Langkau ke kandungan utama

BAITUL MAQDIS MENJADI REBUTAN TIGA AGAMA.





Banyak perkara yang kita perlukan dalam hidup ini, dari perkara yang kecil-kecil hingga yang besar-besar.  Kita perlukan oksigen untuk bernafas,  air, makanan, rumah, kereta dan lain-lain.  Kita juga perlukan perkara yang bersifat individu, keluarga, masyarakat,  negara dan antarabangsa. Kita perlukan isteri atau suami, perlukan anak, perlukan kawan, pekerja, guru,  pemimpin dan lain-lain.  Kita perlukan duit,  harta, hiburan, kuasa, kemerdekaan, kebebasan beragama dan lain-lain.  


Ada juga perkara-perkara yang nampak seperti tidak ada kena mengena dengan keperluan individu atau keluarga kita  tapi sebenarnya secara tak langsung sangat kita perlukan, diantaranya ialah kuasa negara dan kuasa dunia.  Tak ada maknanya harta yang kita ada kalau kita hidup dalam negara yang sedang dijajah.   Lihatlah penderitaan bangsa Palestin yang menjadi pelarian di negara sendiri kerana negara Palestin sedang dijajah oleh Israel.  Apalah maknanya kesihatan dan duit yang banyak kalau kita berada dalam dunia yang sedang dicatur oleh kuasa dunia yang tak sehaluan dengan agama dan prinsip hidup kita.  


Lihatlah penderitaan umat Islam Rohingya yang terpaksa menghadapi tekanan kuasa bukan Islam. Oleh itu kita sebagai penghuni dunia, lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam mana boleh tak ambil peduli perihal kuasa negara dan kuasa dunia ini.  Kita tak boleh sekadar tahu dan take for granted (ambil mudah) sahaja pada urusan ini.  Walaupun nampak tak direct, namun sebenarnya hal ehwal kuasa dunia ini sangat penting dalam perjalanan hidup kita kalau kita nak selamat di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.   Kalau kita mengambil tahu, sekurang-kurangnya kita yang hidup di negara yang aman, makmur dan bebas beragama ini akan merasa bersyukur dengan nikmat keselamatan, kemakmuran dan kedamaian yang sedang kita kecapi ini. Dan kita juga akan merasa simpati dan mudah menghulur bantuan kepada saudara-saudara kita yang sedang menderita samada di negara kita atau di belahan bumi yang lain.    


Dan sekiranya dalam suasana yang aman damai ini kita tidak mahu atau tidak bermujahadah (berusaha sungguh-sungguh) untuk menjalani kehidupan yang baik di jalan yang diredhai Allah, maka sepatutnya kita bermuhasabah diri, segera insaf dan sedar betapa kemurkaan Allah amat besar.  Allah akan azab  jika kita tidak bersyukur dengan nikmat dan karunia-Nya ini.  Janganlah bila kita dah terjajah macam Palestin atau terzalim macam Rohingya, baru kita rasa berharganya iman, baru nak cari jalan kembali kepada Allah.  


Sepatutnya dalam suasana aman damai, dalam keadaan kebebasan beragama dan kuasa untuk beribadah itu Allah berikan kepada kita maka bersungguh-sungguhlah kita membesarkan Allah, membela dan memakmurkan agama-Nya.  Jika segala kemudahan hidup dan kebebasan beragama yang Allah sediakan ini kita sia-siakan, maka tunggulah azab yang akan Allah timpakan.  Cukuplah penderitaan saudara-saudara  kita di Palestin, Rohingya, Syria, Iraq dan lain-lain itu menjadi pengajaran bagi kita. 
Ingatlah amaran Allah:
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7)


Nikmat dan azab, berkuasa dan dikuasai adalah satu sunnatullah.  Allah tidak akan biarkan musim panas berpanjangan, ada masanya pula musim menjadi sejuk.  Tidak selamanya musim kemarau, ada masanya pula musim hujan.  Begitulah juga kuasa yang memerintah dunia ini Allah pergilirkan. Ia adalah sunnatullah yang tidak boleh diubah.  Ada masanya kebatilan menang, ada masanya pula kebenaran berkuasa.  Ada kalanya kekafiran mencengkam dan menzalim, ada gilirannya Islam pula bangkit berkembang membawa keamanan, kemakmuran dan keadilan.  


Kita kena ambil tahu, berfikir, menghayati, bersikap dan bertindak dengan tepat terhadap sunnatullah ini sesuai dengan kehendak-Nya.  Kalau kita tidak mahu peduli atau tak nak ‘ambil port’ terhadap perkara ini mungkin kita rasa tak ada masalah, rasa selamat di dunia, tapi jangan tak tahu bahawa ada mahkamah yang dahsyat di Akhirat nanti.  Dan jangan tak tahu pula bahawa mungkin kita selamat di waktu ini, tapi di masa depan anak cucu kita yang akan menempah derita.Sebab itulah, ketika suasana Islam meriah mengajak kita untuk mendaulatkan Islam di bumi ini, jangan kita buat-buat tak tahu dan terus sahaja sibuk dengan urusan cinta dunia kita.  


Ketika Allah memanggil melalui masjid-masjid yang riuh rendah melaungkan azan di keliling kita jangan kita buat pekak. Janganlah bila masjid-masjid itu telah dilanyak oleh kaum kafir dan harta benda kita pula sudah diratah musuh, nyawa kita pun sudah diujung tanduk, barulah kita terpekik terlolong meminta bantuan Allah.  Ambillah pengajaran dari apa yang berlaku pada bangsa Palestin.  Sebenarnya Rasulullah SAW telah  mengingatkan sejak 1500 tahun dahulu bahawa kuasa yang memerintah Baitul Maqdis itu Allah pergilirkan.  Perkhabaran tentang pergiliran kuasa di Baitul Maqdis itu telah disampaikan dengan jelas dalam Al-Quran. Kisah Nabi Musa, kisah Tholut, kisah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan lain-lain yang kawasan mereka adalah di sekitar Palestin.  


Sementelahan itu pula Baitul Maqdis memang menjadi rebutan antara tiga agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam kerana Baitul Maqdis adalah kota suci kepada ketiga-tiga agama ini.  Sejak zaman Rasulullah SAW Baitul Maqdis telah bertukar tangan beberapa kali.  Di zaman Rasulullah SAW, Baitul Maqdis dikuasai oleh Empayar Kristian Byzantine yang berpusat di Jerash (Jordan).  Kemudian pada zaman pemerintahan Sayidina Umar, Baitul Maqdis jatuh ke tangan Islam setelah pusat pemerintahan   empayar kristian itu juga jatuh ke tangan Islam. Selepas itu Baitul Maqdis dikuasai semula oleh Empayar Kristian yang berpusat di Aleppo (Syria).  


Pada abad keduabelas Aleppo jatuh ke tangan Islam dan Baitul Maqdis dapat diselamatkan semula oleh Empayar Islam dibawah pimpinan Sultan Salahuddin Al-Ayubi.  Dan pada 14 Mei 1948 terbentuklah  negara Israel yang merampas negara Palestin dan  Baitul Maqdis jatuh ke tangan Yahudi. Kalaulah bangsa Palestin mengambil berat tetang amaran Allah bahawa kuasa dunia ini dipergilirkan.  Kalaulah bangsa Palestin prihatin dengan fakta sejarah bahawa Allah pergilirkan kuasa yang memerintah Baitul Maqdis, sepatutnya mereka bersedia dengan segala kemungkinan, supaya tidak menderita bila peristiwa itu berlaku.  


Ketika Allah beri kelapangan dan kekuasaan suatu ketika dahulu, buatlah persiapan rohaniah dan lahiriah yang memadai untuk generasi mereka dan generasi yang kemudian agar iman dan Islam tetap hidup subur walau dimana mereka berada.  Kalau perlu berhijrah sebelum dijajah supaya iman dan Islam dapat dipertahankan. Bukankah bumi Allah ini luas terbentang? Contohilah Rasulullah SAW dan para Sahabat yang sanggup bersusah payah berhijrah keluar dari Mekah untuk membina kekuatan lahir dan batin di Madinah dan kemudian menguasai semula Mekah sebagai pejuang Islam yang berwibawa.  Hijrah adalah pengorbanan kerana harus berpisah dengan tanah tumpah darah, harta benda dan lain-lain kecintaan di negara sendiri.  Namun demi iman dan Islam hal itu perlu dilakukan.    Dan kita umat Islam yang belum diuji seperti saudara-saudara kita di Palestin, marilah berganding bahu membantu mereka dengan berbagai usaha dan cara.  Lebih-lebih lagi bangsa Palestin yang mungkin sudah selamat di penghijrahan, jangan pula cuai dan lalai dengan Allah serta tanggungjawab menyelamatkan orang lain.


Di atas pengajaran tersebut, marilah kita ambil perhatian bahawa pergiliran kuasa dunia itu adalah sunnatullah yang tidak boleh dinafikan atau ditolak.  Ia adalah ketetapan Allah yang sangat penting dalam kehidupan kita.  Walaupun ia seperti tidak ada kaitan langsung dengan individu kita dalam jangka pendek, namun jangka panjang sangat menentukan nasib iman dan Islam kita.  Fikirkanlah nasib diri dan anak cucu kita, kerana semua itu akan ditanya oleh Allah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N