Langkau ke kandungan utama

CARA HIDUP YANG SELAMAT DAN MENYELAMATKAN.




Firman Allah SWT:
                                     إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ ۗ 
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam."(Ali Imran 3:19).

Mengikut pada maksud lahir, ayat ini bermakna agama yang Tuhan terima atau redha itu adalah agama Islam. Justeru itu orang yang berfahaman sedemikian merasa cukup dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang Islam dan membuat dan melaksanakan rukun Islam yang lima. 


Di sini kita tidak boleh silap faham. Agama dalam ayat ini bukan setakat pegangan dan kepercayaan. Agama dalam ayat ini ialah cara hidup (way of live). Sama ada cara hidup itu di peringkat individu atau pun di peringkat masyarakat. 


Cara hidup di peringkat individu ialah ain dan di peringkat masyarakat ialah yang kifayah. Cara hidup di peringkat individu ialah yang bersangkut paut dengan iman, ketaqwaan, ketuhanan, dan ibadah khususiah yang bertujuan untuk membina iman, jiwa dan akhlak. Cara hidup di peringkat masyarakat pula ialah yang bersangkut paut dengan ibadah umumiah atau pembentukan sistem hidup seperti sistem ekonomi, pendidikan, masyarakat, kebudayaan, kesihatan, kemajuan, pembangunan dan sebagainya.


Cara hidup di peringkat individu adalah peranan manusia sebagai hamba bersabit hubungannya dengan Tuhan (hablumminallah:حبل من الله). Di peringkat masyarakat adalah peranan manusia sebagai khalifah yang bersabit hubungannya sesama manusia (hablumminannas:حبل من الناس). Kedua-dua hubungan ini dalam rangka membina tamadun. Diperingkat individu untuk membina tamadun rohaniah dan diperingkat masyarakat untuk membina tamadun lahiriah.


Islam didalam ayat ini bukan setakat agama Islam itu sendiri. Bukan juga setakat penyembahan, rukun atau hukum hakam. Islam disini bermaksud selamat dan menyelamatkan. Bukan setakat selamat. Kalau selamat tentu Tuhan akan sebut Salmun. Islam bermaksud kita selamat dan orang lain selamat. Jadi kalau dikupas secara terperinci, ayat ini membawa maksud yang tersirat seperti berikut:

▪️Addeen ( الدين )cara hidup disisi Allah itu adalah selamat dan menyelamatkan.

Ini bermakna kalau cara hidup atau tamadun yang kita tegakkan adalah kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu, maka ia akan selamat dan menyelamatkan. Tamadun Islam itu (rohaniah dan lahiriah) selamat bagi orang Islam dan menyelamatkan bagi orang lain. Tamadun Islam itu tidak menindas, tidak menekan, adil dan tidak militan. Inilah yang dimaksudkan tamadun Islam.


▪️Jangan ambil selain Islam sebagai cara hidup 

Firman Allah SWT:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ  ﴿٨٥﴾

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali Imran 3:85).

Manusia itu bermula dari diri dalamnya. Apa yang dilahirkan itu adalah buah. Sebelum boleh mengislamkan lahirnya, manusia mestilah terlebih dahulu mengislamkan diri dalamnya, iaitu bermula dari akalnya, kemudian nafsunya dan hatinya. Setelah akalnya, nafsunya dan hatinya terdidik bertunjangkan iman, taqwa dan rasa bertuhan, barulah akan lahir buanya iaitu "deenul hayah" atau cara hidup Islam. Selain "deenul hayah" atau cara hidup Islam, Tuhan tidak terima. Akibatnya manusia akan rugi. Rugi itu maksudnya akan dilempar ke dalam Neraka.


Dalam hendak membina tamadun dan cara hidup, umat Islam tidak ada pilihan. Kalau tidak, cara hidup atau tamadun itu tidak akan diterima Tuhan. Tambahan lagi, kalau mengikut cara hidup atau tamadun yang dicipta akal manusia, ia akan merosakkan kehidupan manusia itu sendiri dan manusia akan hidup dalam kehinaaan dan penderitaan.


Apa pun, tamadun itu mesti bermula dari pembinaan insan atau pembinaan diri dalam manusia yang merangkumi akal, nafsu dan hati. 

▪️Amalan Islam mesti syumul.

Firman Allah SWT:

 ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ  ﴿٢٠٨﴾

Maksudnya: "Hendaklah kamu masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya." (Al Baqarah 2:208).


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ ٱلْكِتَٰبِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْىٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلْعَذَابِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ  ﴿٨٥﴾

"Apakah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:85).


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَٰلًا مُّبِينًا  ﴿٣٦﴾

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al Ahzab 33:36).


Islam itu satu sistem keselamatan. Kalau Islam itu tidak diambil atau diamalkan keseluruhannya, akan ternafilah keselamatan yang dijanjikan oleh Islam. Kita tidak boleh beriman dengan sesetengah ayat Quran dan kufur dengan sesetengahnya. Kita tidak boleh amalkan sesetengah ayat Quran dan meninggalkan sesetengahnya. Kita tidak boleh campur adukkan sistem-sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Tuhan.


Sistem Islam itu adalah penawar. Sistem-sistem yang lain adalah racun. Kita tidak boleh campurkan racun dengan penawar dan kemudian menganggapnya sebagai ubat. Kalau tidak berbuat begitu, bukan sahaja penyakit yang ada tidak akan sembuh, bahkan akan timbul pula berbagai-bagai penyakit yang lain.


Kalau kita berjaya mengamalkan Islam keseluruhannya iaitu berjaya menegakkan cara hidup dan tamadun Islam, baik yang lahir mahupun yang batin, maka Tuhan janjikan apa yang difirmankan Allah SWT dalam Quran:

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ  ﴿١٥﴾.                

Maksudnya: "Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan." (Saba' 34:15).

Aman negara itulah kerana ada ukhwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bersatu padu, rasa bersama, bekerjasama, bertolak ansur, maaf bermaafan, doa mendoakan, bertolong-bantu,bela membela, pemurah dan berdisiplin hasil dari terbinanya rohani dan insan rakyat. Negara damai, tenang dan sejahtera. Tidak ada krisis, pergaduhan, perbalahan dan jenayah. Makmur negara itu bila ada pembangunan, ada jalan raya, ada kemudahan, mewah makan minum, berpakaian, cukup tempat tinggal, mudah perhubungan, mudah mengurus keperluan dan sebagainya. Makmurnya negara itu adalah alamat atau isyarat kasih sayang Tuhan terhadap negara dan rakyatnya yang telah berjaya mendirikan Islam dalam diri dan negara mereka.


Keampunan Tuhan bukanlah kerana negara makmur. Tidak ada kaitan negara makmur dengan keampunan Tuhan. Tuhan tidak memberi keampunan kepada sesebuah negara hanya kerana negara itu makmur. Kalau begitulah maka Amerika dan Eropah lebih layak mendatangkan keampunan Tuhan kerana mereka makmur.


Keampunan Tuhan itu adalah kerana makmurnya hati rakyat sesebuah negara. Apakah hati yang makmur itu?. Iaitu apabila hati tenang, terutama tenang dengan dunia, walaupun hati bergelora dengan Tuhan. Hati yang lapang, indah dan tidak takut pada dunia dan hal-hal kedunian. Hati yang cinta dan takut Tuhan hinggakan hal dunia tidak menggugat perasaan. Lapang dada dengan kesusahan dunia tetapi bimbang dengan kesusahan Akhirat. Sibuk dengan rasa bertuhan. Rasa berdosa dan takut dengan dosa. Hati beginilah hasil berzikrullah.

Firman Allah:

                  أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ  ﴿٢٨﴾
Maksudnya: "Ketahuilah bahawa dengan mengingati (zikir) kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang (tentang hal-hal dunia.
 (Ar Raad 13 :28).

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ  ﴿٢﴾

Maksudnya:"Sesungguhnya orang mukmin itu apabila disebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka." (Al Anfal 8:2).

Makmur hati inilah membawa keampunan Allah, bukan makmur negara. Makmur negara itu hanya nikmat yang Tuhan segerakan kerana redha-Nya. Ia berbentuk rahmat dari Tuhan kerana kasih sayan-Nya. Itupun kalau kemakmuran itu adalah hasil usaha yang bertepatan dengan syariat dan cara yang Tuhan mahu. Bukan kemakmuran mengikut konsep ciptaan manusia. Seperti kapitalis, sosialis dan komunis.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N