Langkau ke kandungan utama

BERNIAGA DENGAN TUHAN.

Mengimbau kembali ketika bersama Abuya, terutamanya ketika solat berjemaah bersamanya. Selepas selesai solat Abuya akan bertanya khabar. Terutama pengurus-pengurus projek yang diamanahkan oleh Abuya mengendalikan premis. Ada yang membuat laporan, dipremis tadi ada orang datang  beli barang dengan harga sepuluh ringgit. Dia bayar wang seratus ringgit dan saya pulangkan baki duitnya, tetapi dia menolak dan berkata saya turut ingin mendokong ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Abuya.


Abuya bertanya Apakah tindakan anta sehingga Tuhan merespon begitu sekali. Pertama saya bersangka baik dengan Tuhan " حسن الظن " husnuz zdhon.Kedua saya bermaafan sesama kawan dalam pergaulan ada perkara saya telah menyinggung samaada sedar atau tidak sedar. Saya sentiasa memperbaharui niat iaitu untuk mencari reda Allah. Apapun yang saya lakukan dan khimat yang di berikankan dengan tujuan mencari reda Allah.


Setelah mendengar laporan tersebut Abuya merespon dengan membawa pesanan Rasulullah SAW. Iaitu Rasulullah pernah memberitahu kepada para Sahabatnya di dalam suatu majlis sebanyak tiga kali, tentang seorang lelaki yang bakal menjadi ahli Syurga. Ada seorang Sahabat yang mengambil serius cerita tersebut, lalu dia pun mengikut Sahabat yang dikatakan ahli Syurga itu ke rumahnya dan bermalam di sana. 


Setelah berlalu dua malam dan masuk malam yang ketiga, Sahabat itu pun berkata dalam hatinya, "Rasulullah kata dia ahli Syurga. Tapi aku lihat dia tidak ada istimewa apa-apa pun, ibadahnya macam biasa saja. Dia cuma buat yang fardhu, yang sunat tidak pula dibuatnya." 


Sahabat itu merasa hairan sekali, sedangkan dia sendiri bangun malam. Akhirnya dia bertanya kepada tuan rumah itu apa kelebihannya sehingga dia layak menjadi ahli Syurga. 


Sahabat ahli Syurga itu berkata bahawa dalam hatinya tidak ada sedikit pun rasa hasad terhadap orang, bahkan tidak terniat pun untuk berhasad dengki. Rupa-rupanya inilah sebab dia menjadi ahli Syurga. 


Apa yang kita faham dari cerita ini ialah: 


Pertama : 
Sahabat tersebut hanya buat yang fardhu,tapi ia dapat melahirkan akhlak mulia. Dia sembahyang fardhu saja, tapi sembahyangnya itu berhasil, sebab itu ahli Syurga. Sebaliknya kita makin banyak sembahyang sunat, makin sombong, bangga diri, memandang rendah pada orang yang kurang ibadah. 



Para Sahabat memang sangat serius dengan sembahyang. 30 minit atau satu jam lagi hendak bersembahyang, mereka sudah tidak bercakap. Sayidina Umar waktu mengambil wudhuk pucat mukanya dan menggeletar. Ketika ditanya Umar menjawab, "Engkau tahu dengan siapa aku berhadapan. Aku nak berhadapan dengan Tuhan!" 



Sebaliknya kita dalam hendak bersembahyang sempat lagi mengata orang, membaca surat kabar. Sedangkan para Sahabat itu terlalu takut hendak berhadapan dengan Tuhan, masing-masing diam tidak mampu bercakap, memikirkan nanti sembahyangnya macam mana agaknya, diterima atau tidak, beradab atau tidak beradab. Kita pula masih boleh rilek-rilek macam tidak ada apa-apa. 



Mereka selepas sembahyang lagi terasa takut, beristighfar banyak-banyak, mereka rasa sembahyang yang dibuat itu tidak sempurna. Kita pula lepas sembahyang rasa lega, "Alhamdulillah!" . Jauh bezanya kita dengan Sahabat. 




Kedua : 
Melalui ibadah sembahyang yang berbuah inilah lahirnya peribadi-peribadi agung. Rasulullah SAW telah berjaya mendidik bangsa yang asalnya hanya tahu bela kambing, tidak tahu menulis dan membaca, berhadapan dengan dua bangsa besar, Rom dan Parsi yang mempunyai kebudayaan yang tinggi. Hanya 23 tahun, Islam sudah boleh menjadi empayar. Padahal orang di luar Islam memerlukan 200 hingga 300 tahun untuk membina empayar. 


Tapi mengapa ini tidak berlaku lagi pada kita? Mengapa umat Islam terhina di mana-mana? Sebabnya, sembahyang kita tidak betul. Yang tidak sembahyang itu lain kira. Yang sembahyang pun masih tidak betul. Semasa kita menyembah Tuhan, adakah terasa kita sedang menyembah dan membesarkan-Nya? Terasakah bahawa kita ini hina? Jika tidak rasa, itu bukan menyembah namanya. Katalah kita berhadapan dengan Yang Dipertuan Agung. Tentu kita tidak berani hendak bercakap. Mengapa? Sebab kita tahu Yang Dipertuan Agung itu siapa. Itu bila berhadapan dengan manusia yang baru sedikit kita kenal kebesarannya, maka kita pun tidak berani hendak bercakap. Mengapa tidak terasa begitu dengan Tuhan? 


Puncanya ialah kita tidak kenal Tuhan . Kita hanya beriman dan percaya, tapi tidak kenal. Sebab itu tidak terasa apa-apa. Bahkan apa yang kita lihat, makin jadi ulama, makin laju sembahyangnya. 



Jadi hasil didikan Rasulullah, dalam masa 23 tahun saja umat Islam berjaya membina empayar. Padahal bangsa yang dididik itu, huruf pun mereka tidak kenal. Sedangkan kita umat Islam, sudah merdeka di seluruh dunia. Makin merdeka semakin terhina. Cuma kelebihannya kita boleh membangun. Di sudut lain kita telah terhina terutama akhlak, terlalu hina. Dulu waktu tidak membangun orang tidak terlibat dengan dadah. Murid tidak pukul guru.Waktu mundur, murid tidak bakar sekolah. Tapi sesudah membangun, murid bakar sekolah. Tidak hinakah? Dulu kita tidak dengar anak pukul emak, hari ini ada yang sampai bunuh emak. 



Orang kata inilah bayaran kepada pembangunan. Inilah yang kita kena terima. Tetapi itu jawapan menurut Barat.Menurut Islam kita boleh dapat dunia, pembangunan dunia dan pembangunan Akhirat. Islam menjamin kedua-dua pembangunan boleh berlaku. Mengapa kita tidak memberi peluang kepada Islam?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N