Langkau ke kandungan utama

CINTA SEJATI.


PERJUANGAN CINTA AGONG.

Bersyukur Tuhan izinkan kita
dapat bersama akhir Ramadhan
2019.  Ada KISAH CINTA yang penuh pengajaran di sebalik angka 1000 bulan itu.(Lailatul qadar : ليلة القدر ). Lailatul Qadar disebut dalam Al Quran sebagai lebih baik dari seribu bulan. 
Mengapa seribu bulan?
Ada apa dengan seribu bulan?
Sebenarnya ada KISAH CINTA yang penuh pengajaran di sebalik angka 1000 bulan itu.

Angka itu bersempena dengan sejarah  Syam'un Al-Ghazi seorang Wali Allah dari kalangan Bani Israel di zaman kerajaan Rom. Suatu ketika Nabi Muhammad saw, berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan. Baginda terlihat tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh para sahabatnya
“Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah”
Baginda menjawab,
“Diperlihatkan kepadaku dihari akhir, ketika seluruh manusia dikumpulkan di padang Mah’syar, ada seorang lelaki yang membawa pedang dan tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam syurga, dia adalah Syam’un Al Ghazi”.
Maka Rasulullah bercerita tentang lelaki ini,  yang ringkasannya lebih kurang begini.


Syam'un Al Ghazi sangat CINTA KEPADA ALLAH. Dia diberi  kekuatan dan keberanian luar biasa dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.  Siapa yang menentang Allah diperanginya habis-habisan.  Dan dalam rekod perjuangannya dia tidak pernah kalah,  kerana tiada siapa dapat menandingi kekuatannya.
Dapat memperdaya  dan mengetahui rahsia kekuatan suaminya iaitu pada beberapa helai rambutnya yang tertentu.
Maka atas pembelotan isterinya itu,  puak kafir dapat menangkap Syam'un dan berusaha membunuhnya.
Namun kekasih Allah itu tidak kalah begitu sahaja.  Pertolongan Allah pun tiba. Allah berikan semula kekuatan Syam'un dan dia berjaya menghancurkan puak kafir termasuk isterinya yang ingkar itu.


Selepas itu dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk Allah dengan memerangi kaum kafir selama 1000 bulan hingga sampai ajalnya.
Setelah mendengar kisah Nabi Syam’un Al-Ghazi, para sahabat Nabi Muhammad saw menangis terharu, lalu bertanya.
“Ya Rasullulah, tahukah engkau akan pahalanya?”
Jawab Rasulullah,
“Aku tidak mengetahuinya.”
فَأَنْزَلَ اللهُ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِهَذِهِ السُّوْرَةِ (القَدْرِ) وَقاَلَ ياَمُحَمَّدْ أَعْتَيْطُكَ وَأُمَّتَكَ لَيْلَةَ القَدْرِ العِباَدَةُ فِيْهاَ أَفْضَلُ مِنْ عِباَدَةِ سَبْعِيْنَ أَلْفِ شَهْرٍ
Setelah Rasulullah selesai berkisah, Allah SWT menyuruh Malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad dan menurunkan Surat Al Qadar.
“Ya Muhammad, Allah memberi Lailatul Qadar kepadamu dan umatmu, ibadah pada malam itu lebih utama daripada ibadah 1000 bulan,” kata Malaikat Jibril.
Allah SWT berfirman: Surat Al-Qadar ayat 1-5:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ١ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ٢ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ٣ تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ ٤ سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ٥
Artinya:
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Qadar.
2. dan tahukah kamu Apakah malam Qadar itu?
3. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.
4. pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar.
Kalau kita berjaya mendapatkan
CINTA yang penuh pengajaran di sebalik angka 1000 bulan itu.(Lailatul qadar : ليلة القدر ). Lailatul Qadar disebut dalam Al Quran sebagai lebih baik dari seribu bulan.  Ertinya didunia lagi kita melihat hasilnya.


 Kita menyambut Aidilfitri dengan jiwa baru iaitu jiwa telah kembali sepertimana asalnya. Iaitu hati yang cinta dan takutkan Tuhan.
Kalau selama ini tanah air kita hampir-hampir tergugat, Tuhan kembalikan kepada kita semula.Tuhan masukkan ke dalam hati-hati musuh rasa takut hendak menggugat orang-orang Islam.
CINTA DUNIA yang menjadikan
umat Islam hilang webawa. Cinta dunia menyebabkan musuh Islam berani pijak-pijak kepala kita.

Rata-rata umat Islam sudah ditimpa bala. Bala yang mereka tidak sedar, sungguhpun ia sangat merbahaya. Iaitu terlalu cinta dengan dunia dan jahil pula tentang ilmu agamanya sendiri.Umat Islam sekarang cuma susah hati kalau ditimpa bala yang menyusahkan duniawi mereka. Seperti ditimpa penyakit, ditimpa kemiskinan, kehilangan harta benda, kematian keluarga yang tercinta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N