Langkau ke kandungan utama

CIRI NEGARA MAKMUR

KEMAKMURAN DAULAH ISLAMIAH


"Apa yang ada di Amerika Syarikat ada Di Malaysia. Apa yang ada di Malaysia tak ada di Amerika itulah kebangitan Islam." (Syeikh Fahad Arab Saudi).

Allah mahu hamba-hambaNya semua diurus dan ditadbir dengan baik agar mereka semua didunia ini mendapat layanan dan mendapat hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT. Untuk itu segala harta benda , kekayaan dan khazanah perbendaharaan termasuk kekayaan sumber alam semula jadi diserah kepada pemerintah. Supaya mereka agih-agihkannya dengan adil kepada rakyat dan menggunakan sebahagiannya untuk menyediakan serba serbi keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada di dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Allah seperti firman Allah:

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ  ﴿١٥﴾

Maksudnya: " Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah." ( As Saba' 34:15).


Haji Harun Cek Rawi pesara sebagai pegawai daerah Setiu dan isterinya puan Latifah pesara cikgu sekolah kebangsaan. Mereka pasangan suami isteri telah pun pencin daripada kerja dengan kerajaan Malaysia. Mereka berdua adalah anak murid Abuya yang banyak pengalaman bersama dengan Abuya. Selaku tokoh pencetus model ekonomi Islam Abuya imam Asaari At Tamimi banyak memandu dan mendidik keluarga dan anak-anak muridnya membangunkan model ekonomi Islam secara ilmiah dan praktikal. Di samping itu Abuya banyak mendedahkan keluarga dan anak muridnya mengenali etnik dan bangsa yang ada di dunia ini. Berkat pengetahuan dan pengalaman tersebut banyak dapat di kongsikan dengan masyarakat.


Pada 21 November 2017 saya menziarahi Haji Harun di rumahnya dalam daerah Setiu Terengganu. Beliau menceritakan pengalamnya dan isterinya ditawarkan menjadi pensyarah Universiti Kolej Bestari - Setiu Terengganu. Hj Harun - Pensyarah hubungan etnik dan isterinya Ibu Latifah - Asas keusahawanan . University College Bestari (UC Bestari) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Merupakan Kolej Universiti pertama yang berusaha memartabatkan anak-anak Melayu miskin, golongan PPRT(Program Pembangunan Rakyat Miskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 


Justeru itu penubuhan Kolej Universiti Bestari yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan ini cuba merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara. Pengalaman yang dilalui oleh Haji Harun dan isteri mengingatkan apa yang saya lalui melalui pendidikan oleh ayah Abuya dan Abuya sendiri melalui pendidikan rasmi yang di anjurkan oleh Abuya dan ketika cuti saya menerima pendidikan daripada ayah Abuya yang kaedahnya sama seperti yang saya terima daripada Abuya iaitu ada teori dan praktikal.


Semasa penulis tinggal bersama Ayah Abuya, rasa macam berkursuslah bersamanya di kampung Segambut Dalam ketika itu. Siang ke pendidikan rasmi dan petang hingga malam kursus kemasyarakatan bersama Ayah Abuya datok Muhammad bin Idris. Dia juga ada bagi assignment kepada anak dan cucunya. Contoh mencari kayu api dan pucuk paku serta pucuk ubi.  Musim buah memetik hasil atau menunggu durian jatuh. Musim buah saya mengambil bahagian ikut adik-adik Abuya menjual durian di Segambut. Ayah Abuya orang cukup kuat disiplin hidupnya. Tinggal bersama ayah Abuya banyak pengalaman yang diperolehi.


Ketika ayah Abuya melihat kami cucu-cucunya nakal, nanti dia akan bercerita tentang siapa Abuya. Kasih sayang yang di ikat dikalangan kami dengan menyuburkan rasa beragama. Datuk Muhammad mendidik cucunya denga menceritakan kelebihan yang ada pada Abuya. Semasa dia bercerita seolah-olah kami sedang mendengar kisah seorang tokoh ulama yang diceritakan oleh Ayah Abuya kepada kami. Sifat yang paling tertonjol pada diri Abuya ialah sifat pemalu. Hal tersebut sering dia kongsikan kepada cucu yang tinggal bersamanya. Ayah Abuya teringin untuk cetuskan suasana didikan kepada anak cucuknya merasakan suasana di pondok pasentrin. 


Contoh pemalunya Abuya, Hati sering teringin itu dan ini tapi dia pendamkan keinginan itu semuanya kerana malu. Hal itu membuatkan orang-orang yang menjaganya lebih simpati. Dia tidak meminta apa-apa pun kepada mereka. Dia rasa tidak berani dan tidak mahu memintanya. Itulah Abuya seperti yang diceritakannya sendiri. Rupa-rupanya anak yatim umumnya, begitulah hati mereka. Watak hati yang sangat-sangat merindui kasih sayang. Dan merasakan betapa mahalnya kasih sayang itu di dalam kehidupan seseorang. Sepinya dunia bagi seseorang yang ketiadaan kasih sayang. Kosongnya hidup, tiada apa yang hendak dipertahankan dan padanya mati pun tidak mengapa. 


Hikmahnya, bagi orang-orang Tuhan, kekosongan itu diisi sepenuhnya dengan Tuhan. Hidup bersama Tuhan, meminta dan bermanja hanya dengan Tuhan. Memang kebanyakan pemimpin yang Tuhan lantik sama ada di kalangan para nabi, rasul, Sahabat (Khulafaur Rasyidin), mujaddid dan wali-wali besar, mereka mempunyai sejarah hidup yang sangat susah dan yatim atau yatim piatu. Kerana cara itulah Allah masukkan ke dalam hati mereka rasa hamba dan rasa bertuhan yang sangat tinggi. Allah kosongkan hati mereka daripada dunia semuanya, lalu kekosongan itu diisi dengan cinta dan takutkan Tuhan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N