Langkau ke kandungan utama

SAKIT JIWA.



SAKIT MENTAL ATAU JIWA.
Banyak orang yang mengatakan bahawa orang yang sakit mental disebut dengan sakit jiwa dan begitu pula sebaliknya. Sakit jiwa dan sakit mental memang hampir sama, kerana sama-sama menyerang psikologi manusia. Penyakitnya tidak terlihat real atau nyata, tapi hanya boleh dilihat dari
kelakuan orang yang mengalami sakit psikososial tersebut.

Kedua penyakit ini disebabkan kerana pengaruh persekitaran tempat ia tinggal atau lingkungan yang penderita alami semasa hidupnya. Namun kedua penyakit ini berbeza baik secara gejala, penyebab dan juga efek yang timbul di dalam diri orang yang mengalami penyakit ini.

Sakit mental adalah yang kedua selepas sakit jantung. Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

Manusia ini umumnya terpisah
kerana dua cinta. Pertama cinta Tuhan dan dan kedua cinta dunia. Orang yang cinta Tuhan, lain sifat dan wataknya. Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya. Kalau dia cinta Tuhan, dia akan menjadi hamba kepada Tuhan. Begitu juga cinta dunia atau hubbud dunia. (حب الدنيا).

Cinta dunia menjadikan seseorang itu hamba atau abdi kepada dunia. Dunia akan menjadi matlamat hidupnya. Dia akan membuat apa sahaja dan berkorban segala-galanya untuk mendapat dunia yang diidam-idamkan nya itu.Maksudnya; Akan datang masa di mana kamu dikeronyok oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap makanan dari hidangannya .

"Para sahabat bertanya, "Apakah kerana ketika itu kami sedikit Wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan ketika itu sangat ramai tetapi seperti buih di lautan kerana kamu tertimpa penyakit 'wahan'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahan" itu ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahan" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."

Orang Islam yang cintakan dunia menjadikan mereka manusia yang hina, lemah dan tidak mempunyai kekuatan sehingga Allah SWT mencabut rasa gerun dan takut musuh kepada orang-orang Islam. Cinta akan membawa kepada penghambaan atau pengabdian.
Orang yang bercinta, dia menjadi
hamba kepada apa yang dicintainya. 
Dia perlu bersusah payah dan berkorban. Dia perlu menahan perasaan. Malahan dia perlu menderita demi cintanya itu.Takut mati menunjukkan tanda lemahnya iman. Takut seperti ini muncul karena terlalu cinta pada dunia dan tertipu dengan gemerlapnya dunia sehingga banyak memuaskan diri dengan kelazatan dan kesenangan tersebut. Inilah yang disebutkan dalam hadits dengan penyakit wahan, iaitu cinta dunia dan takut mati.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...