Langkau ke kandungan utama

MEMBANGUN DAN BERKEMAJUANLAH UNTUK TUHAN.




Tuhan sendiri ajarkan permintaan didalam Al Quran, Wahai Tuhan-ku "Sesungguhnya sembahyangku (solatku), hidupku, dan matiku hanyalah untukmu". Setiap kali kita sembahyang lima waktu kita mengulangi janji kita kepada Tuhan. Bagaimana kita membangunkan akal, fizikal dan roh atau hati di dalam sembahyang begitu juga di luar sembahyang. Iaitu akal, roh dan fizikal dihidupkan atau digerakkan tetapi tetap terhubung dengan Tuhan. Akal faham apa yang dibaca dan dilakukan ketika sembahyang. Fizikal bergerak menurut rukun dan syarat yang telah ditetapkan. Roh atau hati terpindah rasa-rasa terhadap Tuhan seperti terasa kebesaran Tuhan dan suburnya rasa kehambaan.


Kita boleh belajar daripada isteri Abuya iaitu Walidah bagaimana dia berjaya mendisiplinkan hatinya dengan pergerakan fizikal. Contoh mulutnya membaca zikir dan hatinya merasakan apa yang dibacanya. 
Perkara tersebut dikongsikan didalam XPDC pada pagi ini. Majlis XPDC dipengerusikan oleh Miqdad At Tamimi, para peserta yang lain ialah Dehya At Tamimi, Atok At Tamimi, Qudamah At Tamimi, Zayyad At Tamimi dan Fathi Fakhrur Razi. XPDC dipimpin oleh Syekh Fakhrurrazi At Tamimi


Bagaimana dalam sembahyang dapat didisiplinkan antara akal, roh dan fizikal begitu juga ketika di dalam kehidupan. Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi: "Membangun dan berkemajuanlah, asalkan berlandaskan iman". (Abuya Imam Ashaari At Tamimi ). Di antara peranan ilmu tasauf itu ialah untuk menghidupkan hati. Apabila hati hidup, ia dapat memancarkan cahaya rohaniahnya kepada akal dan kepada seluruh anggota. Sehingga manusia mampu untuk menyuluh tindak- tanduk lahir dan batin mereka. Kemudian setiap kerja, setiap amalan, setiap tindakan yang dibuat itu akan dihubungkan dengan Allah. Dia sentiasa ada contact dengan Allah


Apabila hati hidup, ia dapat memancarkan cahaya rohaniahnya kepada akal dan kepada seluruh anggota. Sehingga manusia mampu untuk menyuluh tindak- tanduk lahir dan batin mereka. Kemudian setiap kerja, setiap amalan, setiap tindakan yang dibuat itu akan dihubungkan dengan Allah. Dia sentiasa ada contact dengan Allah.


Setiap manusia sesudah mempunyai hati sebegini, dalam dia bertindak, beramal, berbuat dan berkerja, dia dapat kekalkan terus rasa kehambaan pada Allah. Tidak pernah putus. Rasa kehambaan itu tetap subur dan menebal di alam rasanya (zauq). Di waktu itu bila dia berperanan di bumi, hatinya dapat berhubung dengan Allah. Waktu dia mentadbir bumi, kakinya saja di bumi tetapi hatinya di Akhirat. Hatinya penuh rindu atau tenggelam dalam cinta Allah. Atau hati terbakar, gementar kerana takutkan azab Allah SWT. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...