam atau OIC mengiktiraf banyak perkara yang dilakukan Malaysia membela umat Islam dan negara umat Islam. 


Begitu juga Abuya melontarkan pandangannya golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah adalah selebriti, dan sekarang sedang terjadi. 


Alhamdulillah, satu fenomena penghijrahan artis-artis di Malaysia dari terlalu lalai kepada lebih menjaga adab sopan dan menutup aurat mengikut tata cara Islam. Semoga Allah beri kekuatan dapat istiqomah (maintain) dan tabah menghadapi ujian dan cabaran.

Ini kerana Abuya menyampaikan sesuatu yang belum terjadi dan berlaku. Sesuatu persiapan yang terlalu awal Abuya sampaikan. Namun pemikiran Abuya ini dapat diterima para pemikir dan pemimpin negara. Sebab itulah Abuya berani berkata bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada kebangkitan Islam.


Setelah puluhan tahun berlalu, masyarakat Malaysia sebahagian besarnya telah berada di atas landasan yang Abuya bina. Samada sedar mahupun tidak, hanya akan ada dua kelompok sahaja nanti. Satu kelompok yang diberikan hidayah dan menjaganya, satu kelompok lagi semakin mabuk dengan agenda dajjal laknatullah. Ini semakin dekat dan hampir.


Bagaimana kita mahu mengelak dan menutupnya? Sedangkan saintis barat pun akui kebenaran hadis bahawa kita berada di akhir zaman, kiamat semakin hampir namun umat Islam sendiri mabuk dan mengata kan semua itu dusta dan rekaan semata. Lebih menyedihkan ada golongan ulama yang cuba menafikan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N