Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA BERTUKAR KERAJAAN.


KEJUTAN KEPADA MALAYSIA.
Kejutan demi kejutan melanda Malaysia bermula dengan keputusan PRU14 2018. Iaitu berlaku perubahan kerajaan, dari kerajaan BN kepada kerajaan PH
Iaitu kerajaan Pakatan Harapan.
Kejutan seterusnya apabila beberapa pemimpin kuat UMNO isytihar keluar parti. Berita sensasi yang lain melibatkan manusia tidak berhati perut tergamak membunuh Kuching yang sedang bunting disifatkan terlalu kejam memasukkannya kedalam mesin pencuci baju. Seorang anak dikatakan tergamak mengelar leher ibu kandung sendiri dan mencampakkan mayat ibunya kedalam tangki najis dibelakang rumah.

Bagi orang yang ada cita-cita mendaulatkan Islam, kita tetap ambik peluang untuk mengisi sama di era kerajaan Malaysia Baru. Para Ikhwan berjiwa besar tetap akan mendekati masyarakat untuk pengisian rohani. Iaitu kita corakkan masyarakat dengan dunia baru Islam.

Para Ikhwan adalah umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW adalah kekasih Tuhan yang didatangkan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Para Ikhwan adalah pejuang yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Mereka berakhlak seperti yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW. 

Para Ikhwan mereka sangat berperanan membangunkan insaniah manusia atau roh manusia.Para Ikhwan melakukan kebangkitan Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.Para Ikhwan berjuang untuk mengulangi kegemilangan Islam yang pernah berlaku di era kebangkitan Islam yang pertama. Para Ikhwan kemudian membangunkan bandar model Islam seperti yang pernah terbangun  di Madinah.  Terbangunlah model kehidupan Islam yang membesarkan Allah SWT dan tidak mensyirikkan Nya di dalam kehidupan manusia.
IKHWAN terus mananamkan cita-citanya mendaulatkan Islam.

IKHWAN itu kesungguhan nya mencari redha Allah sekalipun mengalihkan gunung dia akan usahakan. Begitu sekali kuat hatinya adalah natijah hati yang terlalu cinta dan takutkan Tuhan.
Daripada Abdullah bin Amrin bin Ash bahawa Nabi SAW bersabda : "Keredhaan Allah SWT itu terletak kepada keredhaan ibu bapa dan murka Allah itu terletak pada murka ibu bapa."(HR Tirmizi).

Huraian: IKHWAN itu memiliki energi luar biasa. Digambarkan oleh Rasulullah iaitu kalau disuruh alihkan gunung dia sanggup melakukannya.
Mengusahakan jiwa sufi ertinya membantu diri mengekang nafsu buas dan rakus. Memiliki jiwa sufi sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas
sempadan dan golongan. Umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang diantara ciri-cirinya adalah seperti berikut:
Rasa kehambaan.Berusaha bersungguh dan istiqamah (berterusan) memperolehi atau mencapai rasa kehambaan yang mendalam. Seiring dengan itu memiliki rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah sampai peringkat merasai kebesaran dan kehebatan Allah SWT. 

Inilah matlamat hidup manusia yang sebenar. Mesti diusahakan hingga ke akhir hayat.Mengenang nasib di Akhirat.
"Dunia adalah tanaman Akhirat".
Ertinya segala amalan, gerak geri dan pekerjaan sepanjang hidup ini hanyalah disifatkan sebagai menanam sahaja. Akhirat tempat memungut hasil.
Apa yang bakal dikutip di Akhirat nanti bergantung kepada apa dan bagaimana kita menanam. Apa saja nikmat yang bersifat duniawi tidak lebih sekadar umpama peralatan dalam bercucuk tanam. Rasa berdosa.

Satu hari di Akhirat sama panjangnya dengan seribu tahun mengikut ukuran dunia. Alangkah indahnya hidup bermasyarakat apabila setiap orang lebih memikirkan dosa dan kesalahan sendiri. Rasa berdosa itu tidak memberi ruang kesempatan untuk dia memikirkan kejahatan dan cacat cela orang lain. Jauh sekali menyakiti dan menzalimi orang lain.Mengutamakan orang lain.Menutup aib saudaranya. Pemaaf.Hubungan maknawiah.
Saling menasihati.Membaik diri.
Syukur, sabar dan redha.

Maksud Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa membaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya
dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dihatinya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya."
( HR. Al-Hakim).

Fitrah manusia adalah sama. Kalau kita tidak dapat menerima sekiranya orang berkasar dan mencerca begitu juga orang lain turut berperasaan macam kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N