Langkau ke kandungan utama

KETAHANAN LAHIR BERPUNCA DARI KETAHANAN ROHANI.




Setiap orang bertanggungjawab untuk kebangkitan Islam kali kedua.
Kita mesti kena faham segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan masalah lahir dan batin. Ini termasuklah tentang keadaan dan permasaalahan masyarakat. Tentang persoalan jati diri, penyakit jiwa dan tentang gejala, asas-asas dan puncanya. Juga tentang perkara hati, jiwa dan roh dan kaedah untuk membina semula kekuatan jiwa dan menyembuhkan, maka penyakit masyarakat mudah diselesaikan.


Kita mesti cari jalan bagaimanakah melahirkan masyarakat yang jiwanya tidak kosong, tidak gelisah, tidak dilanda risau dan runsing dan mempunyai fikiran yang stabil. Apabila jati diri dapat dibina dan penyakit jiwa dapat disembuhkan maka masalah lain mudah diselesaikan. Masalah gejala sosial yang tidak sihat bukan berpunca dari masalah lahir. Masalah masyarakat ia berpunca dari masalah batin.


Iman dan ilmu mesti ditanam dihati masyarakat melalui tarbiah dan pendidikan. Hanya melalui pendidikan sahaja baru datang penghayatan dan penjiwaan. Kalau iman dan ilmu disampaikan hanya melalui taalim atau pengajian sahaja, iaitu belajar, masuk periksa, lulus dan dapat sijil, ia akan hanya menjadi satu kemegahan dan kebanggaan. Ia tidak menjadi satu amalan, jauh sekali satu penghayatan atau penjiwaan.


Dari penghayatan dan penjiwaan iman dan ilmu, baru akan timbul rasa cinta dan takut kepada Tuhan. Dari rasa takut kepada Tuhan, maka akan wujud ketaatan. Hukum hakam dan syariat Tuhan akan dilaksanakan. Perintah suruh akan dibuat. Perintah larangan akan ditinggalkan. Bila syariat Islam dipatuhi dan syariat Islam itu menjadi sistem dan cara hidup, maka akan lahirlah taqwa. Taqwa itu membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.


Apabila sesuatu kelompok itu sudah sampai ke tahap taqwa, maka akan datang bantuan dan pembelaan dari Tuhan. Tuhan itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa. Persiapan yang paling penting bagi pihak yang terlibat menyelesaikan masalah masyarakat ialah ilmu tentang roh, hati dan jiwa. Iman dan ilmu mesti ditanam dihati masyarakat melalui tarbiah dan pendidikan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...