Langkau ke kandungan utama

SEJARAH ABUYA DI MASJID JAMEK KUALA LUMPUR.



Masjid Jamek Kuala Lumpur menjadi mercu sejarah pertemuan dua sungai yang menyumbang kepada sejarah pembukaan Kuala Lumpur. Kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang yang pada awalnya hanya digunakan untuk pertanian sara diri dan laluan pengangkutan, akhirnya berubah wajah apabila aktiviti perlombongan bijih timah mula dijalankan sekitar tahun 1850-an. Setiap hujung minggu Abuya Ashaari Attamimi, mengadakan program tazkirah. Masjid Jamek yang terletak dipinggiran muara Sungai Gombak dan Sungai Klang telah menjadi tempat lawatan para pelancung.

Pengunjung-pengunjung yang datang kesitu ditaklimatkan tentang sejarah masjid tersebut. Dan secara tidak langsung ramai yang berkongsi maklumat tentang kaitannya dengan sejarah bandar Kuala Lumpur. Pada zaman penjajahan British, Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor. 
Orang Melayu yang merupakan penduduk asal di sekitar muara Sungai Gombak dan Sungai Klang hampir pupus, kerana British membawa pendatang dari China  untuk bekerja di lombong-lombong bijih di sekitar Kuala Lumpur.  Orang-orang Melayu semakin terpinggir bahkan semakin pupus.  Tidak mahu ia terjadi, pentadbiran Inggeris telah menubuhkan Lembaga Penempatan Tanah Pertanian Melayu atau Malay Agriculture Settlement (MAS) di utara Kuala Lumpur. 

Masjid Jamek menjadi mercu tanda Islam khasnya orang Melayu di Kuala Lumpur.  Sementalah pula ia terletak di pertemuan dua sungai yang menjadi laluan utama pengangkutan pada masa itu.  

Masjid Jamek yang begitu strategik telah menjadi tempat pertemuan mingguan Abuya dengan masyarakat.  Abuya menggalas tanggungjawab untuk berdakwah di ibu negara Malaysia itu.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ .
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-Imran,3:104).

Usaha dakwah mencetuskan perubahan ke arah Islam yang tidak tercapai melalui kaedah politik. Dengan pendekatan dakwah dan tarbiah, Abuya telah mengubati penyakit masyarakat dengan menanamkan dan menyuburkan rasa bertuhan dan berkasih sayang. Rasa bertuhan dan kasih sayang adalah fitrah manusia. Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh Allah ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia. 

Contoh-contoh sifat fitrah manusia ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolehi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu.

Rasa takut datang ketika berhadapan dengan perkara yang hebat dan menggerunkan. Rasa sayang terasa di hati ketika bertemu orang yang berjasa padanya. Rasa simpati atau belas kasihan datang ketika melihat orang susah atau teraniaya. Rasa marah terasa bila ada orang mengganggu atau mencacatkan nya. Rasa dendam datang bila ada orang lain menyusahkan dirinya atau kaum keluarganya. Rasa benci terasa bila ada orang menghinanya. Rasa jijik menjelma bila berhadapan dengan najis atau kekotoran. Rasa terhibur atau gembira masuk ke hati di waktu berhadapan dengan kesenangan atau kejayaan. Rasa dengki atau tidak senang datang ketika berhadapan dengan kesenangan orang lain. Rasa megah menghantui hati di waktu beroleh kejayaan dan kemenangan. Rasa sedih datang bila berhadapan dengan kegagalan, kemiskinan dan kesusahan. 
Sekali lagi, rasa-rasa yang menjelma silih berganti ke dalam hati itu, bukannya didapati hasil berguru atau pengalaman. Ia adalah semulajadi. Ia wujud bersama lahirnya manusia ke dunia. Itulah fitrah. Ia sama saja tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama  manusia. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan insaniah manusia. Ianya perlu diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita. 

Itulah yang Abuya perjuangkan dalam hidupnya sejak awal lagi, sejak Masjid Jamek Kuala Lumpur di tepi jeti, hinggalah ia di tepi LRT. Abuya menjadikan Masjid  Jamek sebagai pusat kegiatan dakwah yang mendorong perpaduan dan kasih sayang masyarakat Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N