Langkau ke kandungan utama

PERSELISIHAN YANG BAWA RAHMAT.

PERSELISIHAN MUAWIYAH DENGAN SAIDINA ALI BAWA RAHMAT.

Sayidina Muawiyah dan pentadbirannya banyak menimbulkan kontroversi dan tanda tanya terutama umat Islam yang hidup di akhir zaman ini. Umat Islam kini tidak melalui pergolakan yang berlaku di zaman Muawiyah dan kerana itu tidak dapat memahami sebab-sebab atau rasional dalam tindak tanduk sahabat yang mulia dan berjasa ini.

Ada juga umat Islam sekarang yang mempersoalkan tentang pergaduhan dan peperangan di antara pihak Muawiyah dan Saidina Ali. Dengan tidak memahami perkara yang sebenar, mereka lantas memihak kepada Saidina Ali dan menuduh Sahabat Muawiyah dengan berbagai-bagai tuduhan yang tidak adil dan tidak patut.

Apa yang harus kita faham, Muawiyah dan Saidina Ali adalah dua sahabat besar yang sama-sama takut dan cinta pada Allah dan sangat berjasa dalam memperjuangkan Islam.Mereka sama-sama memperjuangkan kebenaran. Tambahan lagi mereka berdua dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW. Kalaupun ada perselisihan di antara kedua-dua sahabat besar ini, tidak ada yang didorong oleh nafsu dan kepentingan peribadi. Ia adalah untuk memperjuangkan kebenaran Islam itu sendiri.

Sudah tentu ada hikmah dan maksud Tuhan disebalik krisis yang timbul di antara Muawiyah dan Saidina Ali ini yang kita tidak faham dan belum dapat mencungkilnya. Tetapi, oleh kerana melibatkan dua sahabat besar yang sama-sama telah banyak berjasa untuk Islam dan sama-sama dijamin Syurga, maka jalan yang paling baik untuk kita ialah bertawaquf (tidak berpihak) tentang perselisihan dan menyerahkan nya bulat-bulat pada Allah SWT
yang lebih mengetahui tentang hakikat sebenar perkara tersebut.

Namun apa yang dapat kita lihat, walaupun Muawiyah dan Saidina Ali berkrisis, Islam diwaktu itu tetap maju dan berkembang dalam semua aspek dan bidang baik dalam bidang ilmu, ketenteraan, dalam pertambahan daerah dan jajahan, ekonomi, dakwah dan sebagainya. Manusia dari berbagai-bagai negara dan bangsa berbondong-bondong
memeluk agama Islam.

Jelas bahawa krisis di antara kedua-dua sahabat besar ini tidak sedikit pun menjejaskan Islam malahan Islam semakin maju dan semakin berkembang. Cukuplah ini sebagai tanda bahawa krisis dan perselisihan antara dua sahabat besar ini bukan didorong oleh nafsu atau kepentingan peribadi. Mereka berselisih di atas kebenaran dan perkara khilaf. Dan khilaf dan selisih pendapat di antara pemimpin (ulama) itu adalah rahmat.

Buktinya, Allah SWT tidak menarik atau menahan bantuan kepada umat Islam. Berkat dan rahmat Tuhan tetap turun secara berterusan. Malahan dan pertolongan Allah kepada umat dan tentera Islam semakin bertambah. Ini isyarat bahawa perselisihan di antara Muawiyah dan Saidina Ali tidak diambil kira dan tidak diperhitung oleh Tuhan. Mereka berdua tetap berada di dalam rahmat Tuhan.Perselisihan Muawiyah dan Saidina Ali tidak mencacatkan hubungan mereka dengan Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...