Langkau ke kandungan utama

PENGHIBUR HARI INI HATINYA SENDIRI TIDAK TERHIBUR.




Hari ini penghibur sendiri tidak terhibur. Kerana roh yang diberikan makan dengan makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih tadi. Makanan roh yang tidak baik atau tidak bersih itu seperti berhibur dengan nyanyian yang melalaikan, muzik-muzik, menonton filem-filem lucah, suka melihat aurat perempuan, suka bergaul bebas dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhramnya, behibur dengan judi, tari menari, arak, zina, suka ke kelab mala, pub, disko, rumah sundal, dan sebagainya.


Semua makanan dan hiburan roh bentuk ini akan membina mazmumah serta menyuburkan dan membangkitkan nafsu. Membina dan membangunkan pejuang yang matang rohnya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Kita perlu guru murshid yang bertaqwa membantu kita. Ia satu usaha yang serius dan memerlukan satu komitmen yang tinggi.


Ia bukan setakat berkumpul dalam satu kem untuk beberapa hari. Membangunkan insan bukan boleh dibuat secara berkala. Ia sebahagian dari hidup. Solat atau sembahyang ialah perkara paling berkesan untuk membina insan. Lagi baik dan istiqamah solat maka ia akan semakin berkesan. Kalau solat tidak diutamakan dan tidak dibuat secara serius dan istikamah Janganlah harap insan akan terbina. 


Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghibur manusia. Di situlah indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar tentulah ALLAH Yang Maha Agung. Jika Tuhan dikenal, jika kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka Tuhan sangat menghibur. Tuhan adalah Penghibur Agung.


Kita ambil contoh yang terjadi sehari-hari, yang kita tak sedar, misalnya menghidu udara. Udara itu udara Tuhan. Kalau tak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Jika Tuhan ambil udara itu, kita menderita. Bumi yang kita pijak ini milik Tuhan. Langit yang biru adalah milik Tuhan. Melihat bumi yang terhampar ini, melihat langit yang biru, hati kita sungguh terhibur.


Bila kita bekerja atau berfikir, kita gunakan energi dalam tubuh. Pada ketika kita lelah Tuhan beri kita rasa mengantuk. Rasa mengantuk inilah yang membuat kita dapat tidur untuk mengembalikan kesegaran. Bayangkan jika tubuh letih tetapi tidak dapat tidur, tentu menderita kan?. Ini juga hiburan dari Tuhan.


Apabila kita akan membuat satu perkara yang baik, kita disuruh menyebut nama Tuhan. Dari 99 nama-Nya, Dia pilihkan untuk kita: Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tuhan kenalkan diri-Nya, Akulah Penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahi jabbarul qahhar ( Dengan nama ALLAH Yang Maha Gagah dan Maha Perkasa ). Ini sungguh menghibur, tapi kita tidak menyedarinya.


Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang itu hiburan dari Tuhan. Cuba bayangkan, bagaimana jika malam terus, tentu menyusahkan kita. Demikian juga sebaliknya. Malam untuk beristirahat dan siang untuk bekerja. Tak terhiburkah?


Tuhan Penghibur Agung. Tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu ALLAH datangkan syariat. Seolah-olah Tuhan berkata,”Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah Penghibur Agung kamu. Sebab itu aku buat syariat sebagai peraturan dan sistem hidup untuk menghibur kamu.” Jika kita mentaati dan memahami syariat Tuhan, maka hidup ini akan terasa sangat menghibur.


Syariat mengajarkan kita, jika orang bersalah kita maafkan. Ini tentu saja sangat menghibur bagi orang yang bersalah. Syariat memerintahkan kita memuliakan tetangga meskipun kafir. Harus diperlakukan macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila kita berkawan, Tuhan perintahkan agar setia. Ini sangat menghibur. Sakit bukan jika kita berkawan dengan seorang pengkhianat?


Coba kita lihat sejarah. Para Nabi dan Rasul adalah orang yang paling kuat memperjuangkan agama Tuhan. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, mereka tak pernah membunuh orang, kecuali Nabi Musa sebelum jadi nabi. Itupun tak sengaja.Rasulullah masuk medan perang 27 kali, tapi tak sekalipun membunuh orang, padahal peluang ada. Walaupun ada peluang, Rasulullah maafkan. Tak terhiburkah hati orang? 


Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghibur manusia. Dengan musuh, jika mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucu mereka masuk Islam. Tak terhiburkah? Jadi hari ini Tuhan minta kita untuk menghibur manusia dengan agama ALLAH, bukan menakut-nakutkan manusia. Semoga kita semua dapat menjadi penghibur-penghibur di jalan ALLAH.


Kalau kita serius untuk menjadi pejuang rohani, ertinya kita patut kenal hati manusia. Maka solat adalah gelanggangnya. Untuk mengundang bantuan Allah memerlukan kematangan rohani. Sehinggalah lahir pejuang yang benar-benar terbina insaniahnya atau rohaninya. Mereka yang matang rohnya layak mendapat bantuan Allah. Mengusahakan taqwa adalah usaha maknawi, ISO untuk layak mendapat bantuan Allah. 


Dunia memang boleh memberi kemudahan dan kesenangan hidup tetapi gagal memberi ketenangan dan kebahagian hidup. Justeru itu di mana negara-negara maju banyak penduduknya membunuh diri. (Madah Abuya Imam Ashaari At Tamimi.).


Sifat malas itu ialah nafsu. Malas salah satu sifat mazmumah. Kita kena bermujahadah untuk mengatasi sifat malas. Bila sifat malas terus di suburkan, syaitan dan nafsu terus meniti dan gunakannya. Beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia perlukan sifat rajin. Sebab itu orang mukmin disebut, "menjadi Rahib dimalam hari dan menjadi pejuang disiang hari". "Pendidikan rapat dengan rohaniah manusia". Untuk menghiburkan diri kita dan orang lain, mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati. Sesungguhnya pendidikan itu rapat dengan rohaniah manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N