Langkau ke kandungan utama

IKHWAN DAN ASOIB MENYALIN KEGEMILANGAN PARA SAHABAT.



Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya ingin membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 45 tahun berjuang, usaha tersebut diteruskan oleh keluarga Abuya bersama murid-muridnya yang yakin dengan jadual kebangkitan semula Islam bermula dari sebelah Timur. Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi telah berjaya melahirkan generasi penerus perjuangannya. Keluarganya menjadi tunggak perjuangan tersebut. Kesibukan Abuya berjuang berkesempatan mengadakan aktiviti santai seperti menjala ikan dan sebagainya. 


Tempoh 45 tahun sudah cukup untuk menilai dan mengkaji keberhasilan perjuangan sesebuah jemaah. Tidaklah semestinya tercapai tahap yang sama seperti apa yang dicapai oleh Rasulullah SAW, tetapi sekurang-kurangnya langkah perjuangan itu sudah semakin mantap ke arah yang sama. Kalau ibarat pokok, pokok yang ditanam mestilah sudah menunjukan tanda-tanda untuk berbuah. Mesti sudah berbunga atau berputik. Kalau ibaratkan manusia pada usia 45 tahun adalah usia matang. Sudah mampu untuk bertahan dan meneruskan kerja-kerja yang dilakukan dengan matang.


Rasullullah SAW ketika usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul. Begitulah halnya usia manusia yang matang merujuk usia Rasulullah SAW. Di usia tersebut dapat mengimbangkan, membangunkan dan menyatukan akal, fizikal dan roh atau hati di dalam diri seseorang itu.
Begitulah dalam usia tersebut bagi perjuangan yang ada masa depan sudah boleh dilihat pada ketika usia tersebut. Kalau perjuangan itu tidak ada masa depan ianya sudah lama tidak dapat diteruskan. Pada hal Abuya telah berjaya menyediakan generasi penerus iaitu generasi ketiga.


Begitulah halnya dengan perjuangan Abuya. Dalam tempoh 45 tahun, model perjuangannya dapat dipertahankan bahkan diteruskan oleh generasi ketiga. Sistem dan model cara hidup Islam yang diperjuangkannya telah kukuh dan kesyumulannya terserlah. Sistem dan dan cara hidupnya telah kukuh dan berpengaruh. Ia bukan sahaja berjaya membela keluarga dan ahli-ahlinya bahkan sudah mampu memayungi masyarakat. Sistem hidup bermula daripada persoalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat-sunat yang merangkumi seluruh sistem hidup sudah terbina dengan sempurna.


Persoalan pendidikan, dakwah, ekonomi, budaya, perubatan, pertanian dan ketenteraan sahaja yang belum dilaksanakan. Tegasnya kalau pun belum mendapat negara, tetapi ciri-ciri sebuah Daulah Islamiyah sudah mula terpancar pada jemaah dan keluarganya. Dan yang lebih penting lagi, Imam Ashaari At Tamimi telah be pesan supaya setiap anggota jemaahnya sepatutnya sudah sudah semakin hampir kepada Allah, semakin tinggi tahap ketaqwaan pemimpin dan pengikutnya, hingga layak menerima bantuan-bantuan luar biasa yang dijanjikan untuk pejuang-pejuang-Nya.

Firman Allah:

ۚ ÙˆَÙ…َÙ† ÙŠَتَّÙ‚ِ ٱللَّÙ‡َ ÙŠَجْعَÙ„ Ù„َّÙ‡ُÛ¥ Ù…َØ®ْرَجًا  ﴿  ÙˆَÙŠَرْزُÙ‚ْÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ Ø­َÙŠْØ«ُ Ù„َا ÙŠَØ­ْتَسِبُÙ¢﴾
Maksudnya: "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),". 3. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."(At Thalaq 65:2-3).


Ikhwan dan Asoib mempunyai hati para sahabat. Bezanya para sahabat bertemu Rasulullah SAW, sedangkan ikhwan dan asoib tidak bertemu. Mereka memiliki hati yang sangatlah cintakan Rasulullah SAW seperti hati para sahabat sangat cintakan Rasulullah SAW. Sebab itu dalam mereka bertindak, beramal, berbuat dan berkerja, mereka dapat kekalkan terus rasa kehambaan pada Allah. Tidak pernah putus. Rasa kehambaan itu tetap subur dan menebal di alam rasanya (zauq). Di waktu itu bila mereka berperanan di bumi, hati mereka dapat berhubung dengan Allah. Waktu mereka mentadbir bumi, kaki mereka saja di bumi tetapi hati mereka di Akhirat. Hati ikhwan dan asoib penuh rindu atau tenggelam dalam cinta Allah. Atau hati mereka terbakar, gementar kerana takutkan azab Allah SWT. 


Ikhwan dan Asoib berjaya membangunkan dan menyatukan akal, fizikal dan roh atau hati di dalam sembahyang begitu juga di luar sembahyang. Iaitu akal, roh dan fizikal mereka dihidupkan atau digerakkan tetapi tetap terhubung dengan Tuhan. Akal faham apa yang dibaca dan dilakukan ketika sembahyang. Fizikal bergerak menurut rukun dan syarat yang telah ditetapkan. Roh atau hati terpindah rasa-rasa terhadap Tuhan seperti terasa kebesaran Tuhan dan suburnya rasa kehambaan. 


Sembahyang adalah gelanggang mereka untuk melepaskan rindu kepada Allah SWT. Apa yang berlaku kepada sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Ali ketika kakinya terlekat panah musuh, lalu para sahabat yang lain biarkan dahulu sehingga saidina Ali mendirikan solat ketika itu barulah sahabat mencabutnya dan sedikit pun Saidina Ali tidak perasan dan tidak bergarit pun kakinya kerana sudah tenggelam zauk dengan Tuhan. Begitulah sejarah telah kongsikan dengan kita. Maha Hebatnya Tuhan sebagai Khaliq (Maha Pencipta) berhubung dengan hambanya (makhluk) iaitu ciptaannya melalui hati atau roh hambanya. 


Bila hati manusia sentiasa terhubung dengan Tuhannya maka fizikal manusia akan menerima kesannya. Bila hati sentiasa rasa takut maka samaada dikhalayak ramai atau bersendirian, di depan atau di belakang sama sahaja.Tapi bila hati atau roh terputus dengan Tuhannya apa yang akan berlaku di depan lain di belakang lain. Itulah hati yang dimiliki oleh ikhwan dan asoib. Iaitu memiliki hati yang ajaib.
Hati yang ajaib inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW dan di kongsikan dengan para sahabat. 


Para ikhwan dan asoib telah berjaya mendisiplinkan akal, hati dan fizikal mereka disatukan atau selaras satu sama lain. Mereka sangat usahakan supaya hati sentiasa hidup. Hati yang hidup dapat memancarkan cahaya rohaniahnya kepada akal dan kepada seluruh anggota. Sehingga hati yang hidup mampu untuk menyuluh tindak- tanduk lahir dan batin mereka. Kemudian setiap kerja, setiap amalan, setiap tindakan yang dibuat itu akan dihubungkan dengan Allah. Hati begini sentiasa ada contact dengan Allah dan tidak akan putus-putus lagi dengan Allah SWT.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N