Langkau ke kandungan utama

ORANG MUKMIN MEMILIKI DISIPLIN ROHANIAH.




Orang mukmin sangat mendisiplinkan rohnya. Ia memiliki jiwa besar namun bercakap merendah diri, kerana berjaya mendisiplinkan hati/rohnya. Istiqamah mendisiplinkan hatinya mudah merasakan kuasa Allah. Kuasa Allah itu amat hebat, Dia boleh mengambil nikmat kita sekelip mata. Walaupun kita telah mengumpul, mencari dan mengusahakan berpuluh-puluh tahun. Di antara beberapa contoh: Ada orang berpuluh-puluh tahun  mengaji hingga PHD. Terbayang di depan mata akan dapat jawatan tinggi dengan kajiannya yang lumayan, tidak sempat pun memegang jawatan dia mati di langgar kereta. Seorang pegawai tinggi pencen, kemudian dapat bonus beratus-ratus ribu ringgit sudah berangan beli itu dan ini atau ingin di perniagakan, selepas mengambil satu sen pun tidak sempat dimakan wangnya dirompak orang. 


Seorang petani yang berjaya membuat ladang dengan luasnya, buah-buahan telah masak, hanya beberapa hari saja lagi hendak di ketam, datang banjir kilat habis dimusnahkan tanaman itu, dia tidak dapat apa-apa. Banyak lagi contoh-contoh lain yang lumrah berlaku di dalam kehidupan kita yang memperlihatkan kuasa Allah itu, tapi kebanyakan manusia tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Faktor dalaman (Taqwa) itu 90 peratus dan 10 peratus faktor luaran. Ertinya orang yang menghayati Tuhan 90 peratus telah berlaku disiplin didalam hidupnya. 10 peratus disiplinnya datang dari syariat lahir dan ibadah mesti dihayati. Tidak cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah, dan batal sahaja. Tidak ada makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati supaya lahir kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan mendapat taqwa. Orang yang bertaqwa atau beriman ada janji dari Tuhan untuk mereka di dunia lagi.

Firman Allah SWT:

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."(As Saf 61:13).


Orang yang bertaqwa atau beriman otomatik hidupnya berdisiplin. Tidak susah hendak didisiplinkan lagi, disiplin macam ini kekal sampai mati. Kalau seseorang itu hidup berdisiplin kerana didisiplinkan dia terseksa dan cara itu tidak akan tahan lama. Apa yang kita lihat sekarang manusia hanya menekankan tentang disiplin lahir terlalu kurang menekankan disiplin roh. Orang yang berdisiplin pandai berjuang. Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara kehadapan, adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah pejuang mendisiplinkan diri di dalam perjuangan yang kena pandai berstratigi dalam apapun situasi.


Apa yang kita lihat sekarang masyarakat lebih banyak menekankan disiplin lahir terlalu kurang menekankan disiplin roh. Menyebut hal kerohanian masih kabur. Tidak tahu bagaimanakah hendak mendisiplinkan roh atau hati. Bila hati tidak dikenalkan dengan disiplin Tuhan maka dia tidak tahu apakah Tuhan beri secara rahmat atau istidraj (murka). Bila hati sudah biasa didisiplinkan dengan disiplin Tuhan dia dapat bertindak secara tepat. Ketika Allah kurniakan nikmat hatinya automatik rasa bersyukur dan bila Tuhan timpakan kesusahan sepontan hatinya redha. Untuk memberi maklumat mudah tetapi untuk mendidik hati bukan senang perlukan pimpinan dan didikan mursyid. Iaitu orang yang dirinya sudah terpimpin. Untuk menjadi da'i atau mubaligh, pendakwah mudah, untuk menjadi sebagai mursyid bukan sebarang orang, iaitu orang yang dirinya sudah terpimpin.


Kita datangkan contoh gagal mendisiplinkan diri mengikut kehendak Tuhan. Apabila gagal mendisiplinkan hati, ertinya hati lalai, maksiat hati berlaku kerana ia bersifat maknawiah dan rohiah yang tidap dapat dilihat oleh mata yang susah hendak difikirkan oleh akal selalu sahaja terabai dan terbiar. Padahal penyakit masyarakat pokoknya dari sini. Kalau penyakit sahaja yang hendak dibenteras ibarat pokok yang merbahaya. Hanya kita buang daun-daunnya dan ranting-rantingnya sahaja sedangkan pokoknya masih dibiarkan hidup.


Kebanyakkan orang Islam apabila dia tidak membuat maksiat lahir seperti zina, minum arak, mencuri, membunuh, merompak, berjudi, rasa senang hati, relax sahaja.Tidak ada usaha-usaha lagi hendak membenteras maksiat dirinya. Padahal rada riyak, sombong, ujub, hasad, berdendam, tamak, bakhil, ingin dipuji masih bersarang dan berakar umbi di dalam hati terutama penyakit ini selalu berlaku kepada pemimpin, alim ulama, cerdik pandai, orang kaya yang berjawatan tinggi. Kalaulah membenteras gejala-gejala masyarakat amat susah. Lebih susah lagi membenteras gejala-gejala hati. Justeru gejala masyarakat berpunca dari hati.


Kalau kita takut susah membuat kerja-kerja Akhirat, apakah ada jaminan kita tidak akan susah buat kerja-kerja dunia. Begitu jugalah kalau kita tidak boleh disiplinkan diri apakah jaminan orang lain dapat disipilinkan diri kita. Kalau kita gagal ikut disiplin Akhirat apakah jaminan kita boleh ikut disiplin dunia. Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana gagal mendisiplinkan diri buat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas. Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang gagal mendisiplinkan dirinya untuk buat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N