Langkau ke kandungan utama

IBADAH UNTUK MENDAPAT RASA KEHAMBAAN.


BERIBADAH TUJUAN
MENDAPAT RASA HAMBA.


Rasa hamba wajib dimiliki. Tuhan Maha berkuasa, kita hamba lemah dan dhaif. Kita tertakluk dengan kuasa Allah. Sampai masa kita tua dan tak bermaya. Dengan adanya jiwa tauhid kita menjadi orang yang kuat menyerah diri dan bersandar dengan kuasa Allah.
Orang yang berjiwa tauhid tidak takut dan bimbang apa pun kerana hatinya kuat bersandar dengan Tuhan. 


Apapun Tuhanlah tempat kita meminta tolong.Dibawah ini saya kongsikan cerita pengalaman seseorang yang berlaku kepada dirinya. Iaitu seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.


Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu.


 Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya. 
Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja. 


Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.
Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Hello". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok".


Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang. Setiap hari saya akan mengharap sapaan "hi" dan "bye" dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi.

Sebab itu, pakcik mencari awak
 di merata tempat.
Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. 


Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.Mari kongsi kepada semua untuk inspirasi...Dari kisah diatas mengingatkans perjuangan kasih sayang yang Abuya lancarkan di bumi Thailand, di Manila, di Paris dan di seluruh Malaysia.Dalam kisah ini ada dua kisah cinta yang kesudahannya berbeza.    Kisah CINTA AGUNG Syam'un Al Ghazi kepada Allah yang begitu mulia hingga Allah kekalkan kisah itu menjadi asbabun nuzul diturunkannya Lailatul Qadar. Sedangkan kisah CINTA DUNIA isteri Syam'un berakhir dengan kematian dan kehancuran bersama-sama kaum yang ingkar kepada Allah.


Pengajaran lain yang dapat kita ambil ialah betapa KASIH SAYANG ALLAH kepada umat Muhammad,  umat Akhir Zaman.  Syam'un berhempas pulas perang selama seribu bulan untuk mendapat ganjaran Syurga,  sedangkan untuk kita,  Allah tawarkan satu malam Lailatul Qadar untuk mendapatkan ganjaran yang sama. Bagaimana kita tidak jatuh cinta kepada Allah atas kasih sayang ini?


Marilah kita rebut peluang ini.  
Ambillah berkat Syam'un Al Ghazi dan
 berkat guru mursyid Abuya  yang menyampaikan kisah dan pengajaran ini kepada kita.  Jadikan Ramadhan  ini untuk menyuburkan cinta kepada Allah dan Rasul.Didiklah diri,  isteri-isteri dan kaum keluargamu agar mengambil pengajaran bahawa cinta dunia itu sangat merbahaya.  Jauhi dan perangilah mazmumah itu sungguh-sungguh.  Kerana kesudahan cinta dunia itu hancur di dunia dan binasa di Akhirat selama-lamanya.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N