Langkau ke kandungan utama

KEKUATAN DALAMAN 90 PERATUS LUARAN 10 PERATUS.


(Said Nursi, pejuang. Omar Mukhtar: Singa padang pasir, Sy. Taha Suhaimi cucu Sy. Suhaimi dan Abuya Imam Ashaari At Tamimi pencerus kebangkitan dakwah di Timur).

Kita difahamkan oleh murshid Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi taqwa itu 90 peratus dan 10 peratus faktor luaran. Ertinya Tuhan mesti dihayati. Dan ibadah mesti dihayati. Tidak cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah, dan batal sahaja. Tidak ada makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati supaya lahir kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan mendapat taqwa. 


Oleh itu hendak menjadi orang bertaqwa, faktor dalaman inilah yang paling penting sebab ia merangkumi 90 peratus dari taqwa. Kalau setakat buat yang lahir sahaja walau sebanyak mana sekalipun, ia baru 10 peratus dari taqwa. Contohnya, katalah seorang ahli ibadah yang ibadahnya cukup banyak, segala sembahyang fardhu dan sunat dia buat. Sembahyang sunat sahaja ada sunat israk, dhuha, sunat wudhuk,sunat mutlak, sunat tahiyatul masjid, dan bermacam-macam lagi sembahyang sunat yang ada tiga puluh tiga jenis kesemuanya. 


Begitu juga dari segi puasa. Puasa Ramadhan dan segala macam puasa sunat dia buat. Begitu juga haji. Segala macam jenis haji dia buat termasuk umrahnya sekali. Ditambah pula dengan membaca Al Quran, wirid, dan zikir. Ini semua bukan mudah untuk dibuat. Letih dan telah dibuatnya. Tidak ramai mampu buat.


Namun kalau ada pun orang yang buat semua itu, ianya baru 10 peratus dari taqwa. Walaupun ditambah dengan berjuang dan berdakwah, tetap ianya 10 peratus juga. Dengan segala amal, usaha dan ibadah lahiriah itu, seseorang itu tidak akan jadi orang yang bertaqwa. Peluang untuk mendapat taqwa hanya 10 peratus. Begitulah orang abid atau ahli ibadah. Walaupun ibadah lahiriahnya banyak dan hebat, rukun dalamannya macam mana? Rukun dalaman mencakupi 90 peratus dari taqwa itu bagaimana? Buat yang sepuluh peratus, tinggal yang 90 peratus, masakan boleh berjaya.


Rasulullah SAW pernah berceritatentang saidina na Abu Bakar yang tinggi darjatnya di sisi Allah lebih kurang begini: Apa yang hebat pada Abu Bakar di sisi Allah itu bukan sembahyang, bukan puasanya, bukan sedekahnya, bukan jihadnya, (pada hal semua itu hebat belaka). Tetapi yang hebat di sisi Tuhan itu ialah apa yang ada di dalam hatinya.


Walaupun faktor lahir Saidina Abu Bakar itu hebat sekali tetapi Tuhan tidak pandang semua itu. Tuhan nilai faktor dalamannya. Diceritakan lagi bahawa dalam satu majlis, Rasulullah SAW sedang bercakap kepada para sahabat, "Tidak lama lagi akan datang ke majlis kita ini seorang ahli syurga." Tidak lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah pun berkata, "Silakan".


Itulah orangnya yang Rasulullah sebut bahawa dia ahli Syurga. Rupanya, ada sahabat yang ambil perhatian. Apakah kelebihan orang ini? Selepas majlis selesai, Sahabat tersebut mengikuri orang tadi balik ke rumah tanpa di sedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, "Bolehkah saya menumpang bermalam di rumah saudara?".


Tujuan Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat apa kelebihan orang itu kerana dalam ramai-ramai Sahabat, yang ini disebut khusus oleh Rasulullah sebagai ahli Syurga. Sahabat yang menumpang bermalam itu tidak tidur tetapi memerhati sahaja sampai ke subuh. Dilihatnya tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Orang itu sembahyang yang fardhu sahaja. Sunat rawatib pun tidak dibuat. Malam pun dia tidak bangun untuk tahajjud. Padahal Sahabat itu sendiri tahajjud malam, sembahyang sunat, berwirid, zikir dan membaca Al Quran. Pening dia memikirkan. Beginikah ibadah ahli Syurga?


Selepas sembahyang subuh, mereka berbual. Sahabat itu berkata, "Semalam, sebelum saudara datang ke majlis, Rasulullah ada menyebut, "Sekejap lagi akan datang ke majlis ini seorang ahli Syurga". Tiba-tiba saudara datang. Jadi, saudaralah orangnya. Tujuan saya me nta bermalam di rumah saudara adalah untuk melihat amal ibadah saudara untuk saya tiru. Tetapi saya tengok, semalam tidak ada apa-apa pun. Saudara sembahyang yang fardhu sahaja. Apakah rahsia sebenar saudara boleh menjadi ahli Syurga?"


Orang itu menjawab, "Wahai saudara, dalam hidup ini, saya bukan sahaja tidak ada hasad dengki, fikir untuk berhasad dengki pun tidak ada.

Rupanya, faktor dalaman iaitu kebersihan hati yang besar. Orang itu bukan setakat tidak berhasad dengki, niat atau teringat hendak hasad dengki pun tidak ada.

Ada satu lagi contoh lain yang berlaku di zaman Rasulullah. Pada suatu masa, ada seorang Sahabat menceritakan kepada Rasulullah, "Saya ada seorang jiran yang kuat beribadahnya. Malam bertahajjud, siang dia berpuasa sunat. Tetapi perempuan itu ada sedikit cacatnya. Dia sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati jirannya."

Rasulullah berkata, "Dia adalah ahli Neraka."

Disini jelas dan terbukti bahawa taqwa itu dit tentukan oleh faktor dalaman sekadar 90 peratus. Faktor luaran hanya 10 peratus. Kalau orang boleh memperhebatkan dalamannya dan yang luar buat hanya yang wajib sahaja pun sudah cukup. Dengan itu, peluang mendapat taqwa lebih banyak. Tetapi kalau faktor luar hebat, dalaman sedikit sangat, dia tetap dianggap zalim atau fasik. Nerakalah tempatnya. Jangan kita tertipu dengan luaran sahaja. Jangan tertipu dengan banyak sembahyang, banyak puasa, banyak wirid, banyak baca Quran, banyak berdakwah, kerana itu luaran sahaja. Taqwa itu 90 peratus faktor dalaman.


Di sini umat Islam tertipu bila bangga dengan sembahyang, bangga dengan haji, bangga dengan umrah, bangga d ngan sedekah, bangga dengan berjuang, bangga dengan berdakwah. Tetapi faktor dalaman tidak pernah dijaga. Mazmumah bersarang di hati. Rasa bertuhan tidak ada, rasa hamba tidak ada, rasa cinta Tuhan tidak ada, rasa Tuhan hebat tidak ada, gerun dengan Tuhan tidak ada. Maka yang luar tidak ada nilai apa-apa. Itu pun kalau yang luar dapat dibuat semuanya. Kalau buat sedikit-sedikit dapatlah beberapa peratus. Selalunya kalau faktor luar bukannya dapat 10 peratus hanya 3 peratus. Bukannya larat hendak buat 33 jenis sembahyang sunat dan ibadah-ibadah sunat yang lain.


Jadi umat Islam hari ini hancur, pecah belah, haru-biru adalah kerana faktor dalaman yang tidak selesai. Akhirnya rukun Iman, rukun Islam, dan Ihsan tidak ada erti apa-apa lagi. Sembahyang banyak manapun tidak ada apa-apa makna. Hafal rukun rukun Iman pun tidak ada peranan apa-apa. Maka tidak pelik kalau perangai tidak berubah. Masih lagi mengata orang, menghina orang, marah orang. Sebab memang tidak pernah diajar faktor dalaman itu penting. Yang dianggap penting selama ini ialah faktor luaran. Dalam Islam, faktor dalaman penting. Tetapi tidak pernah diajar. Taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman 90 peratus dan faktor luaran hanya 10 peratus.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N