Langkau ke kandungan utama

SAHABAT YANG BAIK MEMBAWA HATI DEKAT KEPADA ALLAH.



Dalam memperjuangkan Islam, bukan sekadar persaudaraan tahap biasa dituntut, malah perlu erat dan akrab daripada itu.
Yang amat perlu ialah persaudaraan bertaraf persahabatan. Sahabat adalah orang yang paling akrab, rapat, dan memahami sahabatnya yang lain. Ikatan ini membantu manusia mencapai cita-citanya. Ikatan itu berlaku melalui ikatan hati atau kerana Allah SWT semata-mata. Ikatan itu sudah tentulah ikatan keimanan yang menjurus kepada cita-cita yang satu. Tidak ada satu cita-citapun yang boleh dicapai bersendirian. Hidup kita saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu Islam mengatur fitrah semulajadi manusia yang inginkan sahabat dengan satu adab yang tepat dan indah.


Di antara adab-adab atau sifat-sifat yang perlu ada didalam satu persahabatan ialah: 

1. Jika mereka perlukan bantuan, kenalah bantu mengikut apa bentuk yang diperlukan. Usaha untuk membantu itu perlulah ada. Jika tidak mampu menolong walaupun telah diusahakan, kenalah meminta maaf.
2. Saling ziarah menziarahi selalu. Ada sahabat yang tidak menceritakan masalahnya, oleh kenalahlihat apa-apa yang diperlukan oleh sahabat. Memberi pertolongan tanpa diminta itulah yang lebih utama.
3. Saling memberi hadiah di waktu-waktu yang diraikan, umpamanya sewaktu hari perkahwinan, hari ulang tahun kelahiran atau kelahiran anak. Paling tidak bawalah buah tangan ketika berziarah.
4. Ziarah yang lebih digalakkan ialah ketika sahabat sakit atau ditimpa musibah. Sentiasalah mendoakan sahabat diwaktu-waktu begini. Lahirkan kesedihan serta ucapkanlah takziah. Doakan sahabat agar dapat bersabar dan redha dengan ujian.
5. Sewaktu sahabat mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah tunjukkan kegembiraan. Ucapkan tahniah dan bersyukurlh kepada Allah.
6. Kebaikkan sahabat hendaklah dipuji (dibelakangnya). Elakkan memuji di hadapannya kerana boleh mencacatkan hati. Segala aibnya hendaklah ditutup termasuk aib keluarganya. Malahan jika ada orang mengumpat peribadi atau perilaku sahabat itu, hendaklah menghalangnya dengan cara menasihati, dan jika tidak mampu hendaklah meninggalkan majlis atau tempat tersebut.
7. Hendaklah saling percaya mempercayai. Jika sahabat mengajak ke mana-mana eloklah ikut walaupun  tidak diketahui tujuannya. Bersangka baiklah kepada sahabat kerana sahabat yang baik tidak akan membawa sahabatnya kepada kemudaratan. Jika diundang oleh sahabat kemajlisnya hendaklah diterima undangan itu sungguh-sungguh.
8. Jika sahabat telah meniggal dunia, hubungkan silaturahim dengan keluarganya serta sahabat-sahabat baiknya yang lain. Ini akan memperluaskan lagi persahabatan.
9. Berilah kemaafan apabila sahabat meminta maaf. Mintalah maaf jika kita tersalah atau tersilap. Doakanlah sahabat selalu tanpa diketahuinya. Di kalangan Tabiin, ada yang mendoakan sahabatnya yang agak cuai dengan Allah selama 40 hari sebelum menegur kesalahannya. Menyedari dan insaf atas kesilapan sendiri lebih baik daripada disedarkan atau diinsafkan oleh orang lain.


Kemenangan dan kegemilangan Islam di zaman Rasullulah SAW dicapai dengan adanya ikatan persahabatan yang erat antara Rasulullah SAW dan pengikut baginda. Sahabat-sahabat Nabi yang seiya sekata dan sanggup berkorban apa saja demi memperjuangkan Islam yang tercinta, telah dapat mengatasi apa jua halangan yang datang. Ikatan persahabatan yang memberi kekuatan kepada mereka ketika diseksa di Makkah, ketika berhijrah ke Habsyah dan Madinah, ketika berperang di Medan Badar, Uhud dan Khandak.


Oleh itu Islam telah menggariskan cara yang tepat untuk mengikat tali persahabatan yang sebenar melalui firman Allah SWT:
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ  
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai". (Ali Imraan 3:103).

Persahabatan dibuat atas dasar mendaulatkan hukum Allah dan bergotong royong  atas dasar taqwa. Sahabat lebih bernilai daripada harta. Tanpa sahabat hidup akan sunyi dan malap. Sahabat itu perlu terutama dalam saat-saat genting. Sedangkan Rasulullah SAW di Gua Tsur masih ditemani oleh Abu Bakar, apakah kita merasa begitu hebat hingga menafikan pertolongan sahabat di kala susah?





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N