Langkau ke kandungan utama

ORANG MUKMIN TERHIBUR MELIHAT KEBESARAN TUHAN.




Firman Allah:

وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ  ﴿١١٥﴾

"Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui."
(Al Baqarah 2:115).

Ini membawa maksud ke mana sahaja kita pergi di mana sahaja kita berada dan pada setiap masa dan ketika, kita perlu rasa bertuhan. Kita mengajak kawan berjalan sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan sesuatu yang menggembirakan. Kita terhibur dan orang yang kita bawa juga terhibur kerana dapat melihat-lihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Surat Al Mulk menunjukkan bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang terdapat di alam semesta dan menganjurkannya agar manusia memperhatikannya dengan seksama sehingga mereka beriman kepada-Nya. Bilamana manusia itu tetap mengingkari, Allah akan menjatuhkan azab kepada mereka. Inilah beberapa peristiwa yang sebagai bukti azab Allah itu benar-benar ada.

" Allah SWT di dalam al-Qur’an berfirman, ‘Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?’ (Fushshilat: 53)


Jadi bila kita katakan jalan rohani dan maknawi maka ia tidak boleh dilihat oleh mata.Jalan itulah jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. Oleh kerana Rasul sudah tidak ada di depan kita, nabi juga sudah tiada, orang soleh pun sudah payah untuk ditemui sedangkan jalan orang-orang itulah yang hendak kita tempuh. Berapa sulitnya. Contoh kita ajak kawan berjalan melihat pemandangan indah adalah nikmat yang lahir dengan mata. Tujuan kita supaya dia dapat merasakan kehebatan Tuhan dan lahirnya rasa kehambaan pada diri itulah jalan rohani atau maknawi.

Firman Allah:
                                   ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ  ﴿٦﴾
 
"Tunjukkan kami jalan yang lurus". (Al Fatehah 1:6).

                                   صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
Jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka iaitu jalan para nabi, rasul, wali atau sekurang-kurangnya jalan orang soleh).

Akal, perasaan dan fizikal kita pandu agar berada di atas jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. Begitulah bukti kita bersyukur ke atas nikmat akal,perasaan dan fizikal yang telah Tuhan anugerahkan kepada kita. Namun jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. Jalan yang bersifat rohani dan maknawi lebih susah untuk difahami. Di samping itu, ruang lingkup tamadun rohani ini lebih luas dan ia tidak dapat dibincangkan dalam semua aspek. Biasanya orang memahami tamadun rohani itu sebagai kemajuan kemanusiaan dan keinsanan. Manusialah yang hendak ditamadunkan. 


Bagaimana cara hendak membangunkan tamadun rohani dalam diri-diri manusia yang terlibat dengan pentadbiran negara? Dalam semua kementerian dan jabatan-jabatan dan dalam semua agensi-agensi kerajaan. Yang kemudiannya akan diikuti oleh rakyat. Ini yang susah dan ramai yang tidak faham. Tentang tamadun material, negara kita tidak ada masalah. Berbagai-bagi kemajuan dirancang dan dilaksanakan. Ada rancangan lima tahun dan berbagai-bagai rancangan pembangunan yang lain. Hingga kita sudah jadi model kepada negara-negara membangun yang lain di dunia. Tetapi dalam hendak membina dan membangunkan tamadun rohani di dalam pentadbiran negara, kita bingung dan buntu. Kita tidak nampak jalan dan tidak tahu kaedahnya. 


Apa yang nyata, selagi tamadun rohani itu tidak dibangunkan terutama dalam pentadbiran negara, maka selagi itulah kita belum mencapai Islam ada roh. Kerana Islam yang ada roh itu menuntut kedua-dua tamadun itu ditegakkan. Setakat menerap nilai-nilai Islam sahaja tidak memadai. Manusianya tidak akan berubah. Ia tidak akan membawa kepada suatu tamadun. 


Tambahan pada itu seperti juga tamadun material, tamadun rohani ini tidak boleh dibangunkan oleh rakyat jelata atau diserahkan kepada rakyat untuk membangunkannya. Rakyat hanya mengikut. Pemimpin kerajaanlah yang mesti memulakannya. Yang hendak melaksanakannya pula ialah pegawai-pegawai di jabatan dan kementerian. Barulah kemudiannya diikuti oleh rakyat jelata. 


Kalau tamadun material bersangkut dengan benda, tamadun rohani pula bersangkut dengan manusianya. Manusianyalah yang hendak dibangun dan ditamadunkan. Manusianyalah yang hendak dibangunkan rohnya atau dimajukan. Bagaimanakah hendak kita majukan manusia yang terlibat dengan kerajaan, bermula dari pemimpin, pegawai-pegawai dan seluruh kakitangannya. Inilah persoalannya. 


Tamadun rohani ialah bila kita berjaya mengikut jejak jalan yang di tempoh oleh Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. Orang yang mengikut Al Quran dan Sunnah ertinya ia telah mengikut jalan yang di tinggalkan oleh Rasullullah SAW. Ertinya orang yang membuat mengikut syariat Allah orang itu tidak akan kecewa sekalipun gagal. Justeru orang itu bukan memandang kejayaan tapi keredhaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N