Langkau ke kandungan utama

KEBENARAN BERSIFAT GLOBAL

HUBUNGAN MALAYSIA DAN UZBEKISTAN.

Islam agama yang bersifat global. Memperjuangkannya juga bersifat global. Tuhan ciptakan keperluan manusia juga bersifat global. Ertinya keperluan yang global bertepatan dengan fitrah manusia yang tuhan ciptakan. Perjuangan kebenaran yang Abuya  bawa sangat berpengaruh. Ahlinya tidak ramai, oleh kerana ia bersifat sejagat atau global maka semua golongan ada. Bukan Melayu sahaja atau Arab sahaja atau Malaysia sahaja. Sama ada di kalangan ahli mahupun di sudut pengaruh. Kalau ada ciri itu, itulah kebenaran.

Saiz perjuangan mengikutlah  kesedian masyarakat setempat. Kebenaran adalah suatu yang fitrah. Fitrah tuhan bekalkan kepada manusia tidak mengira warna kulit bahasa dan bangsa. Ianya boleh diterima bersama.Begitu juga peringkat masyarakatnya. Tidaklah hanya ada orang pandai sahaja atau orang bodoh dan orang miskin sahaja. Tidak begitu. Sebab sudah dikatakan tadi, sifat kebenaran itu global. Ahlinya pun global. Di dalamnya ada orang miskin, orang pandai, orang bodoh, orang kaya. Itulah lagi antara ciri kebenaran yang lahir.

Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di timur sangat ada hubungkait dengan Khurasan. Kerana dalam hadis berkaitan Imam Mahdi timur dan Khurasan ada disebut. KHURASAN, dalam hampir semua hadist akhir zaman yang disampaikan oleh Rasululllah SAW, memegang peranan penting. Ini karena dari Khurasan-lah awal mula akhir zaman memulai. Lantas dimanakah Khurasan berada?

Berdasarkan peta lokasi negeri Khurasan ini, berada di sebelah utara Iran (Persia), Pakistan (Sijistan) maupun India(India). Khurasan adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu bakal diprediksi sebagai tempat kemunculan para ikhwan imam Mahdi (kawan-kawan pendukung imam Mahdi).

Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.”

Hari ini dunia mengenalnya sebagai wilayah dengan nama Afganistan-Tajikistan-Turkmenistan dan Uzbekistan.Sebuah wilayah yang bergunung-gunung dengan iklim yang esktrim (musim panas yang kering dan musin dingin yang bersalju) , bahkan sering menjadi pusat terjadinya gempa, namun meski dianggap sebagai negeri termiskin di dunia, orang-orang Afghanistan adalah orang-orang yang gigih dan berhati waja.

Demi untuk membenarkan hadis kebangkitan akhir zaman, Abuya telah banyak mengirim rombongan ke Khurasan khususnya ke negara gurunya Syeikh Mahmud Bukhari. Penulis salah seorang yang juga dikir im bersama rombongan ke Khurasan. Ketibaan kami disana sangat disambut baik. Pakaian mereka sangat mesra dengan sunnah. Walaupun sebahagian sesetengahnya sudah menjadi pakaian budaya. Mereka walaupun sudah lama dijajah oleh Rusia tetapi fanatik kepada agama sangat kuat. 

Bendera Uzbekistan diperkenalkan pada 18 November 1991. Bendera ini terdiri dari warna biru muda, putih, dan hijau, dengan warna merah yang sempit. Terdiri daripada bulan sabit dan 12 bintang terletak di latar belakang berwarna biru. 12 bintang melambangkan Wilayah di Usbekistan. Bulan sabit melambangkan Islam.

Negara Uzbekistan ada neninggalkan kompleks madrasah yang merupakan satu-satunya kompleks persekolahan termegah yang pernah ada. Letaknya ada di Registan Square, Samarkand. Banyak orang melukiskannya sebagai lebih indah dari Piazza di San Marco, Venice. Kompleks itu sendiri didirikan antara tahun 1417-1721.

Ada tiga bangunan utama yang ada di kompleks itu. Ketiga madrasah itu adalah Madrasah Shir Dor, yang dibangun pada tahun 1619 dan 1635 dengan meniru Madrasah Ulugh Beg sertaMadrasah Tilla Kari yang dibangun antara tahun 1646 dan 1659.

Hasil perjuangan kebenaran yang global hasilnya besar. Kelompok kebenaran itu tidak ramai tetapi hasil perjuangannya lebih banyak daripada kelompok yang bukan kebenaran walaupun ahlinya ramai. Begitu juga perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Sebab kebenaran itu kepunyaan bersama. Islam atau tidak Islam, itu hidayah dari Tuhan, bukan hak kita. Tetapi berkaitan dengan kebenaran, kerana ia keperluan semua bangsa maka semua bangsa dan etnik boleh terima walaupun tidak Islam.Itulah dia di antara ciri-ciri kebenaran yang tersirat dan yang lahir. Kalau kita bahaskan, banyak lagi. Tapi sekadar itu sudah cukup. Dengan itu diharapkan dapat kita bezakan antara pemimpin kebenaran dengan yang bukan kebenaran. Antara pemimpin yang benar dan tidak. Sedikit sebanyak kita sudah faham. Ertinya kita sudah mengenal pasti antara dua puak iaitu yang hak dan yang batil secara umum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N