Langkau ke kandungan utama

TAMADUN ROHANI DAN MATERIAL.

Kota Cordoba di abad 10 M melebihi kota-kota lain yang ada di Eropa. Kota ini menjadi tempat perhatian dunia dan sesuatu yang mengagumkan, sama halnya dengan Kota Venesia di Balkan. Para turis yang datang dari Utara merasakan kekhusyukan dan kewibawaan kota yang memiliki tujuh puluh perpustakaan dan sembilan ratus pemandian umum ini.
( masjid Cordoba ).

Taman di Istana Cordoba ).

Jambatan Cordoba  Sungai Al Wadi Al Kabir

Kesan tapak Madinah Al Zahrah 

Menjadi orang Islam malah lebih mudah dari itu iaitu siapa sahaja yang sudah mengucap dua kalimah syahadah, maka jadilah dia seorang muslim atau seorang Islam tetapi belum tentu dia mukmin.Oleh kerana itulah kita baca dalam sejarah di zaman Rasulullah ada seorang Arab Badwi, dia sudah masuk Islam, maka dia buat pengakuan kepada Rasulullah bahawa dia sudah jadi orang mukmin lantas ditegur oleh Rasulullah masa itu juga. Kata Rasulullah, "Jangan engkau katakan engkau telah beriman. 
Engkau katakan sajalah engkau sudah Islam." Mengapa? Ini kerana iman ada hubungan dengan hati, roh, nafsu dan akal. Iman termasuk soal rohaniah. Bukan sahaja orang tidak nampak, bahkan kebanyakan orang yang rohnya tidak hidup, tidak tahu pun perjalanan dalamnya. 


Jadi soal Islam adalah soal luar. Kesalahan lahir yang berbentuk fizikal mudah kita kenal dan tahu. Tetapi yang lebih banyak kita berdosa dan derhaka ialah dalam soal iman, rohaniah, nafsu dan roh kita atau dalam istilah lain, dosa batin atau dosa hati. Bahkan setiap hari kita buat dosa dalaman tetapi kita sedar dan tidak rasa berdosa. Sebenarnya kalau kita faham, dosa dalaman kita lebih banyak dari dosa luar. Apabila kita tidak membuat dosa luar, seperti tidak mencuri, tidak membunuh orang, tidak pukul orang, tidak berzina dan tidak mengata orang, kita terasa senang hati. Terasa tidak ada dosa jadi rasa senang hati dan sudah terbayang mendapat Syurga. Sebenarnya kalau kita terbuat satu dosa lahir, maka dosa batin kita sepuluh. Kalau buat dua dosa lahir maka dosa batin dua puluh. Kalau langsung tidak terlibat dengan dosa lahir pun, pasti kita ada dosa batin. 



Dia tidak boleh faham perjalanan rohaninya, tidak boleh membaca nafsu dan akalnya. Iman ditentukan oleh faktor dalaman, Islam ditentukan oleh faktor luaran. Kesempurnaannya ialah gabungan kedua-duanya sekali tetapi yang penting ialah faktor dalaman. Iman itu isi manakala Islam itu kulit. Kalau tidak dipimpin oleh Tuhan atau ilmu kita tidak halus atau roh kita tidak bercahaya, kita akan banyak terlibat dengan dosa dan kederhakaan dalaman atau rohaniah tanpa kita sedar.Manakala faktor luar, persoalannya adakah kita boleh melawan nafsu atau tidak, itu sahaja. Kita tahu dan sedar kalau kita terbuat dosa, itu satu kesalahan. 


Untuk menjadi seorang mukmin dengan menjadi seorang Islam tidak sama. Untuk menjadi 
orang mukmin, susah tetapi menjadi orang Islam senang. Oleh sebab itu dalam Al Quran tidak
ada suatu ayat pun yang Tuhan memberitahu hendak bela, tolong, jamin memberi kemenangan, memberkati dan untuk memberi rezeki yang tidak terduga kepada orang Islam. Yang selalu Tuhan sebut ialah hendak memberi pertolongan, memberi bantuan, memberi rahmat, berkat dan kemenangan kepada orang mukmin dan bertaqwa. Di sinilah kadang-kadang kita terkeliru. Apabila menjadi orang Islam, kita sudah berpuas hati. Menjadi seorang Islam itu soal lahir atau sikap lahir iaitu mengerjakan sembahyang, puasa, zakat, seterusnya haji bila cukup syarat. Bila itu dilaksanakan, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang kafir. 


Konsep kota atau bandar Islam yang telah dicatitkan oleh sejarah ia terdapat keperluan asas. Iaitu keperluan agama di bangunkan masjid terlebih dahulu. Kemudian di bangunkan kawasan penempatan penduduk dan selepas itu dibangunkan taman yang indah untuk tempat berehat dan berkelah. Oleh kerana keperluan fitrah manusia juga perlu di ambilkira bukan sahaja dari sudut pembangunan material tetapi juga manusia memerlukan pembangunan insaniah atau rohani. Dengan kata-kata lain manusia perlukan makan dan perlukan Tuhan. Manusia adalah makhluk Tuhan yang diciptakan tidak statik. Dia boleh berubah-rubah kerana kedua-dua sifat haiwan dan sifat malaikat itu ada pada manusia. 


Kalau insaniahnya di biarkan tidak dididik dan dijaga, maka dia akan jadi seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi. Binatang atau haiwan buat jahat hanya setakat dan sekadar mengikut nafsunya sahaja tetapi manusia buat jahat, di samping mengikut nafsunya, dibantu pula oleh akalnya. Maka jahat manusia sangat sangatlah jahat. Sebaliknya pula kalau insannya itu dapat dididik, dijaga, dibina dan dibangunkan, maka dia akan jadi seperti malaikat. Baiknya malaikat setakat dan sekadar mengikut akal dan hati mereka sahaja tetapi baiknya manusia selepas terpaksa terlebih dahulu berjuang, bermujahadah, bertarung dan bertungkus lumus berperang melawan hawa nafsu mereka yang sentiasa mengajak mereka kepada kejahatan. Ini bukan perkara mudah. Berperang dengan hawa nafsu ertinya berperang dengan diri sendiri. Ia sangat perit dan menyakitkan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N