Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI PARA IKHWAN.




Para Sahabat mereka yang hidup bersama Rasulullah SAW.
Para Ikhwan adalah mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah SAW. Para Tabein mereka yang sempat bertemu para Sahabat. Tabiut tabein mereka yang sempat bertemu dengan orang yang bertemu dengan Sahabat Nabi SAW.
As-Salafus Soleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh. 


Yang dimaksudkan dengan istilah as-Salafus Soleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat nabi,tabi'in (para murid sahabat) dan tabi'ut tabi'in (para murid tabi'in). Dengan demikian as-Salafus Soleh adalah tiga generasi awal dari kaum muslimin. 

Orang soleh yang bertaqwa ialah mereka yang syumul hidup mereka. Tidak terpisah Islam dalam semua aspek hidup mereka.Orang lelaki berjuang di jalan Allah, mencari rezeki dan mengusahakan nafkah untuk keluarganya. Setiap langkah ada nilai di sisi Allah.


Kaum wanita juga diberikan ruang dan peluang sesama mereka. Pendidikan anak-anak sangat ada kaitan dengan mereka. Seperti ummahatul mukminin, para sohabiah di kalangan wanita di zaman Nabi yang berperanan di kalangan mereka.


Para Ikhwan menggunakan teknologi di zamannya dimanfaatkan sehabis mungkin untuk manfaat dan kepentingan Islam. Islam tidak mundur malah sama maju dan seiring dengan perkembangan semasa.
Anak-anak kecil pun ada peranan di dalam masyarakat Islam.

Banyak kisah-kisah tauladan dari kalangan para sahabat dan tabien yang di wariskan kepada kita.Setiap golongan mendapat tempat di dalam Islam. Islam memuliakan seseorang sesuai dengan pangkat dan darjatnya.
Mereka yang hidup dalam tiga kurun ada disebutkan oleh Rasulullah SAW. Sebaik-baik kurun ialah pertama kurun Rasulullah SAW kemudian kurun selepas ku iaitu kurun Para Sahabat dan kurun selepas para Sahabat sekitar 300 tahun. Namun sebagai kasih sayang Rasulullah SAW terhadap umatnya di akhir zaman ada tawaran Rasulullah SAW yang disebutkan didalam Hadis dibawah ini:
"Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah? Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada IkhwanKu." Maka sahabat pun berkata, Bukankah kami ini ikhwanMu wahai Rasulullah? Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatKu. Manakala IkhwanKu ialah segolongan manusia yang hidup selepasKu, mereka mengimaniKu padahal mereka tidak pernah melihat aku."
(Riwayat Imam Muslim).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...