Langkau ke kandungan utama

DUNIA BARU ISLAM.


Selepas kejatuhan Soviet Union Rusia, politik dunia berubah mendadak. Bagi mengisi kekosongan perubahan politik dunia, Abuya memperkenalkan "Dunia Baru Islam". Satu usaha perjuangan menyatukan umat Islam seluruh dunia. Negara China berpotensi menjadi peneraju sama Dunia Baru Islam kerana mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang ramai, melebihi seratus juta orang.

Tambahan pula, umat Islam disana mempunyai hubungan dan pertalian dengan umat Islam pada zaman Nabi dan Para Sahabat. Mereka sudah beragama Islam lebih 1400 tahun yang lalu. Hubungan mereka dengan Islam begitu lama dan rapat. Dengan "Dunia Baru Islam"

Orang Melayu khususnya dan Timur umumnya akan jadi empayar dunia. Khabar gembira bagi umat Islam di rantau Timur pula, ialah kerana tapak kegemilangan Islam itu adalah Malaysia dan bangsa itu adalah Melayu. Khabar gembira itu sepatut dan sewajarnya disambut dengan kesyukuran oleh umat Islam di tanah air tercinta ini kerana sudah hampir tiba saat dan ketikanya.

Dan kita pula ditakdirkan oleh Allah SWT hidup dizaman dan di bumi yang dijanjikan itu, Insyaallah dapat melihat dan mencapai keindahan hidup dalam suasana yang diredhai oleh Allah SWT. Tanda syukur terhadap bakal terjadinya janji Allah SWT itu ialah dengan bersungguh-sungguh melayakkan diri sebagai diantara penyumbang dan pendokong utama kepada keagungan Islam itu sendiri.

Allah SWT telah mentakdirkan Abuya menjadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang besar pengaruhnya di dalam dan luar negara. Hari ini di waktu pemimpin yang lain sudah di lupakan orang. Keupayaan Abuya dalam kepimpinannya ini sangat dirasakan oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya.

Melayu baru yang merebut gelaran ikhwan berjuang bagaikan tidak tahu takut dan tidak tahu serik. Sekalipun susah bagaikan mengalih sebuah gunung, pasti diusahakannya. Kemahuan hatinya sekeras besi. Cita-citanya pasti dibuktikan walau apa pun risiko.

Sedangkan watak orang Melayu umumnya lemah lembut. Perkara begini,atas nama Islam, Sebenarnya bukanlah perkara biasa. Ia merupakan perkara yang sangat luar biasa. Ia paling ajaib sebenarnya. Di sisi Allah dan Rasul-Nya ia diperkatakan sejak 1500 tahun yang lalu.

بكى رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا : ما يبكيك يارب رسول الله؟ قال إشتقت إلى إخواني. قالوا أولسنا إخوانك يا رسول الله؟ قال لا، أنتم أصحابي، أما إخواني فقوم يأتون من بعدي، يوءمنون بي ولم يروني.

Maksudnya: Pada suatu hari para Sahabat melihat air mata mengalir di pipi Rasulullah lalu bertanya, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Aku rindukan Ikhwanku." Terkejut para Sahabat dan berkata, "Bukankah kami ikhwanmu?"
"Tidak, kata Rasulullah."Kamu Sahabat-Sahabatku manakala Ikhwan ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku yang tidak berjumpaku tapi beriman denganku."

Peribadi ganjil Ikhwan itu sebenarnya keluar dari hatinya yang begitu cintakan Allah dan Rasul. Abuya telah dapat lahirkan dari kalangan pengikut-pengikut-nya ciri-ciri mereka itu bagaikan adik beradik seibu seayah. Mereka itu menjadi abid di malam hari dan jadi singa di siang harinya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N