Langkau ke kandungan utama

UJIAN ADALAH KEPERLUAN.

(Foto diatas, makam Nabi Ibrahim. Masjid Nabawi di Madinah dan Sungai Nil).


UJIAN ADALAH PERHATIAN TUHAN.

Allah SWT bila cintakan atau berikan perhatian pada seseorang hamba maka di timpakan kepada si hamba itu dengan ujian. Kita sebutkan beberapa contoh disini. Contoh bila cintakan Nabi Ibrahim, Allah benarkan dia dibakar. Bila sayangkan Nabi Yunus, dibenarkan ikan menelannya.

Bila Tuhan sayangkan Nabi Musa, disuruh terjun ke laut. Nanti bila berlaku ujian-ujian yang dahsyat itu, maka Allah perlihatkan kuasa-kuasa-Nya yang Maha Agung terhadap kekasih-kekasih-Nya itu. Di bela-Nya mereka semua dengan memberi kejayaan yang sangat besar.

Disini fahamlah kita rupa-rupanya bilamana Allah SWT menghantar utusan-Nya ke bumi seperti nabi-nabi, rasul-rasul, mujaddid-mujaddid dan wali-wali besar khusus untuk jadi pemimpin yang akan hidupkan agama, maka Allah pasti menjaga mereka itu daripada mengalami kegagalan.
Dengan kata-kata yang lain, mereka itu pasti menang walau apa pun halangan yang dibuat kan kepada mereka. 

Seolah-olah kata Abuya, Allah isytiharkan kepada musuh-musuh-Nya, "Aku akan hantar orang Aku dan dia pasti menang. Kalau tak percaya cubalah halang, nanti kamu akan lihat betapa kerdilnya kamu dibandingkan kuasa Allah."

Maka setiap pemimpin kebenaran yang datang di setiap zaman, dihadapkanlah kepadanya dengan ujian-ujian yang maha berat ke atasnya.Logiknya mereka akan mati. Tapi ternyata tidak. Contohnya: Nabi musa itu patutnya mati dalam peti yang menghanyutkannya di Sungai Nil. Tapi ternyata tidak!
Nabi Muhammad SAW dikurung selama tiga tahun di Bani Syuib, patutnya mati tapi tidak berlaku. Nabi Ibrahim dilastik ke dalam api dan dibakar selama 40 hari. Patutnya mati tapi tidak Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Logiknya mati tapi tidak.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...