Langkau ke kandungan utama

KEMAJUAN BERSAMA ROHANI.


KEMAJUAN LAHIR DAN BATIN.

Kemajuan dalam Islam ada yang
lahir dan ada yang batin.
KEMAJUAN sesebuah negara bukan hanya berdasarkan kepada kepesatan pembangunan dan kemajuan fizikal semata-mata sebaliknya tidak mengabaikan pembangunan insan. 
Melalui pembangunan yang seimbang akan melahirkan masyarakat yang tahu bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat yang Allah SWT berikan.

Kita kena mengambil iktibar dan  pengajaran di atas kemajuan dan pembangunan yang berlaku di barat. Pembangunannya mencakar langit tetapi insaniahnya separas bumi yang dipijak-pijak. Bahkan lebih keji dari haiwan. Dengan pembangunan yang tidak seimbang kemajuan lahirnya dengan pembangunan insaniahnya masyarakat hidup bagaikan haiwan.

Manusia bukan hanya memerlukan keperluan lahir tetapi manusia juga perlukan Tuhan. Iaitu keperluan rohani yang diperlukan oleh manusia.
Dalam membangun, Iman tidak boleh diketepikan.Jika membangun tanpa Iman, bila berlaku ujian dan musibah mudah untuk menyalahkan. Bila berkuasa mudah menzalimi. Sudah jatuh menagih simpati dengan memburukkan sana dan sini.

Tanpa Iman, Islam hanya tinggal slogan. Jika sebelum ini lantang dengan imej Islam, bila diuji dengan kuasa rupanya bukan mudah nak bawa Islam.
 Nak jaga perasaan hati rakan sejawat, penyumbang dan periuk nasi mereka.
Sebab itulah perjuangkan Islam tidak perlu tunggu ada kuasa, jawatan, pangkat, harta atau dunia. 

Malah semua ini akan merosakkan niat dalam perjalanan kita. Tertegaknya Islam sebagai sistem hidup yang sempurna adalah hasil perlaksanaan yang diusahakan dengan sungguh-sungguh oleh tenaga kerja yang ramai, yang cintakan sistem itu lebih dari sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…