Langkau ke kandungan utama

MARKAZ JEMAAH ABUYA DI KAMPUNG DATO KERAMAT.




     Kampung Datuk Keramat, atau lebih dikenali sebagai Keramat di kalangan orang tempatan, ialah sebuah perkampungan yang besar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Nama Kampung Datuk Keramat adalah sempena kehadiran sebuah kubur keramat bersebelahan Pasar Keramat. Kini kubur ini tidak dapat dikesan lagi, walau bagaimanapun dipercayai itulah asal usul bagaimana nama kampung ini dipilih. Kawasan ini terletak di timur laut pusat bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang di negeri Selangor. Sungai Kelang menganjur lebih kurang dari timur laut ke barat dan bertindak sebagai pemisah semula jadi antara Keramat dengan Ampang. Keramat dilayani oleh tiga stesen Transit Aliran Ringan, iaitu Jelatek, Dato Keramat and Damai, dalam sistem Aliran Kelana Jaya.

     Keramat terletak hanya 10 minit dari Kampung Baru melalui kereta, dan pada asalnya merupakan kawasan orang Melayu walaupun sekarang ini, terdapat banyak orang asing, terutamanya orang-orang Arab yang tinggal di sini. Pada tahun 1969, tercetuslah tragedi 13 Mei yang merupakan satu sejarah hitam kepada kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dalam kegawatan itu muncullah Abuya Ashaari Attamimi, seorang tokoh semenjak kecilnya lagi sudah dididik dalam keluarga yang bercita-cita Islam. 

Jemaah perjuangan yang Abuya bangunkan bermula dari sebuah jemaah pengajian. Ketika itu ia dikenali dengan nama Darul Arqam. Abuya Ashaari Muhammad Attamimi bersama sepuluh orang sahabatnya memulakan jemaah pengajian itu di sebuah rumah di kampung Dato Keramat, pinggir bandar Kuala Lumpur pada tahun 1968. Ia dinamakan Darul Arqam sebagai mengambil barakah daripada Arqam ibnu Al Arqam, seorang Sahabat Rasulullah SAW yang rumahnya dijadikan pusat penyebaran Islam yang pertama di Mekah.

     Penekan awal jemaah Abuya ialah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu fardhu ain yang meliputi bidang tauhid, feqah dan tasawuf. Pada Abuya Ashaari Attamimi, melagang perjuangan mesti mengikut kaedah yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW. Abuya yakin segala kerosakan hidup ini berpunca daripada hati yang kotor. Untuk mengubatnya, maka hati itulah yang perlu dibersihkan. 

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati. “
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

     Abuya Ashaari Attamimi menekankan dan mendidik para pengikutnya agar satu dengan yang lain dapat diikat oleh tali Allah, atau diikat oleh ahkamullah/ hukum-hukum Allah. Mereka semua sungguh-sungguh berusaha untuk patuh kepada Allah, kepada Rasulnya dan mentaati pemimpinnya. Mereka nampak berakhlak baik, mulia, ada rasa bersama. Maka tercetuslah kerja sama diantara mereka.Dahulu jamaah itu bernama Darul Arqam.

     Ada sistem kehidupan secara Islam di dalamnya, artinya dalam jemaah Abuya itu ada kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan. Senantiasa memberi khidmat kepada masyarakat, baik masyarakat di dalam Jemaah, maupun di luar Jemaah, baik kepada orang Islam ataupun kepada orang bukan Islam. Jemaah itu senantiasa mencari kedamaian dan keamanan. Ia benar-benar memberi rahmat kepada alam.

     Jemaah yang Abuya bangunkan terbukti memberi rahmat, artinya membawa kasih sayang. Dia membawa kegembiraan, dia membawa hiburan, dia membawa kemudahan, dia membawa kemuliaan, dia membawa keselamatan, dia membawa kedamaian, dia membawa penyelesaian, dia membawa kebahagiaan dan keharmonian. Dengan adanya jemaah itu membolehkan bertolong bantu satu sama lain.

     Jemaah yang Abuya bangunkan selamat menyelamatkan. Mengapa dia selamat dan menyelamatkan, karena jemaah itu ada peranan. Dia bertanggung jawab, dia senantiasa ada khidmat pada masyarakat. Karena jemaah Abuya ada peranannya lah maka dia dikatakan membawa rahmat, karena ada peranan inilah maka jemaah Abuya dikatakan membawa kasih sayang. Karena ada peranan inilah jemaah Abuya membawa kebahagiaan, keharmonian, keselamatan dan bermacam-macam kebaikan yang bermanfaat bagi masyarakat.

Ulasan

  1. kamu masih lagi tertipu dengan syaitan bisu itu??

    Keluarlah dan fahami Islam dari sumbernya yang asal iaitu Al Quran dan Al Hadith .. jangan hanya duduk dalam tempurong al arqam yang sesat lagi menyesatkan

    https://www.youtube.com/watch?v=2J6TF0q4Fsk

    Rajin rajinlah mengaji dan menadah kitab di hadapan guru yang ikhlas yang banyak terdapat di masjid masjid dan surau surau ..
    kembalilah kepada Islam supaya kamu selamat dunia dan akhirat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N