Langkau ke kandungan utama

JONGKANG JONGKIT ROHANI.


JONGKANG JONGKIT JIWA.




Bilangan manusia yang lemah menderita sakit jiwa di ketika ini lebih ramai daripada bilangan pesakit yang sakit fizikal di hospital-hospital di seluruh dunia. Apakah kita sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah, dan lain-lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain? Tetapi pesakit batin, pesakit jiwa, putus asa, dendam, pemarah dan lain-lain akan bunuh diri dan membunuh orang lain.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 peratus populasi rakyat di negara ini mengalami masalah penyakit mental dengan majoriti wanita berisiko tinggi mendapat simptom berkenaan.Gangguan mental akan menyebabkan wanita mudah berhadapan dengan kemurungan sehingga mendorong mereka untuk membunuh diri.

Profesor Bersekutu Psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Dr Ng Chong Guan, berkata peningkatan pesakit mental dalam kalangan penduduk negara ini akan bertambah sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. Katanya, berdasarkan nisbah, mendapati seorang daripada tiga orang menghadapi masalah kesihatan mental dan angka ini semakin membimbangkan tahun demi tahun.

Inilah satu bukti bahawa penyakit-penyakit jiwa itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahiriah. Bukan sahaja kerana penyakit jiwa atau batin lebih menyeksakan dan menderitakan satu-satu peribadi malah ia mengusutkan dan kucar-kacirnya sesebuah masyarakat.

Manusia wajib merujuk kepada Rasul yang diutuskan untuk mendidik hati manusia. Sudah tentu seorang Rasul sangat faham perjalanan hati manusia. Bahkan malaikat pun tidak diberi keupayaan yang sebegitu rupa. Tidakkah kita jatuh hati kepada Rasul SAW Nabi kita?

Dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian, dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para Rasul dan para Nabi alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah, demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal.

Perlu diingatkan bahawa membangunkan insaniah demi melahirkan akhlak yang mulia pada diri manusia, tidak semudah yang disangka. Betapalah kalau sebuah keluarga, sebuah sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri, lebih-lebih lagilah satu negara. Membangunkan lahiriah seperti membangun sebuah twin tower mungkin lebih mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia.

Membangunkan pencakar langit seperti Burj Dubai mungkin boleh siap dalam masa tiga tahun, tapi membangunkan insaniah seseorang manusia, mungkin memakan masa 30 tahun, itu pun belum tentu berjaya. Kerana itulah untuk pembangunan insan ini Allah datangkan orang-orang-Nya, iaitu para Rasul dan para Nabi alaihimussolatuwassalam. Selepas itu mereka yang patuh taat kepada ajaran Islam seperti para auliya, kemudian para ulama ul amilin, paling tidak orang yang soleh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...