Langkau ke kandungan utama

HEBAT CIPTAAN TUHAN


REZEKI TIDAK DI DUGA.


Allah SWT memberi rezeki 
dengan berbagai-bagai cara.
Ada yang bersumberkan dari langit. 
Ada yang bersumberkan dari bumi. Tentunya ini projek Allah yang maha berkuasa.Contoh mata air yang mengalir
keluar dari semak masuk kedalam parit besar hingga masuk kerumah bandar Country Homes Rawang.Setelah disiasat didapati ia adalah sumber Air mata air. 

Sumbermata air tersebut telah diuji kaji dimakmal dan didapati bersih dan 
bebas dari klorin. Ujikaji makmal mengesahkan ia dari sumber mata air.
Keajaiban dari rezeki yang tidak disangka-sangka ini adalah dari Allah SWT. Dengan keyakinan tinggi bahawa Allah maha kaya akan menyalurkan bantuan atau rezekinya kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Sebagai hamba yang mengharapkan pertolongan dariNya hanya menjalankan projek bersama denganNya. Mari kita tarik ramai-ramai supaya rezeki lebih banyak dan melimpah ruah untuk Islam.
Islam itu ada sistem pentadbiran dan sistem pemerintahannya sendiri. Kegemilangannya akan berulang sekali lagi di era Imam Mahdi dan Nabi Isa AS. 

Digambarkan didalam hadis amannya ketika itu bukan sahaja manusia berkasih sayang binatang
ganas boleh berkawan dengan
binatang yang selama ini
menjadi mangsa makanannya.
contoh serigala boleh
berkawan dengan kambing.
Bukan sahaja pergerakan manusia terasa aman damai dalam kehidupan harian yang dilalui. 

Binatang juga rasa tidak ada gangguan dalam pergerakan hariannya. Baik yang melata dibumi atau yang terbang di udara.Pergerakan burung paling pantas di dunia. Iaitu burung Falko Belalang atau Peregrine Falcon.Bagi yang tidak pernah tahu akan kehadiran burung ini, ia merupakan burung yang boleh terbangp laju di dunia sehingga mencapai kelajuan 390 km/jam.

Spesies ini dikatakan boleh didapati di mana-mana terutamanya di Amerika Utara namun dikatakan tidak terdapat di New Zealand. Seperti burung lain, Peregrine Falcon juga makan serangga, mamalia atau reptilia yang kecil sebagai dietnya. Apa signifikan burung ini sebenarnya?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Peregrine Falcon merupakan inspirasi kepada pembinaan pesawat pengebom Amerika Syarikat, B-2 Spirit. Pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat ini dikatakan berupaya untuk membawa dan melancarkan senjata konvensional serta nuklear.

Dengan kelajuan sehingga 390 km/ jam membuatkan burung ini jauh lebih laju daripada kereta api berkelajuan tinggi. Pada saekor burung yang terbang 
tinggi dan laju seperti burung
Peregrine Falcon begitulah Tuhan ciptakannya mempunyai sepasang kepak membolehkan nya terbang tinggi dan laju.
(Burung Peregrine Falcon).
Kelajuan terbang selaju 390 Km)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...