Langkau ke kandungan utama

ABUYA GIGIH BERJUANG.

Pejuang kebenaran gigih berbuat dan kuat merintih dan menyerahkan dirinya kepada Tuhan. Giat merancang tetapi kuat pergantungan dengan Ilahi. Keberaniannya sungguh mengagumkan. Seorang diri dicabarnya kemungkaran.
Dituduh sesat, dia tidak peduli. Dituduh syirik, dia makin berani. Dianggap penentang, dia makin lantang. Itulah jiwa yang ditempa oleh derita. Oya kenal ataupun yang Abuya tidak kenal. Sebagai tebusan dosa ana, kata Abuya.
Pemurah dan tawadhu’-nya Abuya. Kalau yang ditemui itu terdiri daripada golongan pemimpin, mereka akan menyebarkan berita kepada pengikut-pengikutnya (orang bawahannya). Setelah kenal rapat, sebagiannya mengirim anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Abuya.
Bila golongan yang ditemui itu adalah kalangan korperat, maka selepas itu berlangsung hubungan bisnes antara mereka dengan perusahaan Abuya. Berhadapan dengan golongan profesional, selalunya Abuya menyelesaikan beberapa masalah mereka dan menukar cara berfikir sekular mereka sehingga profesi mereka dapat dimanfaatkan untuk Islam.
Biasanya pertemuan pertama dengan Abuya akan diikuti dengan pertemuan kedua dan ketiga, disertai dengan majlis-majlis dialog. Dengan lain-lain bangsa dan agama juga Abuya bergaul mesra. Bahkan duduk semeja dan makan sedulang dengan mereka.
Adakalanya beliau berhibur-hibur dengan mereka. Kadang-kadang ditepuk-tepuknya bahu mereka. Seringkali pada simpati yang bukan Islam, Abuya akan beri mereka hadiah, mungkin berbentuk barang atau duit, dengan harapan dan doa agar mereka memeluk Islam suatu masa nanti.
Pernah sewaktu ayah kepada seorang zimmi jemaah, tuan punya hotel terbesar di Phrae, Utara Thailand, sakit kerana pembedahan di perut, Abuya bersama semua peserta ekspedisi bas eksekutif dua tingkat pergi menziarahinya.
Bekas Datuk Bandar ini kemudian berkata, “Saya terhibur dengan kedatangan Abuya sehingga setengah dari sakit saya hilang.” Abuya pernah berkata, “Dalam ajaran Islam, zimmi-zimmi ini dilindungi dan dibantu keperluan mereka.
Kalau mereka dizalimi atau diganggu, orang-orang yang mengganggu mereka itu walaupun orang Islam sendiri, akan dihukum. Hingga mereka selamat berada dalam naungan kasih sayang pemerintahan Islam.” Abuya sangat mengambil berat kebajikan zimmi jemaah.
Bila mereka masuk rumah sakit, maka Abuya akan tanggung pembayarannya. Pernah sewaktu menyambut hari raya di Thailand, Abuya diserang demam yang hebat dan selepas agak pulih, mendadak saja Abuya teringatkan beberapa orang zimmi jemaah, lalu meminta supaya dibungkuskan kuih-kuih raya untuk mereka yang bukan Islam, diniatkan supaya mereka masuk Islam.
Sewaktu Abuya mengadakan misi dakwah Love & Care di Filipina, beliau membawa bersama beberapa zimmi jemaah dari Thailand dan Malaysia. Salah seorang daripadanya, pengurus hotel di Chiang Mai, rasa seronok ikut Abuya hingga mahu sambung satu minggu lagi bersama Abuya.
Katanya, isterinya yang ikut serta dalam ekspedisi itu sudah berubah, cium tangannya tanda hormat pada suami. Dia sendiri sudah mula mau tahu tentang Islam dan mula ikut sembahyang Zuhur walaupun belum tukar aqidah.
Abuya membiarkan dengan berkata, “Kita biarkanlah kerana dia nak sembah Tuhannya.” Sehari sebelum Abuya ditangkap, Abuya menghadiahkan sebuah hamper sempena hari jadi bekas Datuk Bandar Phrae tersebut.
Di waktu yang sama Abuya turut menyumbang bagi pihak dirinya dan jemaah sebanyak 5,000 Baht untuk korban banjir di Phrae yang majoriti penduduknya beragama Buddha. Pernah satu ketika seorang peserta yang mengikuti ekspedisi bersama Abuya di Thailand, sedang menghadapi masalah yang agak berat.
Setiap malam selama beberapa hari ekspedisi itu, beliau merintih dan mengadu kepada Allah, memohon agar Allah ringankan masalahnya. Semasa rombongan ekspedisi berjalan di sebuah kampung, mereka melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main.
Tiba-tiba Abuya memberi wang kepada peserta tadi dan diminta ia sedekahkan nya kepada kanak-kanak
yang sedang bermain itu. Di waktu yang lain pula ketika mereka singgah makan di sebuah restoran, Abuya menyebut tentang hikmah bersedekah yang mana melalui sedekah itu Allah permudahkan sampainya hajat kita.
Ibadah Abuya Abuya sentiasa sembahyang di awal waktu dan beliau berada di tikar sembahyang setengah jam sebelum masuk waktu. Biasanya waktu menjelang solat itu, Abuya peruntukkan bersama anak buah atau tetamu.
Memberi ilmu dan mentarbiah. Hampir-hampir tidak pernah Abuya sembahyang seorang diri. Sentiasa berjemaah walaupun di waktu sakit berat. Abuya istiqamah bersembahyang Tahajjud dan Witir di sepertiga hujung malam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N