Langkau ke kandungan utama

CHINA MERIAHKAN ISLAM.

Umat Islam di China khususnya di wilayah Guangzhou dan Shenzhen mudah dikenali dari pakaiannya. Sebagian besar menggunakan identiti Muslimnya dengan kopiah putih (untuk lelaki), sementara perempuan berjilbab atau minimum mengenakan tudung ringkas pada kepala masing-masing.
Lelaki dan perempuan Muslim boleh dilihat sepanjang jalan utama di kedua kota ini. Mereka menjual buah-buahan seperti limau dan sejenis manisan asal Xinjiang, serta roti nan yang lazat. Untuk kemudahan mereka mendapatkan makanan halal, kedai-kadai menjual daging lembu, ayam dan kambing juga banyak terdapat di sini.

Rombongan cucu-cucu Abuya Ashaari At Tamimi mengesan jejak dakwah datok mereka ke China. Rombongan yang di ketuai oleh Ahmad Fudhail bin Fakhrur Razi anak sulong ustaz Fakhrurrazi dan ahli rombongannya ialah Tholut ar Ramadan Bin Fakhrur Razi dan Mohammad Rafiq bin Fakhrur Razi. Cucu-cucu Abuya berada di sana selama satu minggu. Mereka berkunjung ke Guangzhou dan Shenzhen.

Mereka menziarahi makam Sahabat Rasulullah SAW iaitu  Sa’ad bin Abi Waqqash.Guangzhou dan Shenzhen
merupakan antara bandaraya-bandaraya terpenting di China. Suku kata "Guang" bermaksud "luas", dan selama ini dikaitkan dengan wilayah ini sejak Dinasti Jin Barat. Bila China membuka tabir besinya kepada dunia. Pelancong-pelancong berpusu-pusu masuk ke China, hotel-hotel sentiasa penuh dengan para pelancong. Cuma yang kurang pendakwah.

Ibu wilayah Guangzhou juga digelar "(Bandaraya) Canton".Awal 1991 Abuya mengirim rombongan ke China yang di ketuai oleh Raja Chulan Raja Ahmad. Masuk melalui Karakoram Highway dan menjadi orang Melayu Malaysia pertama melalui ' laluan Sutera ' itu. Mereka masuk hingga ke Xinjiang. Awal tahun 1992 satu lagi rombongan menelusuri ' laluan Sutera dan seterusnya terbang ke Beijing. April-Jun Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi memimpin dua XPDC dakwah ke Yunnan.

Julai 1992 Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi menerokai Beijing dan beberapa wilayah lain. Penduduk yang beragama Islam sekitar 22 juta muslim di China. Setengah dari muslim China berasal dari kelompok etnik Hui. Bakinya berasal dari kelompok etnik yang berbeza di wilayah barat laut China, Xinjiang dan Ningxia. bangsa di luar Arab yang mengenal Islam lebih awal. Ajaran Islam pertama kali tiba di China pada sekitar tahun 615 M.Disebutkan dalam berbagai literatur sejarah.

Khalifah Utsman bin Affan yang menugaskan Sa’ad bin Abi Waqqash untuk membawa ajaran Islam ke daratan China. Bahkan beberapa meyakini Sahabat Nabi SAW iaitu Sa’ad meninggal dunia di China pada tahun 635 M, dan makamnya dikenal sebagai Geys’ Mazars. Dia datang pada masa kekaisaran Yung Wei dari Dinasti Tang. Kaisar ini  kemudian memerintahkan pembangunan Masjid Huaisheng atau masjid Memorial di Kanton, yang merupakan masjid pertama di daratan China.

Seorang tokoh ulama iaitu Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi pernah berkata; "Orang China akan masuk Islam beramai-ramai. Islam terus bangkit setelah negeri China mengamalkan dasar terbuka. Pada kebangkitan Islam kali kedua tunggaknya adalah bangsa melayu dan di meriahkan oleh bangsa China. 
Sungguh ajaib keadaan umat Islam di China. Dan dia terus menjadi ajaib. Nabi SAW pernah memuji Salman kerana kesunguhannya mencari iman. Oleh itu orang Parsi berbangga. Mereka lebih berbangga lagi kerana Nabi SAW memasukkan Salman sebagai ahlul bait. Demikian juga China Muslim, mereka berbangga kerana Nabi SAW menyuruh Sahabatnya menuntut ilmu sampai ke negeri China.

Profesor Madya Wu Zong Yu daripada Bahagian Bahasa Indonesia dan Malaysia, Beijing Foreign Studies University. Prof. Wu. Beliau memulakan pertemuan dengan Abuya di hotel tempat Abuya menginap. Dia bercerita secara ringkas tentang Islam di China: Umat Islam di China ada di mana-mana. Yang paling ramai ialah di kawasan autonomi Islam iaitu di wilayah Ningxia. Mereka berbangsa Hui. Jumlah umat Islam disini di anggarkan seramai 1,400.000 orang (menurut bancian kerajaan). Di bandar Yi Chuan ada 109 buah masjid. Seluruh wilayah Ningxia ada lebih kurang 2000 buah masjid.
Bangsa Hui sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa Hui ini, bila disebut Hui, mereka semuanya beragama Islam. Islam telah masuk ke Timur China melalui pelabuhan. Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Laksamana Ching Ho berangkat ke Melaka dari Smatow.

Berdasarkan pandangan Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi yang Allah ilhamkan kepadanya yang punya pandangan mata hati. Bahawa negeri China yang terletak di hujung Khurasan berpotensi untuk kebangkitan Islam akhir zaman. Abuya Ashaari At Tamimi perjuangkannya supaya menjadikannya satu rialiti. Disini terpahat sebuah keyakinan dan sebuah harapan  -  bahawa faktor China perlu diambil kira dalam percaturan menuju Dunia Baru Islam. Negara China lokasinya bersempadan dengan KHURASAN. Menjadikan China ada peranan penting pada kebangkitan Islam kali kedua ini.

Negara China terletak di Timur sama seperti bangsa Melayu mejoritinya berada di Timur. Penjelasan artikal-artikal sebelum ini tempat, masa juga di ambil kira dalam Jadual Allah. Berdasarkan penjelasan yang Tuhan sampaikan dalam Quran adalah sangat jelas. Sebagaimana maksud firman Allah dalam surah ali imran ayat 140.“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia…” .
Bagi yang ingin lebih terperinci tentang peranan China di era kebangkitan boleh rujuk buku yang di tulis oleh Ann Wan Seng. Beliau ialah Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)Kebangsaan, 
Anak kelahiran Klang, Selangor ini juga adalah Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Putra, Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N