Langkau ke kandungan utama

MASJID MARBELLA DI EROPAH.


UMAT ISLAM DI BUNUH BERAMAI-RAMAI DI EROPAH.
(Masjid Marbella di Eropah).

Kita kena ambil iktibar sebagai sejarah hitam apa yang berlaku ke atas umat Islam pada April Fool. Ia adalah sejarah hitam kepada umat Islam. Ia telah dicatit dalam sejarah Islam sepatutnya  ia dapat membuka mata kita supaya menjadikan
1st April bukanlah hari gurau senda hari memperingati yang dilakukan oleh
tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Sepanyol.

The April’s Fool Day, berawal
dari satu episod sejarah Muslim
Sepanyol pada tahun 1487,bersamaan
dengan 892 H. Sejak Spain dibebaskan
melalui Islam pada abad ke-8M oleh
Panglima Thariq bin Ziyad dari
penindasan puak kafir, Sepanyol
beransur-ansur menjadi satu wilayah yang makmur. Pasukan Islam tidak
saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah
dapat dibebaskan. Kota-kota seperti Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya ditawan dengan aman oleh Islam. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah mula menerangi seluruh Sepanyol. 

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah diri, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas menganuti ajaran Islam. Muslim Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup seorang Islam. Tidak hanya membaca Al-Quran, tingkah laku mereka berdasarkan Al-Quran. Mereka kerap berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala perkara yang dilarang Islam.

Keadaan aman dan sejahtera seperti ini berlangsung hampir enam abad lamanya.Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun acapkali gagal. Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan taktik ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di bunuh dengan kejam.

 Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granadayang masih bersembunyi di rumah-rumah.Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar meninggalkan Granada dan Sepanyol.Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan berjalan menuju ke pelabuhan.

Bagi orang Islam yang tidak mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan didalamnya.

Ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya terpana ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April.

Inilah kemudiannya  diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The April’s Fool Day. Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristiani, The April’s Fool Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan The April’s Fool Day dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekadar hiburan atau gurauan belaka.

Bagi umat Islam, The April’s Fool Day tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam….

Allah Maha Besar….!!! Ya Allah… berilah kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang berkehendakkan Islam sepenuhnya tanpa Had, tanpa hari di dalam sistem pentadbiran negara ini, walaupun apa jua bangsanya, juga kepada mereka yang meredhai Islam di negara ini. Jauhkan fitnah yang sedang melanda umat Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi ini… Ya Allah.., sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah tanpa petunjuk dan hidayah dariMu…

Ulasan

  1. Masih bingung mencari gameonline TERPECAYA dan AMAN
    Hanya di AGENS128 yang menawarkan begitu banyak PROMO dan BONUSS!!
    Menangkan Puluhan hingga Ratusan juta!! Ayo join sekarang dengan Agens128!
    JADILAH PARTNER AGENS128 DAN DAPATKAN BONUS MENARIKK^^
    Penasaran langsung saja klik link dibawah ini :
    LINK ALTERNATIF SBOBET
    SBOBET ALTERNATIF
    LOGIN SBOBET
    LINK SBOBET
    SABUNG AYAM ONLINE
    ADU AYAM
    CASINO ONLINE
    SABUNG AYAM BANGKOK
    AYAM LAGA BIRMA
    POKER DEPOSIT PULSA
    DEPOSIT PULSA
    DEPOSIT PULSA POKER
    DEPOSIT PULSA
    POKER DEPOSIT PULSA
    LINK SBOBET
    S1288
    Info lebih lanjut bisa hubungi contact di bawah ini :
    WhatsApp : 085222555128

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…