Langkau ke kandungan utama

PENGAJIAN YANG PRAKTIKAL.




Umat Islam dari dulu hinggalah ke hari ini, tidak pernah rehat daripada menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu aqidah yang menyeleweng dari aqidah yang sebenar, sama ada yang timbul akibat kejahilan umat Islam sendiri atau yang diasak oleh musuh-musuh Islam secara halus. Dalam situasi seperti ini Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi muncul dengan membawa aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang jelas dan mampu diimplementasikan dalam segenap bidang kehidupan. 


Pengajian yang dilakukan oleh Abuya kepada keluarga dan anak muridnya secara praktikal. Kelas bermula dari rumahnya sendiri kemudian baru membuka kelas dibangunan khas apabila murid-muridnya telah bertambah ramai. Bermula dengan 10 orang murid dan kemuncaknya bilangan murid-muridnya mencapai 10 ribu orang. Selepas membuka kitab untuk keluarga dan anak-anak muridnya, Abuya buat latihan amali atau latihan praktikal kepada mereka. Melakukan kegiatan secara turun kegelanggang kehidupan. Latihan disediakan  dalam bidang kekeluargaan,ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya. 


Dengan kata lain, beliau membawa fikrah Islamiah yang jelas bersandarkan aqidah yang tepat. Kehadiran beliau kena pada masanya untuk menyelamatkan aqidah umat Islam seluruhnya agar terbina benteng aqidah yang kukuh dalam diri masing-masing, dan supaya setiap orang dapat membetulkan aqidah yang salah yang menjadi pegangan mereka selama ini. Tanpa kekuatan aqidah, umat Islam sudah pasti akan terjebak dengan aqidah-aqidah yang sesat sama ada secara disedari atau tidak. Dan boleh terjebak kepada aqidah qadariah, jabariah, bahai, qadiani, wahabi, syiah dan sebagainya. 


Penekanan awal pengajian fardhu ain yang Abuya lakukan ialah dengan gunakan kitab Risalah Tauhid, feqah ( مطلع البدرين ) tasawuf kitab ( هداية السالكين ) yang banyak digunakan di sekolah agama johor. Setelah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu fardhu ain tersebut supaya ilmu bukan untuk dibanggakan, diperdebatkan dan dijadikan alat untuk mencari keuntungan duniawi, tetapi ilmu mestilah diamal dan diperjuangkan demi keselamatan dunia dan akhirat. Ilmu sangat penting untuk  boleh menjalankan dua peranan manusia di dunia iaitu sebagai hamba Allah dan khalifahNya.


Penekanan yang sering di ingatkan, "ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta membawa kita kepada Allah." Kelas pengajiannya sesuai dengan perkembengan masyarakat moden. Kaedah dan pendekatan Abuya dengan bahasa yang mudah difahami, jelas, tamsilan dan contoh yang mudah di fahami oleh generasi sekarang. Ilmu yang disampaikan dikaitkan dengan kehidupan seharian. Banyak menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam masyarakat. Ilmu yang disampaikan menyuluh bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain sistem kehidupan untuk diatur selaras dengan syariat.


Ilmu yang tepat melahirkan insan yang beramal mengikut minat, bakat dan kemampuan masing-masing. Dari hati jatuh ke hati. Justeru itu tidak hairanlah jika pengajiannya diminati dan sangat berkesan. Ia membawa perubahan kepada diri dan hidup keluarga dan murid-muridnya. Beliau berpegang dengan perinsip dari hati jatuh ke hati. Ertinya ilmu mesti di sampaikan dengan ikhlas. Keyakinan dan amalan, barulah ia berkesan dan mendorong perubahan. Pengajian Abuya tidak memisahkan ilmu dan tarbiah. Pengajian dan pendidikan dijalankan serentak. Akal diisi dengan ilmu, jiwa ditempa oleh didikan.


Hasilnya melalui pengajian tersebut melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal dan memperjuangkan ilmunya. Dengan itu tercetuslah perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat hasil pengajian yang dilaksanakan. Bagi Abuya ilmu wajib disertakan dengan amal. Beliau mengingatkan "ilmu tanpa amal sia-sia. Amal tanpa ilmu gila." Dengan itu tercetuslah perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat tindakan selaras dengan ilmunya. Melahirkan amalan, program dan pelbagai bentuk aktiviti yang selaras dengan ilmu yang dipelajari. Ajaran Islam boleh dipraktikan di mana sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N