Langkau ke kandungan utama

TAHANAN ISA DI ROMPIN.


 PENGALAMAN TAHANAN ISA DI ROMPIN.


Bagi yang tidak ada gambaran atau pengalaman tentang kehidupan seorang tahanan ISA saya kongsikan sedikit kehidupan orang yang dihukum sekatan terhad tersebut. Disebelah siang saya baru dibenarkan keluar rumah bermula enam pagi dan mesti berada kembali didalam rumah enam petang. Pengalaman bersama Abuya ketika menghadapi ISA zaman pemerintahan Tun Mahadhir Muhammad. Kesan tarbiah Abuya kepada keluarga dan sebahagian anak-anak muridnya yang kena tahanan  ISA dapat menerima dengan tenang. Justeru kita kagum dengan Abuya, dia dapat menggunakan gelanggang ISA untuk berdakwah kepada mereka yang selama ini kita tidak faham peranan mereka dalam menjaga keselamatan negara. Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad. 


Dipetik dari buku: RESPONS – Intelektual Muslim & Isu-Isu Semasa, susunan Ann Wan Seng, terbitan Harakah, Jabatan Penerangan dan Penyelidikan, Parti Islam SeMalaysia, 2006) Artikel ini adalah hasil tulisan Abdul Aziz Bari*. Persoalan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) 1960 sering menjadi perbahasan yang hangat di kalangan rakyat Negara ini. Akta yang lebih dikenali dengan akronim Inggerisnya, ISA dianggap zalim, tidak berperikemanusiaan, drakonian, menentang demokrasi, undang-undang rimba dan sebagainya.mISA dan Kerangka Perlembagaan
Kefahaman mengenai kerangka perlembagaan Negara penting untuk memahami kedudukan akta ISA. Inilah yang memberikan asas kepada undang-undang itu. Namun begitu, daripada segi prinsipnya, akta ISA adalah bertentangan perlembagaan dan konsep kedaulatan undang-undang. Akta ISA bertentangan dengan perlembagaan kerana ia bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di bawah kebebasan asasi.



Badan dakwah tersebut dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.


Kuala Rompin, Rompin Pahang adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang, Malaysia. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan. Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesis ikan yang amat popular ialah ikan layaran , sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana kesukaran untuk mendapatkannya.


Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran, jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini. Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi penggemar-penggemar makanan sungai dan laut terutamanya penggemar udang galah, anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk merasai keenakan masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban Chondong, Rompin.


Pengalaman ketika menerima hukuman sekatan terhad daerah, melihat sikap dan tindak tanduk Abuya menghadapinya banyak saya boleh jadikan panduan. Kesabaran Abuya yang luar biasa mendekati pihak berkenaan telah bertukar suasana hubungan bukan sekadar petugas yang menjaga orang tahanan ISA tetapi menjangkau hubungan silaturrahim sesama hamba Allah. Kesan tersebut sangat dirasai dan sekaligus mendidik keluarga dan anak muridnya bersabar menghadapi ujian.Melihat Abuya saya dan sebahagian yang terlibat dapat kekuatan hingga boleh bersabar melaluinya. 


Kalau kita boleh bersabar, maka kita tidak tertipu oleh kesusahan yang Tuhan taqdirkan itu.Sebaliknya, kalau kita tidak dapat bersabar, maka kita telah ditipu oleh kesusahan tersebut. Kemudian Allah tentukan apakah kita mendapat hidayah atau sebaliknya daripada ujian tersebut. Contoh ketika penulis dihantar oleh kerajaan Tun Mahadhir sebagai tahanan atau sekatan terhad di Kuala Rompin selama sepuluh tahun bermula pada tahun 1996 hingga 2005. 


Sebelum itu 1994 tahanan terhad di Rawang.Di peringkat awal Saya sentiasa menghitung hari bilakah tarikh akan dibebaskan. Suatu hari saya diberi peluang untuk menziarahi Abuya. Antara kata kata motivasi yang saya terima daripada Abuya, kamu ke Rompin sebenarnya atas nama perjuangan Islam. Ertinya kamu kesana sebagai pejuang. Semenjak mendapat motivasi tersebut saya sudah tidak menghitung hari lagi bahkan saya mula menanamkan azan untuk bangunkan perjuangan dimana sahaja peluang yang Tuhan izinkan.


Setiap hari ada polis yang tidak berunifum datang untuk mencatit buku kecil yang diberikan pada saya. Tahanan yang dikenakan kepada saya selama 10 tahun di Rompin. Bermula di Rawang tahun 1994 baru dibebaskan dari tahanan pada 2005. Sepanjang tempoh tahanan tersebut saya merasakan berada di sebuah Universiti yang mengajar pengalaman yang tidak dapat diluar dunia ISA. Hasilnya saya dapat mulakan dengan membangunkan sebuah premis yang didaftarkan atas nama gedung herba. Iaitu menjual segala produk berasaskan herba. Kesannya dari penampilan seorang tahanan atau sekatan terhad bertukar wajah penampilan saya sebagai korporat. 


 Tuhan selalu timpakan kesusahan kepada manusia kerana Tuhan suka mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. "Redhalah wahai hamba-Ku kerana percayalah di situ mesti ada kebaikan. Tidak pernah Aku lakukan sesuatu perkara itu sia-sia atau Aku main-main dengan ciptaan-Ku melainkan setiap apa yang Aku lakukan ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran. Bukankah Aku yang menciptamu. Aku Maha Mengetahui setiap apa yang Aku lakukan yang engkau tidak ketahui. Tetapi tidak semua hamba-hamba-Ku mengetahuinya kecuali hamba-hamba pilihan-Ku."








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N