Langkau ke kandungan utama

ASAS GEJALA MAKSIAT DI BENDUNG OLEH HATI.








Hadist Nabi SAW:

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ  أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ [رواه البخاري ومسلم] 
 
Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat berpunca daripada maksiat dan gejala hati yang jahat. Oleh itu musnahkan lebih dahulu maksiat hati, dengan sendiri maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat akan ter musnah dengan sendiri. Sampan kehidupan macamlah sampan di laut, sentiasa sahaja berkehendak dengan ombak yang sentiasa bergelora tidak henti-henti. Kalau tidak pandai mengendalikan sampan kehidupan ini dia akan karam dan lemas tenggelam. 


Kalaulah maksiat lahir dan gejala masyarakat hendak dibendung dengan peraturan, undang-undang, akta-akta, tidak akan mampu dibendung. Kita ambil contoh negara Amerika kiblat dunia, kemajuan telah melangit, cerdik pandai terhimpun disana. Pakar membuat undang-undang dan peraturan. Tapi apa telah jadi iaitu gejala masyarakat yang paling kronik di negara-negara dunia. Tidap payah hurai panjang, semua orang tahu disinilah kelebihan Islam. Islam mendidik hati orang, hingga hati baik dan hati tidak mahu lagi membuat maksiat. Undang-undang hanya tambahan sahaja dengan tujuan agar masyarakat yang telah sihat itu tidak dirosakkan oleh orang yang hatinya masih berpenyakit, agar jangan menabur penyakit didalam kehidupan masyarakat.


Selama kita berada di dunia ini Tuhan minta menyiapkan bekalan untuk Akhirat. Membaiki diri ialah dengan membaiki hati. Supaya muhasabah kita bertepatan dengan apa yang Allah kehendaki kita kena tahu ilmunya terlebih dahulu. Kemudian mengenali penyakit yang hendak di baiki ilmu rohaniah berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). 


Firman Allah: "Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya."(Asy Syam 9-10). 


Allah minta kita fikirkan secara serius tentang hati yang ada didalam diri. Ilmu yang dapat menyuluh hati manusia. Ilmu itu di namakan ilmu tasawuf atau ilmu rohani atau ilmu rasa (zauq) ini supaya jiwa kita yang sudah buta dan mati ini dapat dicelikkan kembali serta hidup dan berfungsi. Agar ia dapat menjadi power kepada kebangkitan Islam di akhir zaman. Kalau dulu dunia dapat ditawan, maka kali ini sejarah itu akan berulang sekali lagi di tangan-tangan orang yang membersihkan hati.


Bahawa kali ini akan berlaku sekali lagi kebangkitan Islam.
Kemenangan Donald Trump akan membenarkan kata-kata Abuya Imam Ashaari At Tamimi bahawa barat di ambang maut. Dia juga merupakan ketua dan Presiden The Trump Organization dan pendiri Trump Entertainment Resorts. Gaya hidup Trump yang mewah, serta cara berbicaranya yang blak-blakan,berbau rasisme hingga merendahkan perempuan , membuatnya menjadi selebriti terkenal nomor 17 pada daftar Forbes Celebrity 100  di tahun 2011.


Donald Trump memang kerap menunjukkan aksi-aksi rasisme.Beberapa waktu lalu ia sempat mengatakan pernyataan akan melarang semua orang Islam masuk ke Amerika. Apalagi, isu terorisme membuat banyak orang di Amerika membenci Islam. 


Situasi di Timur Tengah jadi lebih membahayakan karena Trump punya pendekatan yang berani. Tetapi, jika ia terus meningkatkan kebenciannya kepada umat Islam, ada kemungkinan Timur Tengah akan memberhentikan aliran minyak ke Amerika.


Macam-macam usaha oleh pihak musuh Islam yang diterajui oleh Yahudi cuba memerangkap negara-negara di TIMUR TENGAH dan khususnya di Timur sasaran utamanya adalah Malaysia. Setiap kali cuba di kaitkan dengan Malaysia tetapi Allah lepaskan Malaysia daripada perangkap dan stratigi jahat musuh. Islam tidak akan kalah-kalah lagi kerana ini adalah giliran Islam yang tapaknya di Timur secara khususnya di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N