Langkau ke kandungan utama

BERDAKWAH DI ALAM SIBER.


DAKWAH DI ALAM SIBER.

Sidratul Muntaha adalah tempat
Nabi Muhammad SAW dianugerahkan sembahyang. Ia jauh lebih hebat daripada alam siber. Allah yang mengajarkan sembahyang yang agung itu kepada baginda Nabi SAW.
Manusia dapat berhubung satu sama lain tidak kira dimana pun melaui dunia siber. Tuhan jadikan hati adalah wadah untuk manusia boleh berhubung dengan Tuhan dan sesama manusia dimana saja.

Keupayaan teknologi komunikasi pada ketika ini, membawa fenomena apabila memunkinkan penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah aktiviti dakwah. Aplikasi media social seperti facebook, whatsapps, instagram dan twitter, dilihat berpotensi memberi peluang yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas, langsung ke sasaran, meluas penggunaannya dan lebih global. Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan, penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan yang sistematik sesuai dengan saranan Al-Quran supaya dakwah disampai dan disebarluaskan secara hikmah dan teratur.

Artikel ini membincangkan potensi penggunaan teknologi komunikasi terutamanya media baharu untuk aktiviti dakwah.Media baru sebagai alat menyebarkan maklumat pada masa kini dilihat begitu berbeza dengan medium pembelajaran agama sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

Hasil bersembahyang sepatutnya hati kita tidak putus-putus lagi dengan Allah. Perasaan takut, harap, cemas, dan bimbang menguasai peribadi dan hati baginda Rasulullah SAW disepanjang sembahyang. Segala bacaan dan perbuatan di dalam sembahyang yang Allah syariat kan itu benar-benar menghidupkan akal dan hati para hamba kepada Allah.

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
( Al-Ankabut 29:45).

Memahami sembahyang ini amat penting didalam konsep ibadah asas itu sendiri. Kerana apa yang diajarkan oleh Abuya, menerusi pemahaman didalam sembahyang inilah kunci
 "mencegah kemungkaran".
Sembahyang sepatutnya menjadi pusat motivasi dan wadah untuk kita menyuburkan sifat-sifat hati yang positif.

Rasa positif tersebut boleh disuburkan dengan selalu mengenang-ngenangkan budi dan menghitung nikmat yang diberikan orang kepada kita. Terutamanya nikmat dan rahmat Allah SWT, Rasulullah SAW, guru-guru, pemimpin, ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan lain-lain lagi.

Sewaktu mengenangkan jasa atau menghitung-hitungkan nikmat yang kita perolehi dari mereka itu, tentu timbullah rasa mahu membalas budi yang baik itu dan bersyukur atas nikmat. Maka segeralah kita bertindak melakukannya. Buatlah apa juga
kebaikan yang terdaya demi menghiburkan mereka itu serta untuk menjalin kasih sayang yang erat dengan mereka.

Mungkin ada yang berkata,
 "Allah mesti faham apa yang kita ucapkan", iaitu bacaan yang diucapkan. Akan tetapi jika kita sendiri tidak memahaminya, adakah ia akan memberi manfaat kepada kita? Umpama kita keluar negara dan pergi ke restoran yang mana menunya didalam bahasa asing yang tidak difahami. Kerana ego tidak mahu bertanya, seolah-olah faham menu tersebut, kita terus sahaja memesan apa yang tertera, apabila yang datang ke meja tidak menepati citarasa kita, siapa yang harus disalahkan?

Perlu diingat, kadang-kadang mereka yang berbudi itu, ada juga buat salah pada kita; hingga kita rasa kecil hati dan mahu menafikan jasa bakti mereka pada kita. Sebenarnya sikap itu tidak betul. Patutnya kerana mengenang budi
mereka kita boleh memaafkan kesalahan mereka itu. Memaafkan dan melupakan kesilapan mereka itulah imbangan kepada budi baik mereka. Sedangkan Allah itu bersifat pemaaf, memaafkan kesalahan hamba-Nya yang membuat kesalahan.

Firman Allah SWT:
وَهُوَ ٱلَّذِى يَقْبَلُ ٱلتَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِۦ وَيَعْفُوا۟ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ.
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.(Asy Syura 42:25).

Dalam pada itu kekalkan hubungan baik dan budi baik dengan mereka. Terhadap Allah SWT pula, jangan atas kesusahan yang ditimpakan. Nikmat-Nya masih lebih banyak dari bala bencana.

Lagipun ujian Allah itu bukan untuk menyusahkan atau menghina kita. Allah bermaksud baik dengan setiap taqdir-Nya. Bahkan itulah kasih sayang-Nya pada kita. Dengan maksud mendidik kita supaya kita tidak sombong.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N