Langkau ke kandungan utama

RIADAH LAHIR BATIN.

RIADAH DALAM ISLAM.

Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-
1) Islam menggalakkan umatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…”
(Al-Anfal  60)

2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt: “Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.”
(Al-Baqarah 2:247)

3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(Hr Muslim –sahih).

4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:

مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.
Maksudnya:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)

5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:
أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”
(Hr Abu Daud)

6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:
لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.”
(Hr Bukhari dan Muslim)

Kaitan riadah lahir dengan batin.
Etika sukan dalam Islam
1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).

2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.

3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.

4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:

“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)

5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)

6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:
لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له
Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(Hr Tabrani)

7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:

“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu’ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad , Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan al-Al’ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.

Dalam Islam kita tidak boleh memisahkan lahir dengan batin.
Tuhan ciptakan manusia terdiri daripada tiga unsur. Ada fizikal, ada akal dan jiwa atau hati. Setiap unsur yang Tuhan anugerahkan perlukan perhatian dan latihan atau riadah. Kalau fizikal kita lakukan riadhanya dengan berenang, memanah dan menunggang kuda. Akal pula perlukan latihan juga iaitu dengan mencari ilmu. Bagi hati pula untuk kekalkan rasa-rasa kehambaan ia juga perlukan latihan. Perbahasan tersebut telah saya bukukan. Buku bertajuk riadhah dalam Islam. Mula dicetak pada tahun 1986.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N