Langkau ke kandungan utama

ERA IMAM MAHDI


TANDA-TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHDI


Kita sekarang berada di satu era perjuangan Islam yang lebih mencabar. Kalau sebelum ini umat Islam berada di era Toifah atau kelompok kecil yang menzahirkan kebenaran. Era Toifah hanya menyediakan model Islam zohirina alal haq atau model Islam is the way of live. Kata-kata tersebut mengimbau kembali kenangan penulis sewaktu usia awal remaja iaitu tahun tujuh puluhan. Ia di buat dalam bentuk stiker kereta. Stiker yang paling laku ialah yang bertulis kata-kata " Islam is the way of live". Ketika itu penulis berniaga alat ibadah termasuk stiker-stiker yang berunsurkan dakwah. Waktu itu hendak memperkatakan tajuk Imam Mahdi hanya berbisik-bisik kerana terlalu asing tajuk tersebut di tengah masyarakat. Namun pada hari ini tajuk Imam Mahdi adalah antara tajuk yang viral dalam masyarakat. Ianya di perkatakan di masjid dan surau, dewan orang ramai bahkan didataran terbuka. Ini membawa maksud kita sudah masuk era empayer Islam bukan lagi Toifah Islam. 


Kepimpinan di era Toifah sudah di tulis sejarahnya. Bahkan sejarah Toifah ini lebih daripada 30 orang dalam dan luar negara cendiakawan yang bertaraf PHD membuat kajian yang merujuk kepada satu tokoh ulama di Malaysia. Pengaruh peribadinya yang menggugat pengaruh kepimpinan Tun Mahadir Muhammad sehingga ulama tersebut di ISA kan sebanyak dua kali. Bahkan melalui kepimpinanya lahir satu kelompok melayu Islam yang berjaya ketika itu menjulang ekonomi umat Islam tanpa bantuan kerajaan ketika itu.Pengaruh ekonomi umat Islam begitu ketara dan akhirnya keraan Tun Mahadhir membubarkan kelompok tersebut dan berkubur sekali segala projek ekonomi mereka. Alhamdulillah kerana kita di rezekikan berada di era kebangkitan Islam maka kita boleh lihat bagaimana rancaknya sekarang aktiviti Islam samada anjuran kerajaan atau NGO.Ekonomi Islam kita lihat sekarang mendapat laluan dan sambutan. Kita mudah melihat iklan produk Islam di sepanjang lebuh raya, di kaca TV dan di media sosial.


Kalau kita merujuk hadis Rasulullah menceritakan tentang era-era dalam Islam yang dibahagikan kepada lima era. Pertama era kenabian,  kedua era khilafah, ketiga era kerajaan yang kejam ke empat era kerajaan diktator dan kelima era khilafah semula yang mengikut manhaj kenabian. Berdasarkan hadis ini umat Islam terpandu bagaimana tindakan yang bijak patut diambil. Apakah persiapan yang harus dilakukan kerana setiap era tidak sama cara kita bertindak menghadapinya. Kepimpinan Rasul dan dapat diteruskan oleh kepmpinan Khulafaurrasyidin dan selepas itu kepimpinan Islam diteruskan oleh para mujaddid. Mujaddid penutup yang Tuhan beri keupayaan dan kemampuan mengembalikan semula seperti manhaj nubuwwah. Kemampuannya dapat memberikan kekuatan kepada Islam seperti yang berlaku di era kepimpinan Rasulullah atau seperti di era kebangkitan pertama. Menurut Abuya kebangkitan Islam kali ini mengulangi kebangkitan pertama.


“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya 
masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam,” (H.R Ahmad).



Para ulama membagi tanda-tanda Akhir Zaman (kiamat) menjadi dua. Ada tanda-tanda Kecil dan ada tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh. Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebagian ulama berpendapat bahwa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi.
Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadist berikut:
Telah bersabda Rasullah SAW:Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa  mereka. (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah).


Umat Islam  seluruh dunia merindui pemimpin yang Tuhan datangkan yang membawa keadilan dan kemakmuran kepada dunia. Sesuai era yang akan dilalui ini maka Tuhan jugalah yang mempersiapkan hati-hati umat Islam supaya terus meridui era tersebut hinggalah ianya menjadi kenyataan. Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah: 1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun. 2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati. 


3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: . Maksudnya: "Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah." (Riwayat At Tarmizi) 


4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dari Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. . Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N