Langkau ke kandungan utama

APAKAH MAKSUD HATI YANG MAKMUR ITU?.





Iaitu apabila hati tenang, terutama tenang dengan dunia, walaupun hati bergelora dengan Tuhan. Hati yang lapang, indah dan tidak takut pada dunia dan hal-hal kedunian. Hati yang cinta dan takut Tuhan hinggakan hal dunia tidak menggugat perasaan. Lapang dada dengan kesusahan dunia tetapi bimbang dengan kesusahan Akhirat. Sibuk dengan rasa bertuhan. Rasa berdosa dan takut dengan dosa. Hati beginilah hasil berzikrullah.

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ  ﴿٨﴾

"Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Memiliki hati yang aman dan makmur. Hati yang aman ada hasilnya pada seseorang itu. Hasil dari memiliki hati yang aman itu adanya ukhuwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bersatu padu, rasa bersama, berkerjasama, (Ali Imran 3:8).

Maksud Firman Allah SWT:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (Al-An'aam 6:125).


Allah ketuk pintu hati.
Ini sebagai ketukan pintu dari Allah SWT iaitu dia merasa seronok, minat, sayang, suka dan terhibur dengan Islam. Kalau awal-awal lagi sudah merasakan berat hati untuk menerima Islam, itu tandanya jauh dari petunjuk Allah SWT. Terbuka hati dan merasa suka dengan ajaran Islam itu menjadi pendorong awal untuk memahami ajaran Islam.


Mata rohaniah atau mata batin, ia bersifat maknawiah atau abstrak. Fungsinya sangat berbeza dengan mata lahir yang hanya mampu melihat objek-objek lahir saja. Hati atau mata batin mampu melihat benda-benda yang batin atau benda-benda yang ghaib seperti alam roh, alam malakut, alam jin, alam Barzakh, Loh Mahmuz, mampu menampung ilmu laduni atau ilham.


Apabila hati itu bersih, ia macam cermin yang bersih. Ia dapat menangkap apa saja objek yang ada dihadapannya.dengan baik dan jelas. Kalau cermin itu makin bersih kerana rajin menggilapnya maka bertambah jelaslah gambar-gambar yang ada dihadapannya. Bagi hati yang terlalu bersih seperti hati para rasul dan nabi-nabi itu, kekuatan hati mereka itu mampu melihat dan menangkap gambaran (objek maknawiah atau rohaniah) yang ada di Loh Mahfuz dengan izin Allah SWT.


Taraf hati bawah pada hati para rasul dan nabi-nabi ialah hati para wali, iaitu mempunyai kekuatan mata hati yang tembus dapat melihat alam ghaib. Mungkin dapat melihat alam roh dan jin atau alam malaikat, alam Barzakh, atau dapat membaca hati manusia. Itulah yang dikatakan kasyaf. Jika berlaku kepada rasul dan nabi, ia dikatakan mukjizat maknawiah.


Hati atau roh umpama burung, roh terkurung dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa terkurung di dalam sangkar yang sempit dan menyiksa. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan dapat memecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam. Demikianlah kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan, roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan. Saat itu bukan jasad lagi yang menguasai roh tetapi roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara-perkara gaib.


أَفَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَٰرُ وَلَٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ  ﴿٤٦﴾

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada."(Al Hajj 22:46).


Kita juga telah kenali hati dan mata hati serta peranannya. Ditegaskan sekali lagi, kalau hati itu bersih, ia akan menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah SWT. Hati itu ibarat wadah. Macamlah kita ada wadah atau bekas. Wadah yang kotor macam pinggan kotor. Mana mungkin kita isi makanan yang sedap didalamnya? Kita tidak akan tergamak untuk letakkan barang yang sedap atau benda-benda yang bersih dan berharga itu ke dalam wadah atau bekas yang kotor.


Hati sebagai wadah tempat jatuhnya pandang Allah, tidak mungkin Allah hendak kurniakan barang berharga dan bernilai ke dalamnya jika ada kekotoran hati? Tentulah tidak. Kecuali sesudah dibersihkan dan betul-betul bersih, barulah Allah curahkan ke dalamnya barang yang terlalu bernilai itu yang berapa keyakinan, keimanan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, ilham, firasat dan lain-lain lagi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N