Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN KEYAKINAN.

Abuya akan memendekkan sembahyang sunatnya jika ada program-program resmi atau jika ada tetamu. Abuya terlalu menjaga waktu berbuka, jangan sampai terbatal. Artinya, betul-betul yakin masuk waktu. Setelah selesai azan maghrib baru Abuya berdoa buka puasa dan berbuka. Abuya melebihkan waktu asalkan jangan termakan sebelum waktu berbuka.

Begitu juga bersahur, beliau akan memberhentikan makan lebih awal (sebelum waktu imsak). Sewaktu berbuka, Abuya hanya menjamah sedikit makanan dan terus solat. Selepas solat Terawih barulah beliau makan malam. Abuya selalu mengerjakan Sunat Terawih 20 rakaat.

Kadang-kadang sebelum menjamah makanan, Abuya akan mengaji Al Quran dan selalunya mengkhatam Al Quran sebanyak 2 kali sepanjang bulan Ramadhan. Abuya berpuasa enam hari setiap bulan Syawal. Kesukaan Abuya Di antara kesukaan Abuya adalah mengadakan kenduri, bersedekah dan beri hadiah. Kalau Abuya tidak dapat bertahajjud malam atau Dhuha di siang hari, beliau akan ganti dengan kenduri.

Abuya pernah memberi panduan kepada anak-anak buah, di samping banyak sembahyang hajat dan banyak berdoa, banyakkan bersedekah kerana melalui sedekah itu dipercepatkan makbulnya hajat. Abuya sangat memperhatikan keadaan orang kecil. Beliau selalu menyediakan makanan kepada pekerja angkut sampah.

Jika berbelanja ke pasar senantiasa dia bayarkan orang yang berbelanja di kiri kanan beliau. Tidak sampai hati dia berbelanja untuk diri dan keluarga sendiri. Abuya menggunakan hidupnya untuk berdakwah ke seluruh dunia. Dahulu Abuya buat sendiri, mengembara ke seluruh dunia, khususnya Thailand, Indonesia, Singapura dan sebagainya.

Setelah dalam tahanan ISA tugas itu disambung oleh murid-murid beliau terutamanya dari Indonesia. Walaupun dulu sibuk berdakwah dan sekarang masih dalam tahanan kota pemerintah, tarbiyah dan nasihatnya tetap disalurkan kepada anggota jemaah khususnya dan masyarakat umum. Dalam berdakwah di seluruh dunia

Abuya bertemu dengan banyak tokoh dari berbagai golongan masyarakat : mahasiswa, pedagang, petani, orang politik, kalangan pemerintahan, ulama, cendikiawan dan sebagainya. Biasanya Abuya dijadikan tempat bertanya dan meminta nasihat. Setelah Abuya diletakkan dalam tahanan kota, maka tokoh-tokoh dunialah yang datang berkunjung, meminta nasihat dan panduan dari Abuya.

Diantara yang datang adalah menteri, calon presiden yang kemudian jadi presiden, konglomerat, ulama, keluarga presiden, keluarga raja, rektor universiti, doktor, tokoh-tokoh negara, jenderal tentera dan polis, artis dan lain-lain baik yang menganut agama Islam ataupun yang bukan Islam. Kasih Sayang Abuya kepada bukan Islam Abuya sangat mengambil berat kebajikan golongan zimmi (orang bukan Islam yang telah menerima cara hidup Islam) dan juga mereka yang baru di Islamkan.

Pernah satu ketika Abuya menghadiahkan 600 Baht kepada anak-anak seorang wartawan beragama Buddha. Abuya juga pernah menghadiahkan 5,000 Baht kepada seorang ahli perniagaan wanita yang baru di Islamkan walaupun diketahui wanita itu berpendapatan 100,000 Baht sebulan.

Ini dilakukan untuk menggambar kan keindahan hidup di bawah naungan Islam agar golongan tadi rasa terhibur dan dapat merasakan suasana kekeluargaan di dalam Islam. Abuya mempunyai banyak kawan yang bukan Islam, baik Hindu, Buddha atau Kristian dari berbagai suku bangsa Cina, India, Eropah, Arab dan lain-lain. Mereka sangat menyayangi Abuya. Ketika berhadapan dengan golongan bukan Islam.

Abuya tidak sekali-kali meyentuh tentang agama mereka. Sebaliknya Abuya menceritakan keindahan cara hidup Islam dan menunjukkan akhlak Islam serta model kehidupan Islam dalam jemaah. Mereka kemudian dengan sendirinya tertarik kepada Islam yang dapat mereka lihat keindahannya.

Hingga cara hidup Islam itu mereka terima walaupun mereka belum sanggup menukar aqidah (mereka akhirnya Islam). Pernah satu ketika Abuya dan rombongan makan di sebuah restoran di Filipina. Semua pekerja restoran itu beragama Islam walaupun tuan punya restoran beragama Kristian.

Seperti biasa selepas makan, Abuya dan yang lain-lain, membersihkan meja, memastikan tiada sebutir nasi yang tinggal, dan menyusun piring, gelas dan mangkuk bekas makan untuk memudahkan pekerja restoran membawanya. Abuya berkata, “Inipun dakwah juga, di samping meringankan kerja orang. Walaupun kita bayar tapi meringankan kerja orang itu juga Allah nilai dengan pahala.”

Melihat itu pemilik restoran tersebut berkata, “Tuan dapat buat kerja-kerja besar karena perkara kecil begini pun tuan-tuan perhatikan.” Di samping itu banyak juga yang terus tertarik untuk memeluk Islam. Sewaktu Abuya mengadakan misi dakwah di Filipina pada awal tahun 1994, 17 orang memeluk Islam di tangan Abuya.

Di Thailand, banyak penganut Buddha memeluk Islam selepas bertemu Abuya termasuk pekerja-pekerja hotel tempat Abuya menginap. Seorang pekerja hotel di Manila ketika ditanya apa yang menariknya memeluk Islam, telah menjawab, “Kerana akhlak Abuya berbeza dengan orang Islam lain yang pernah saya kenal.” Mereka yang telah tertarik kepada cara hidup Islam.

Abuya didik terus dan selalu Abuya hubungi. Sekiranya mereka dibawa berekpedisi atau dalam pertemuan tidak rasmi, dalam tarbiahnya Abuya gemar menggunakan tamsilan. Ini merupakan kaedah yang ditunjukkan oleh Al Quran. Mata ditamsilkan seperti lampu dan hati seperti bateri.

Seandainya lampu sering digunakan, bateri akan lemah. Begitulah mata, kalau selalu melihat maksiat, hati akan lemah. Abuya mengibaratkan kebenaran itu seperti bunga hidup walaupun cantik tapi cepat layu, manakala kepalsuan ibarat bunga plastik yang bukan saja kelihatan cantik bahkan tahan lama.

Begitulah juga dengan usia kebenaran selalunya tidak lama manakala usia kepalsuan selalunya panjang. Abuya juga mengibaratkan hati seperti raja dalam diri manakala anggota badan seperti rakyat. Baik raja, baiklah rakyat. Artinya, baik hati, baiklah tangan, kaki, mulut dan sebagainya.

Tamsilan yang Abuya bawa dekat dengan kehidupan seharian sehingga mudah difahami dan dirasakan. Dengan cara itu, apa yang Abuya sampaikan dapat menyentuh fikiran dan hati, sehingga mendorong orang untuk membuat perubahan. Begitulah diantara kaedah Abuya dalam berdakwah.


Abuya tidak pernah menyinggung mana-mana pihak. Caranya yang begitu berhikmah, lemah lembut dan penuh kasih sayang telah membolehkan Islam disampaikan dan ditegakkan di seluruh dunia, dengan tidak merosakkan polisi yang dipegang oleh pihak pemerintahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N