Langkau ke kandungan utama

ISLAM ADALAH PENAWAR.



SISTEM ISLAM ADALAH PENAWAR.
Berkat menjadi tapak kebangkitan Islam, Allah SWT kawal negara ini. Sekalipun berlaku peralihan kuasa kerajaan namun negara tetap dalam keadaan aman.Peralihan kuasa yang berlaku
di Malaysia tahun 2018 secara aman. Rakyat Malaysia  menyaksikan satu sejarah baharu tercipta apabila selepas 61 tahun ditadbir di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), baton kepimpinan negara bertukar tangan kepada Pakatan Harapan (PH).

Kejadian tersebut mengingatkan saya dengan perkongsian yang pernah Abuya buat dalam pertemuan keluarga dan murid-muridnya. Kata Abuya peralihan kuasa di Malaysia akan berlaku secara aman. Kebenaran tersebut dapat disaksikan selepas pilihanraya ke 14.
Sekalipun berlaku perubahan kerajaan, namun negara Malaysia tetap dapat kekalkan keamanan. 

Ini adalah anugerah Tuhan berkat Malaysia terpilih tapak kebangkitan timur. Islam itu satu sistem keselamatan. Kalau Islam itu tidak diambil atau diamalkan keseluruhannya,
akan ternafilah keselamatan yang dijanjikan oleh Islam.Kita tidak boleh beriman dengan sesetengah ayat Al-Quran dan kufur dengan sesetengahnya. Kita tidak boleh amalkan sesetengah ayat Al-Quran dan meninggalkan sesetengahnya.Kita tidak boleh campur adukkan sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Tuhan.

Sistem Islam itu adalah penawar. Sistem-sistem yang lain adalah racun. Kita tidak boleh campurkan racun dengan penawar dan kemudian menganggapkan nya sebagai ubat. Kalau kita berbuat begitu, bahkan akan timbul pula berbagai-bagai penyakit yang lain.

Kalau kita berjaya mengamalkan Islam keseluruhannya iaitu berjaya menegakkan cara hidup dan tamadun Islam, baik yang lahir mahupun yang batin, maka Tuhan janjikan apa yang difirmankan Allah SWT dalam Quran:
" Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan."(As Saba' 34:15).
Aman negara itu adalah kerana adanya ukhwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bersatu padu, rasa bersama, berkerjasama, bertolak ansur, maaf-bermaafan, doa mendoakan, bertolong bantu, bela-membela, pemurah dan berdisiplin hasil dari terbinanya rohani dan insan rakyat. 

Negara damai, tenang dan sejahtera. Tidak ada krisis, pergaduhan, perbalahan dan jenayah.Makmur negara itu bila ada pembangunan, ada jalan raya, ada kemudahan, mewah makan minum, berpakaian, cukup tempat tinggal, mudah perhubungan, mudah mengurus keperluan dan kehidupan dan sebagainya. Makmurnya negara itu adalah sebagai alamat atau isyarat kasih sayang Tuhan terhadap negara dan rakyatnya yang telah berjaya mendirikan Islam dalam diri dan negara mereka.

Keampunan Tuhan itu bukanlah kerana negara makmur. Tidak ada kaitan negara makmur dengan keampunan Tuhan. Tuhan tidak memberi keampunan kepada sesebuah negara hanya kerana negara itu  makmur. Kalau begitulah maka Amerika dan Eropah lebih layak mendapatkan keampunan Tuhan kerana mereka makmur.
Keampunan Tuhan itu adalah kerana makmurnya hati rakyat sesebuah negara.

 Apakah hati yang makmur itu? Iaitu apabila hati tenang, terutama tenang dengan dunia, walaupun hati bergelora dengan Tuhan. Hati yang lapang, indah dan tidak takut pada dunia dan hal-hal keduniaan. Hati yang cinta dan takutkan Tuhan hinggakan hal dunia tidak menggugat perasaan. Lapang dada dengan kesusahan dunia tetapi  bimbang dengan kesusahan Akhirat.Hati sibuk dengan rasa bertuhan Rasa berdosa dan takut dengan dosa. Hati seperti ini hasil berzikrullah.

Maksud firman Tuhan:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka".
(Al Anfal 8:2).

Maksud firman Tuhan:
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Ar Raad 13:28).

Makmur hati inilah yang membawa kepada keampunan Allah, bukan makmur negara. Makmur negara itu hanya nikmat yang Allah segerakan kerana redha-Nya. Ia berbentuk rahmat dari Tuhan kerana kasih sayang-Nya. Itupun kalau kemakmuran itu adalah hasil dari usaha yang bertepatan dengan syariat dan cara yang Tuhan mahu. Bukan kemakmuran mengikut konsep ciptaan manusia seperti kapitalis, sosialis dan kominis. Makmur yang dicapai tanpa menegakkan cara hidup dan tamadun Islam ialah istidraj. Ia Tuhan beri dengan murka. Ia bertujuan untuk menyesatkan lagi manusia yang kufur dan ingkar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…