Langkau ke kandungan utama

DUNIA KILANG NAJIS.

Tujuan Tuhan ciptakan manusia adalah untuk ibadah. Tuhan adalah
segala-segalanya. Ertinya Tuhan tempat kita meminta. Tuhan tempat kita mengadu dan meluahkan perasaan.Maksud firman Allah: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"( Az Zariat 56 ).

Di zaman manusia sangat
memburu keduniaan, sangat sedikit yang membawa Tuhan dalam hidup atau mungkin tiada langsung. Apabila manusia melupai dan menyisihkan Tuhan,
manusia sudah menjadi ibarat kereta tanpa enjin. Biarpun kelihatan cantik dan hebat namun kereta tersebut sudah ketiadaan fungsinya yang sebenar sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Atau atau tidak lebih dari satu objek yang saban hari hanyalah fungsinya memproses najis.

Atau bahasa mudahnya
manusia sudah menjadi
kilang najis.Tidak hairanlah
dunia hari ini dilanda krisis,
porak-peranda,permusuhan,
perpecahan, tindas menindas
menzalimi, hilang kasih
sayang, mementingkan diri
sendiri, berbunuhan dan
berperang. Segala macam
gejala sosial sudah tidak
dapat diatasi,diselesaikan
dan dibendung. Berbagai
saranan, pendapat, idea,
buah fikiran, aktiviti, agenda dan program sudah dibawa
kepada masyarakat.

Berbagai akta, undang-undang, peraturan dan
penguat kuasaan sudah
dilakukan. Sudah ramai pula
yang sudah terhukum
namun semuanya gagal
mengatasi berbagai masalah
yang sudah sangat meresah
kan perasaan manusia.Ini
tidak lain kerana aspek yang
paling utama kepada manu-sia sudah dipinggirkan iaitu
Tuhan.



Manusia sudah tidak takut dan cintakan Tuhan. Maka
suburlah mazmumah dalam
hati manusia. Sedangkan
mazmumah itu adalah racun dalam kehidupan manusia.
Racun itu adalah rosak dan
merosakkan. Kalaupun racun itu tidak tumpah
kepada pihak lain, sifat diri
racun itu sendiri adalah
rosak. Betapalah apabila
racun itu merebak maka ia akan mengakibatkan kerosakan
yang mengerikan. Di sini
lah betapa pentingnya
seketul hati yang kecil itu
diberi perhatian kerana
fungsinya amat besar. Hati
yang kecil itu menjadi
penentu kepada kehidupan
manusia seluruhnya.

Hati yang penuh subur dgn
sifat-sifat mazmumah
menjadikan kehidupan
manusia rosak binasa dan
begitulah sebaliknya hati
manusia yang subur sifat-sifat mahmudah akan
menjadikan manusia
bahagia, aman damai,
harmoni, berkasih sayang
dan bertolak-ansur.

AKAL TANPA WAHYU TIDAK MAMPU JADIKAN DUNIA JAMBATAN AKHIRAT.




Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya Rasulullah manusia terlalu memuja nafsu dan akal, dari orang besar, orang biasa sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal.




Sebab itu sebelum lahirnya Rasulullah orang cerdik pandai ini terutama berlaku di Rom dan Parsi, lahir ahli2 falsafah atau filosof2 seperti : Aristoteles, Socrates, Plato.

Mereka ini sangat mengguna kan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara.

Itu bagi orang yg cerdik2. Tapi bagi orang-orang biasa, orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu.Waktu itu banyak lahir ahli2 falsafah, terutamanya orang2 Eropah, dimana falsafahnya sangat bersifat teori dan utopia,tak bersandar ke langit dan tak berpijak di bumi.


Di zaman moden ini dari orang-orang Eropah lahir ahli2 falsafah juga tapi agak berpijak ke bumi, lahir saintis2 yaitu ahli2 sains. Teori2 dari ahli2 sains ini sebagiannya dapat diamalkan, dimanfaatkan oleh manusia. Tidak seperti sebelum Islam dulu ahli falsafah, dimana falsafahnya bersifat teori dan utopia.

Nampaknya Filosof2 dahulu kalau dikaitkan dengan Islam tak begitu bahaya. Kecuali orang yg bukan Islam. Tapi bila sampai zaman moden lahirnya filosof yg berpijak di bumi iaitu ahli sains, apa yg diterokai dapat dibuktikan dan dimanfaatkan manusia. Satu segi manusia dapat manfaat, orang Islam pun dapat manfaat sama. Tapi dari sudut lain sangat halus bahayanya bagi umat Islam.


Kerana sains itu dapat sangat memberi manfaat pada manusia termasuk umat Islam maka falsafah ini sangat mempengaruhi umat Islam. Kalau tidak berhati2 sangat merusakkan aqidah umat Islam.Memang dalam ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”.




Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia guna akal juga. Tapi kalau tak berhati2, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama2 pun paham memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden, ulama2, ustaz2 tak paham. Padahal syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Tapi ulama2 tak paham jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Ulama2 sekarang hanya nampak syirik kuno sahaja.



Apa jalan keluar bagi umat Islam, tidak menolak akal, dapat menggunakan akal dan selamat, tak syirik. Jangan pula takut sangat dengan falsafah, langsung akal ditutup. Umat Islam nanti jadi jumud, jadi beku. Tapi kalau akal dibesarkan sangat ataupun diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, nanti jadi syirik. Apakah jalan selamat bagi kita umat Islam menggunakan akal tapi Islam juga dapat dipertahankan? Kita akan bahaskan secara falsafah.



Bagi umat Islam yg tak dapat elak gunakan akal, supaya dia amalkan ajaran Islam itu maju, terbuka, tak jumud, kalau kita hendak gunakan akal, hendak jadi filosof atau minat dengan falsafah ada beberapa syarat atau panduan yg kita kena tempuh :



1. Fahami dan kena mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak.

Siapa yg ada akal, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti mendalami Islam dulu samada usuluddin, syariat atau ilmu akhlak. Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid, feqah, dan akhlak. Ini sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tak tersesat. Kalau 3 hal ini tak faham, tak selesai maka kita akan rusak. Akal akan jadi Tuhan.



2. Fahami bahwa akal itu mahkluk, akal itu lemah

Mesti kita faham akal itu mahkluk. Bila dikatakan mahkluk, ia ciptaan Tuhan. Bila ciptaan tuhan artinya bukan Tuhan. Kalau dia bukan Tuhan, Allah itu Tuhan, takkan setanding. Takkankita samakan akal dengan Allah. Kalau begitu akal itu lemah. Yg tak lemah itu Tuhan, Allah. Kalau lupakan bahwa akal itu lemah, manusia akan rusak.



3. Fahami bahwa kemampuan akal terbatas

Rupanya akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata lahir. Yg sebenarnya akal itu bertepi, Cuma mata lahir tak nampak. Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi. Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada border. Kalau orang yg pakar laut. Agak2 dapatkah dia teroka laut semua? Tentu tidak. Sudahlah laut itu bertepi, kalau teroka pun dapat kerang dapat ikan sahaja, tak semua khazanah laut dapat. Sudahlah laut itu sempit, yg didapat juga lagilah sempit. Jadi kalau begitu, kalau laut itu bertepi, orang pakar laut cari khazanah lautpun dapat sikit. Begitu juga orang yang guna akal. Sudahlah akal itu bertepi, kalau orang guna akal sahaja pun dapatlah sedikit. Boleh hanya dapat ikan dan kerang sahaja. Jadi akal sudahlah bertepi, gunakan akal sahaja, sikit sahaja boleh dapat. Jadi tak mungkin manusia boleh bertuhankan akal, tak mungkin manusia dapat gunakan akal untuk tentukan mana yang baik dan mana yang tak baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N