Langkau ke kandungan utama

MEMBANGUN DAN BERKEMAJUAN ATAS NAMA TUHAN.




Firman Allah SWT:

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ  ﴿١﴾
1. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..."(Al Alaq 96:1).

Ramai yang memahami ayat ini hanya mengikut maksud yang tersurat sahaja iaitu bacalah Al Quran dengan niat kerana Allah. Tetapi kalau dikupaskan dengan lebih luas, istilah bacalah disini
bermaksud carilah ilmu. Mencari ilmu itu pula mestilah dengan nama Tuhan iaitu kerana Tuhan, ikut cara Tuhan yang Tuhan mahu dan dipergunakan ilmu itu ke jalan Tuhan. 


Mencari ilmu itu pula bukan semata-mata untuk mengumpulkan ilmu. Ilmu itu untuk membangun, untuk berjuang dan membina tamadun. Semua ini mesti dibuat atas nama Tuhan, iaitu atas nama iman, ketaqwaan, kerana Allah, dengan cara yang Allah mahu dan untuk mendapat keredhaan Allah.


Kita dilarang mencari ilmu untuk tujuan-tujuan yang lain seperti hendak jawatan, nama, glammour, kekayaan dan sebagainya. Lanjutan kepada itu, kita juga dilarang menggunakan ilmu untuk membangun dan berkemajuan bagi tujuan lain selain kerana Allah dan untuk mendapat keredhaan Allah. Justeru itu, tamadun yang kita hendak tegakkan berdasarkan ilmu yang ada pada kita tidak boleh terkeluar dari syarat-syarat yang telah Tuhan tetapkan dalam syariatnya.


Tuhan melarang kita membangun, berkemajuan dan bertamadun untuk diri, bangsa atau negara, atau kerana megah, kerana mahu dihormati, kerana mahu berlumba-lumba dan untuk disanjung dan dipuji. Ini semua sia-sia sahaja, tidak ada nilai di sisi Allah,tidak ada pahala dan Allah berlepas diri dari kita. Ia dianggap syirik khafi dan di Akhirat, kebaikkannya tertolak.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...